Khamis, 29 Mac 2018

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka

assalamualaikum semua, cuti sekolah baru ni ada rezeki untuk bawak keluarga ikut sekali masa aku berbengkel untuk penulisan saintifik di Melaka.. kali ni kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka.. alhamdulillah sangat puashati bila menginap di sini..

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka


hotel ni berada betul-betul di tengah Bandar Melaka.. atau dipanggil Melaka Tengah.. lokasinya terletak bersebelahan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu daripada tarikan di negeri Melaka.. ada banyak kemudahan di hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah besar iaitu The Shore..  kiranya hotel ni memang berada di lokasi sangat strategik la..

Swiss Garden Hotel Melaka


biliknya agak luas dan sangat selesa untuk kami sekeluarga.. maklumlah kalau ada 4 orang anak yang masih kecil kami masih tak boleh nak tempah bilik lain untuk anak-anak.. masih risau dengan keselamatan anak-anak kalau berlainan bilik.. jadi jalan selamat ialah cari hotel yang ada bilik besar dan selesa.. dan Swiss Garden Hotel Melaka ni memenuhi keperluan kami..

Swiss Garden Hotel Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka

Amboi santai model kita ni.. hehe


katilnya bersaiz besar dan boleh sangat nak digunakan untuk 2 orang dewasa bersaiz sederhana macam kami untuk tidur sekali.. selesa la anak-anak tak perlu nak minta tambahan katil.. yang penting kebersihan bilik serta katil sangat baik..

Ada cermin tapi boleh tutup langsir tu

Toiletries

Shower

Saliran udara


bilik air pulak lengkap dengan kemudahan toiletries siap ada berus gigi, air panas dan shower yang besar.. puas nak mandi.. cuma satu je pasal bilik air ni.. exhaust fan untuk bilik airnya tak berapa kuat,  jadi kalau ada sesiapa yang baru menunaikan hajat besar.. baunya akan agak mengganggu orang lain di dalam bilik yang sama.. ambik masa agak lama jugak baru bau akan hilang..

Permandangan dari balkoni luar


Permandangan dari balkoni luar
kemudahan lain dalam bilik pun agak memuaskan.. ada peti sejuk dan tv berserta siaran astro yang berfungsi dengan baik.. dan cerek elektrik serta peralatan membuat air.. ada juga disediakan seterika dan papan alas.. kemudahan wifi pun agak bagus di hotel ni.. yang paling menarik di hotel ni ialah adanya balkoni yang boleh kita duduk untuk tengok permandangan di luar.. kami boleh nampak dengan jelas Selat Melaka dari hotel.. dan suis pendingin hawa akan automatik terpadam kalau kita buka pintu ke balkoni.. mungkin ada sensor penjimatan elektrik agaknya..

sarapan di hari terakhir

sarapan di hari terakhir..


kami sempat juga bersarapan setiap pagi bersama kerana termasuk di dalam harga bilik tapi kami kena tambah untuk bayaran makan anak.. seorang anak dikenakan bayaran RM18 untuk sarapan pagi.. tapi aku rasa sangat berbaloi dengan variasi serta kualiti makanan yang disediakan.. makanan sangat sedap dan banyak pilihan.. sambil dapat tengok permandangan di sekitar Kg Morten dan Sungai Melaka.. kiranya puashati la dengan bayaran tambahan tu..

gymnasium







banyak aktiviti boleh dibuat di hotel ni termasuk mandi mandi di kolam renang hotel yang agak luas dan jugak bersenam di gym.. tapi waktu kami pergi ni kami lupa bawa kasut sukan dan peraturan gym tak membenarkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun untuk masuk.. kecewa jugaklah tak dapat mengunakan gym.. ada juga disediakan bilik sauna secara percuma untuk sesiapa yang menginap di sini.. tapi disebabkan masa yang aku ada agak terhad jadi tak sempat juga nak merasa bersauna.. semua kemudahan ni berada di tingkat 9 hotel..

restoran di tingkat 41

permandangan dari restoran di tingkat 30


yang uniknya hotel Swiss Garden Hotel Melaka ni ialah mereka ada restoran yang berada di 2 menara mereka.  satu di tingkat 30 dan satu lagi di tingkat 41.. kami cuma sempat meninjau yang berada di tingkat 30 tu je.. yang di tingkat 41 tu kami tak pergi.. hanya ada gambar dari bilik kami je sebab kami gayat.. haha..

kemudahan tempat letak kereta juga disediakan percuma dan kalau nak berjalan ke Pirate Park pun tak berapa jauh..  juga kalau nak naik River Cruise Melaka.. cuma kami je yang tak sempat nak naik disebabkan kepadatan jadual aku masa tu.. kalau tak mau bergerak jauh dari hotel.. boleh juga ke Akuarium, Toy Museum dan 3D Interactive Park yang berada hanya di The Shore..  tapi kami tak pergi semua tempat tu.. nanti aku cerita kat entri lain ya..

Ceritaita

Cerita menarik lain

10 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bila bercuti sekali sekala ni anak-anak yang penting kan..asalkan diorang happy cukup la..boleh tahan hotel swiss garden ni..berapa harga untuk semalam?

Rozita Cerita Ita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Amanda Suria kalau kat agoda harganya masa cuti sekolah aritu rm195 kak.. kalau hari biasa dalam rm160-170

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Puashati kan dengan bilik nie, besar dan ada kemudahan semua. Pulak tu dekat dengan tempat menarik yang lain kan Ita..

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nampak selesa keluarga Ita menginap disitu... Sesuai sangat family ramai seronok anak-anak dengan segala kemudahan yg ada

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lupa nak info kami pon pernah stay dekat situ... memang best sangat panorama memang menarik...

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah segalanya best lah kat sini. Dari bilik sampai ke makanan Dan pool semuanya best la ita

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Puas hati sangat dapat bilik besar dan selesa macam nih kak..memang terpeap duduk dalam bilik saya kalau bilik macam nih..hahaha

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah, bestnya. Luas lah bilik kak.

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ana pernah stay sekali dkt sini. Memang bilik dia besar dan selesa sgt. View pun cantik sebab masa tu tu menghadap sg melaka. Nampak lah river cruise lalu.

MisDiarios berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wowww banyak komen bilik best and besar.. next time lehh bwk family ke sini pula :D
follow sini #597