Rabu, 28 Mac 2018

Pizza Samyeang terbaru di Domino's

Pizza Samyeang terbaru di Domino's

assalamualaikum semua, baru-baru ni aku sekeluarga berpeluang merasa keenakkan pizza Samyeang terbaru di Domino's.. rezeki kami dapat makan dan ucapkan selamat datang Annyeong Haseyo buat bintang Samyeang terbaru Domino's ni.. menarik tau pizza terbaru ni..

Pizza Samyeang terbaru di Domino's


Domino's namakan pizza ni bintang disebabkan ala-ala konsep kumpulan muzik k-pop tu haa.. dan The Samyeangs (pizza baru ni) dibintangi oleh 3 ahli kumpulan iaitu  Pizza Tuna Samyeang, Pizza Ayam Samyeang dan Pizza Daging Samyeang.. dan disertai oleh bintang tamu iaitu Ayam-haseyo.. menarik kan konsepnya tu.. hehe..

tengok la 3 bintang ni..

pada aku kombinasi rasa pedas dan manis dalam sos Samyeang kali ni memang memukau.. kiranya kalau korang ni salah seorang peminat makanan pedas memang patut cubalah! kami memula cuba bintang undangan je dulu tau haritu.. ala si Ayam-haseyo tu.. tapi serius.. sedapnya la hai.. sampai teringat-ingat.. macam kena sangat sos yang tersalut di lapisan luar ayam yang dah dibakar tu.. abg long pun boleh makan jugak ayam ni.. rasa pedas dia tu boleh lagi la abg long layan.. tapi berebut dengan minum air jugak.. hahaha.. 


Ayam-haseyo


lepas makan Ayam-haseyo tu kami cuba pulak Pizza Daging Samyeang tu.. haa.. part ni aku rasa best nak cerita ni.. bila makan memula tu ok lagi.. dah lama-lama makan tu mulalah rasa nak menangis berjemaah pulak dah.. aduhai.. pedas gila la yang daging ni.. nak abiskan satu potongan tu aku rasa macam buat drama airmata dah tau.. kalau orang yang suka pedas ni memang haruslah cuba..


Pizza Daging Samyeang



meh layan video kami jugak..



giliran nak rasa Pizza Ayam Samyeang pulak.. pada aku rasa pedas dia ok yang ni.. tak terlalu pedas macam Pizza Daging tadi.. kiranya macam medium la yang ni.. kemudian kami makan pulak Pizza Tuna Samyeang.. pada aku yang tuna ni dikira level paling bawah kepedasannya berbanding yang lagi 2 tu.. kiranya kalau korang nak makan Pizza Tuna Samyeang dengan chili flakes masih boleh la lagi.. (untuk kaki pedas ok)..


Pizza Ayam Samyeang

Adik Hadi dengan Pizza Tuna Samyeang dan Pizza Ayam Samyeang


sekarang ni pulak tengah ada promosi untuk Pizza Samyeang terbaru ni.. korang boleh beli 2 Pizza Deal dengan lebihan keju.. huhu.. sedapnya.. pizza dengan limpahan keju ni korang boleh beli pada harga RM33 untuk 2 piza bersaiz regular, RM55 untuk 2 piza bersaiz besar dan RM77 untuk piza bersaiz extra large.. eh ada lagi tau.. ada tawaran pada setiap hari Selasa untuk Super Tuesday pulak yang mana korang boleh dapat Pizza Samyeang bersaiz personal pada harga cuma RM3.90 untuk pembelian secara online dan RM4.90 untuk tempahan melalui kaunter.. jadi jomlah sesama cuba!

promosi Super Teusday



Pizza Samyeang dan Kepak Ayam-haseyo boleh didapati di semua rangkaian Domino's Pizza bermula dari 26 Februari 2018.. maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi :

Hotline : 1300-888-333


Ceritaita


Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mlm td g tebus voucher lagi 3hr nak expired..:)

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terkeliur dibuatnya. Sedap tak erk mesti pedas berasap telinga. Heheheh nak try lah nnti.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya pizza samyang.. pizza K-pop tuh haha.. nak beli masa super Tuesday lah nanti

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ni yang jeles. Ramai dah rasa pizza samyang yabg baru ni. Semua kata pedas tp sedap. Nak beli juga lah lps ni.

azlina ina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya...belum test lagi macam mana ni rasa perasa baru

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nampak sedap Piza tu... rasa nak cua juga fav pedas he he he

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah menarik lah pizza kpop ni k.ita, nampak sedap.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik nie Ita, sapa kaki pedas harus lah cuba..