Rabu, 21 Mac 2018

Sertai Bengkel Penulisan Saintifik?

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. rindu wei! tapi aku sekarang ni tengah berada di Melaka untuk sertai Bengkel Penulisan Saintifik.. jadi tengah memerah otak untuk tulis benda lain dan semestinya pasal kerja, jadinya memang takde masa la nak tulis benda lain walaupun aku nak sangat tulis.. tapi pagi ni aku nak jugak curi masa menulis kat blog tersayang ni.. 

semua muka tengah stress dalam bengkel penulisan saintifik ni.. hahaha


sepanjang beberapa hari sejak hari Ahad aku kat sini aku belajar banyak perkara tau.. maklumlah jadual agak padat.. dari pagi bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 1 lebih baru berhenti rehat dan kemudian sambung semula pada pukul 2.30 sampai pukul 5.30 petang.. malam pulak ada lagi sesi malam bermula pukul 8.30 malam dan berakhir sepatutnya pukul 10.30 malam tapi dan 2 malam ni memang agak lewat sikit habis.. semalam pukul 11 baru keluar dewan.. huhu.. 

kenapa jadual agak padat dalam Bengkel Penulisan Saintifik ni?  sebabnya kami datang sini dengan satu misi iaitu akan hasilkan sekurang-kurangnya satu kertas penulisan pada hari terakhir kami di sini.. hebat kan?  tapi percayalah aku pun terkejut betapa hebatnya kawan-kawan yang datang sekali ni.. aku punya dah siap lebih kurang 90% jugak cuma kena tambah baik bahagian abstrak, perbincangan dan kesimpulan tu je.. aku dah selamat bentangkan hasil akhir malam tadi.. tapi korang jangan kagum sangat ya.. aku siap cepat pasal aku punya tajuk sangatlah direct dan keputusan projek aku pun agak mudah.. cuma perlu tuliskan apa penemuan dan bincangkan je.. sebab tu boleh siap cepat.. ini pun banyak kesalahan ejaan perkataan bagai.. tengah kemaskini lagi ni.. 

kertas yang aku tengah tulis.. 


tapi memang aku dah target nak buat sesenang yang mungkin supaya aku boleh siapkan dalam masa yang diberikan..  bukan apa.. aku takut kalau bawak balik kang bukan makin siap tapi makin la tertangguh sebab benda lain.. lagipun matlamat aku cuma nak belajar konsep macamana buat penulisan kertas saintifik dengan betul.. itu je.. dapat buat kertas penulisan yang baik itu bonus.. alhamdulillah banyak la ilmu aku pelajari kat sini.. antaranya ialah apa yang perlu dimasukkan dalam kertas penulisan.. asasnya ialah semua perkara berikut : 


Asas Penulisan Kertas Saintifik 


1. Tajuk / Title
2. Nama Penulis / Author
3. Tempat bertugas atau organisasi / Affiliation 
4. Abstrak dan kata kunci / Abstract and keyword
5. Pengenalan / Introduction 
6. Bahan dan Cara / Materials and Method
7. Keputusan / Result
8. Perbincangan / Discussion 
9. Kesimpulan / Conclusion 
10. Rujukan / References 


tengok pengisian ni macam mudah je kan.. tapi percayalah yang ianya amat susah.. hahaha.. matilah nak.. lupa pulak nak bagitau yang semua hasil dari kertas penulisan kami dari bengkel ni nanti akan dimasukkan di dalam penerbitan jurnal oleh jabatan kami nanti.. dalam Malaysian Journal of Veterinary Research yang ada dalam website jabatan kami.. korang boleh akses dari link ni..  http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/1573 tapi aku punya belum ada la.. InsyaAllah kalau takde aral akan ada selepas bulan 9 nanti untuk penerbitan pertama tahun ni.. doakan eh.. kalau baca ada jugak nama aku dalam tu..  Rozita, A.R. tapi orang lain yang tulis la.. aku cuma bantu sikit-sikit je.. 

siapa kenal 2 orang cikgu terkemuka sebelah tu.. Prof Dr Latifah dan Dr Chandrawathani, ada sorang lagi lelaki tak termasuk pulak dalam gambar.. Dr Ramlan.. 


semalam pulak bila balik ke bilik, sambil berjalan dengan bos lama dulu, Dr Chandrawathani, dia suruh aku bentangkan hasil penulisan ni dalam bentuk pembentangan di seminar VAM atau Veterinary Association of Malaysia pulak.. huhuhu.. aku sebenarnya gugup bila hadap orang ramai-ramai.. kita tengok la nanti macamana.. hehehe..  ok korang nak gi sarapan dan sambung berbengkel pulak ni! 

Ceritaita

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Illya LeYa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terbaiklah Kak Ita...
Memang best bila dapat join kursus penulisan ni. Hmmm... LeYa pun teringin nak join... Menarik sangat. Boleh dapat tambahkan ilmu penulisan kita kan.

Kin Naz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagusnya ada bengkel macam ni. Sedikit sebanyak menambahkan lagi ilmu yang kita ada . Kinah setuju dengan kak ita, bukan mudah sebenarnya nak menulis ni. Semua orang boleh menulis tapi menulis dengan tersusun, lengkap dengan fakta tu semua tak semua orang pandai. Good luck kak ita

Raydah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html