Selasa, 24 April 2018

Balik kampung dan dapat anak saudara baru

assalamualaikum semua, aku belum cerita pasal kami balik kampung minggu lepas kan? kami balik kampung hujung minggu lepas sebab mak abah nak buat kenduri doa selamat untuk meraikan pasangan pengantin yang baru je dinikah dan disandingkan awal bulan aritu.. jadinya ni kira majlis belah pengantin lelaki la.. cuma mak abah buat keputusan nak buat majlis kecik-kecik je.. cuma nak umumkan diorang ni dah berkahwin pada orang setempat je la..

Balik kampung dan dapat anak saudara baru


kenduri kali ni memang betul-betul kenduri kecik je pasal saudara mara terdekat dan keluarga perempuan pun kami tak jemput.. bukan tak sudi jemput tapi mengenangkan masalah kesihatan abah dan mak jadi jemputan dihadkan cuma untuk orang blok je.. itu pun cuma penerokawati je yang dijemput.. walau macamana pun.. syukur majlis berjalan lancar.. dan dapat la penuhi hajat mak abah walaupun cuma kenduri yang simple-simple je..

lauk yang ada masa tu sayur pisang masak lemak, ayam masak kicap, sambal goreng jawa, sambal belacan dan ikan kering.. lupa pulak aku nak ambik gambar masa tu.. gambar kenduri pun lupa nak ambik.. teringat nak ambik gambar dengan kakak husna je la.. ada la beberapa jenis kuih dan buah tembikai buat penyeri meja jugak.. alhamdulillah.. sedap lauknya..

dan kami kebetulan pulak meraikan kehadiran seorang lagi anak saudara baru.. comel sangat-sangat.. tapi aku belum boleh la nak tepek gambar anak saudara yang comel gebu tu.. kena tunggu kebenaran ibu ayahnya dulu.. tapi betul la bestnya rasa bila tengok muka bayi ni kan.. masa aku tengok aritu baru cukup 10 hari budaknya.. baik budi.. jarang menangis.. kiranya dah tambah lagi seorang la anak saudara perempuan.. sekarang ni cucu Cik Jemah dan Cik Rahman dan cecah 14 orang dah.. ada 6 perempuan dan selebihnya 8 orang lagi lelaki.. meriah kan? dan semestinya aku masih mendahului bagi jumlah anak teramai setakat ni iaitu 4 orang.. hahaha.. nasib tak dapat piala..

aku doakan semoga pasangan pengantin dan bayi baru ni perolehi kesejahteraan dan dilimpahi rahmat dari Allah hendaknya.. makin meriah la raya lepas ni.. dan makin tipislah poket makngah.. eh.. hahaha...

Ceritaita


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

comel kakak husna..:)

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok dpt balik kg.. tahniah kak

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok dapat balik kampung kan Ita, sama macam cucu mak Kak Sue juga dah berbelas.. meriah kalau raya atau kenduri kendara..

Kak Wawa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best tu lauk kampung..")