Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC

Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC

Assalamualaikum semua,  dah tak lama lagi nak sampai bulan ramadhan kan?  tinggal tak sampai lagi sebulan nak berpuasa dah ni.. semangat pulak rasanya tahun ni nak latih anak-anak berpuasa.. kakak husna tahun ni dah 7 tahun.. pun kena latih berpuasa.. untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa ni selalunya memang kami bagi yang agak istimewa sebagai ganjaran.. ada masa bagi berbuka kat tempat istimewa.. kalau korang pun ada buat perkara yang sama tentu nak cari tempat berbuka yang best tapi berbaloi kan? haa.. meh aku nak cadangkan Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC..

Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC


Tahun ni bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC menawarkan lebih daripada 300 juadah makanan yang disajikan berkonsepkan makanan pasar malam.. best kan? kalau selalu korang ronda pasar malam atau pasar ramadhan yang sesak dan tepu dengan ramai orang.. pastu nak pilih lagi.. kalau aku la dengan serabut anak-anak lagi kan.. harus lepas tu aku terus balik dengan tangan kosong je.. jadi kalau korang jenis macam aku sesuai sangat la kalau tempah untuk berbuka kat Restoran Riverside,  PWTC ni..

Pilihan pelbagai Kerabu

Pilihan pelbagai Kerabu

Nasi dengan pelbagai lauk kampung


Malah PWTC jugak turut selitkan elemen pasar malam melalui hiasan gerai, pakaian pelayan dan chef termasuk cara makanan dihidangkan.. jangan terkejut pulak bila tengok sup dihidangkan dalam periuk besar tau.. sangat best aku tengok.. terasa macam kat pasar malam betul bila beratur tunggu giliran ambik sup tu.. eh.. bukan tu je tau yang ada.. ada juga alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha Featuring Linda Eva sewaktu tetamu menikmati bermacam juadah yang dihidangkan.. maklumlah.. ada lebih 300 hidangan kan aku tulis kat atas atas tadi.. meh la kita tunjuk apa yang menarik sambil tengok gambar..

Kudapan dan pilihan bubur

Tapai ubi dan tapai pulut

sedap kan tapai ubi ni?


Pilihan pencuci mulut.. kalau berpuasa memang ini la aku terjah dulu..

Antara pencuci mulut unik yang ada.. Dodol tu!


Ada 24 gerai makanan yang menghidangkan pelbagai menu pasar malam antaranya nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, apam balik, char kuetiau, putu piring, aneka jebis kuih melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rojak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing.. menu ni ditawarkan dari 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018 tau.. jadi boleh je korang plan bila nak datang tu.. ada sebulan masa diberi..

sup cendawan dan roti bagi yang nak alas perut dulu sebelum makan berat

Nasi goreng dan Kuetiau.. sebijik macam yang dijual di pasar malam kan?

Nasi Kandar.. sedap woo..

Bubur Lambuk

Sup Lembu dan Kambing.. haa.. sekali dalam periuk besar tu.. unik kan?

Sup Kambing dengan roti

Selain menu pasar malam ni.. chef PWTC yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih juga menyediakan menu istimewa masakan kampung yang akan bertukar setiap hari.. semua ni boleh didapati dengan menempah set Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC pada harga bersih cuma RM88 bagi dewasa dan RM75 bersih untuk warga emas dan RM45 bersih untuk kanak-kanak.. dan bagi pembelian baucer 'early bird' sehingga 16 Mei 2018 ni pelanggan akan mendapat harga istimewa iaitu RM75 bersih!

Gulai Kawah

Pucuk ubi masak lemak petai

Kambing goreng berempah - patut cuba

Ikan patin masak tempoyak - sedap gila yang berlemak tu..

Udang masak lemak

Sotong masak sambal petai

Pucuk paku

Rendang tok

Ayam kampung

Siput sedut masak lemak cili padi - patut cuba


pembelian baucer 'early bird' sehingga 16 Mei 2018 ni pelanggan akan mendapat harga istimewa iaitu RM75 bersih


Selain hidangan bufet ramadhan ni, PWTC juga menawarkan pakej berbuka puasa untuk persendirian dan juga korporat di Dewan Bankuasi dengan harga berpatutan iaitu RM98 bersih untuk seorang bagi tempahan 100 orang ke atas dan bagi tempahan minima 50 orang dengan harga RM115 bersih seorang.. Pakej ni dah termasuk sekali hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruang khas dolat dan jugak kadar bayaran parking tetap RM5 sekali masuk (bermula jam 6 petang).. 

pilihan kuih tradisional

lagi pilihan kuih tradisional


ABC
 
Kambing panggang

Chef sedang sediakan kambing panggang

Goreng-gorengan

Ini gerai aneka mee

Yang ni paling rare.. lemang, ketupat palas, pulut kuning dihidang bersama rendang, serunding dan telur pindang.. terasa macam nak raya pun ada..


Sebenarnya PWTC aktif jugak dalam kerja-kerja amal di sepanjang bulan Ramadhan.. antaranya menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada keluarga fakir miskin di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan bekerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid dalam program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke- 4.. bukan itu saja.. PWTC juga menganjurkan program 'Mari Beramal di Bulan Ramadan' dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor..

Belakang tu tempat kumpulan muzik yang akan menghiburkan tetamu sepanjang menjamu selera..


Yang paling aku suka tentang berbuka di PWTC ni ialah.. tempatnya yang luas, kemudahan surau yang mudah dan selesa serta parking yang luas.. untuk sesiapa yang teringin nak berbuka puasa dengan Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC
ni boleh buat tempahan terus di kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau hubungi :

Restoran Riverside

Hotline : 03-2614 6701/ 6701 atau 03-2614 6262

Website : www.pwtc.com.my 


Ceritaita


Ulasan

  1. Banyak pilihan makanan kat sini kan Ita, berbaloi sangat kan. Seronok jumpa Ita pertama kali kat sini ❤

    BalasPadam
  2. Kak, Terbayang-bayang sup kambing dia kak. Sedapnya la hai. Rugi tak amik semangkuk hari tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus