Ahad, 15 April 2018

Kisah Meniaga di Masjid Sg. Karang dan berjumpa Ustaz Fauzi Mustaffa

assalamualaikum semua, pagi ni nak cerita kisah kami meniaga di Masjid Sg. Karang semalam.. ada kuliah dhuha anjuran Sahabat Telekung Kuantan di Masjid Sg.  Karang semalam.. dan mereka ada buat jualan barang preloved untuk mengumpul dana bagi STK jadinya mereka bukak untuk penjual gerai-gerai lain sekali.. alhamdulillah rezeki dikongsi bersama.. 

Kisah Meniaga di Masjid Sg. Karang dan berjumpa Ustaz Fauzi Mustaffa


yang bestnya kuliah dhuda kali ni agak istimewa sebab mereka panggil ikon terkenal jugak.. iaitu Ustaz Fauzi Mustaffa..  alhamdulillah diberikan kesempatan untuk mendengar ceramah beliau walaupun sambil berniaga di luar masjid.. bagus masjid ni, suara penceramah dapat dengar dengan jelas walau berada di luar kawasan masjid.. kiranya kalau rumah yang dekat-dekat tu tak payah datang masjid dah boleh dengar.. 

Kuliah Dhuha Anjuran Sahabat Telekung Kuantan 


kami pulak berpeluang berjualan dari jam 8 pagi hingga jam 1 petang.. cuma kami gerak balik awal sikit semalam.. dan singgah meniaga di Pantai Batu Hitam sampai ke petang.. alhamdulillah jualan susu segar agak bagus.. cuma jualan pau dan karipap frozen je agak perlahan sikit.. kami jual dadih jugak semalam tapi macam tu la adat berniaga ada pasang surutnya..  yang penting semangat kena kuat dan jangan pernah berhenti atau putus asa dalam berusaha.. 

Kisah Meniaga di Masjid Sg. Karang

Kisah Meniaga di Masjid Sg. Karang


isnin ni aku akan ke Putrajaya.. ada kerja di sana dari isnin sampai khamis.. jadi sesiapa yang nak order pau atau karipap frozen boleh roger ya.. InsyaAllah aku boleh bawakkan memana yang ada.. aku akan bermalam di sekitar Bangi.. jadi kalau area Bangi - Putrajaya tu masih boleh diuruskan la bagi sesiapa yang nak.. sekarang ni tengah terfikir nak menjual balik cheesy merry.. ada yang nak tak agak-agak? ok sampai jumpa lagi.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amboi k.ita..kncang berniaga..:)

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok kan Ita bila berniaga nie..

Sis Lin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam ..
Kita pun suka Ustaz ni, kalau ceramah cool jer..
MOga dimurahkan rezkinya Kak...

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah seronoknya.. sambil meniaga boleh timba ilmu Kan ita