Jumaat, 1 Jun 2018

Macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit

assalamualaikum semua, hari ni kan aku rasa bukan aku sorang je gembira.. aku rasa kebanyakan 32 juta rakyat Malaysia hari ni bergembira dengan kedatangan 1 Jun 2018.. dan aku bertambah-tambah gembira lagi bila dapat tau Lazada ada kempen Jualan Riang Ria Raya dari 22 Mei sehingga 4 Jun 2018 ni tau.. tapi aku bukan nak cerita pasal jualan tu sangat pun.. yang lebihnya nak bagitau kat korang macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit korang je tau.. 

Macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit


ala.. aku tau korang mesti lelaju nak turun sampai bawah pastu nak komen.. macamana nak dapat penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit tu?..  alahai.. rilek la.. aku baru nak menaip ni haa.. meh aku bagitau cara-caranya ya.. 


Macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit? 


1. Pertama,  korang kena la ada telefon bimbit.. kalau takde handphone tu kang apa je yang korang nak goncangkan tu kang.. yang takde gi beli kat Lazada dulu.. tengah ada jualan Riang Ria Raya tu.. inilah masanya nak cari telefon baru pun kan.. hehehe.. kenyit mata sikit.. 

2. Kedua,  korang kena pastikan telefon bimbit tu boleh dihidupkan dan ada talian internet,  tak kisahlah internet mana pun.. guna wifi kedai mamak ke,  guna data sendiri ke.. kongsi data dengan suami ke.. atau korang guna wifi jiran.. eh.. ada ke gitu?  hehehe.. kenyit mata lagi.. 

3. Ketiga,  dah cukup 2 syarat di atas tu korang pergi la download aplikasi Lazada di Google Play atau istore..  cari yang tulennn tau.. ingat!  dengan hanya memuatturun aplikasi Lazada ini sahajalah peluang korang nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada nanti tau..  jadi.. jangan bantah ye adik-adik.. 


Cari aplikasi yang sama sebijik macam ni tau! 


4. Keempat,  korang kena daftar kat aplikasi tu.. ikutlah guna email sedia ada ke..  atau nak daftar baru.. pastikan akaun korang tu wujud ok.. pastu pastikan jangan keluar dari aplikasi tu tau..


nampak... arahan kena daftar kan? 


Tunggu kat aplikasi ni dulu..


5. Kelima,  korang dah boleh goncang telefon bimbit korang tu ke kiri dan ke kanan.. macam shake boom boom shake tu haa.. tapi ingat tau.. bukan badan korang yang dishake tapi handphonenya tu haaa.. korang takyah nak tunggu atau tekan butang apa pun kat aplikasi tu tau.. cuma bukak aplikasi dan goncang-goncang je la.. sampai dia keluar macam gambar kat bawah ni haa.. 


jadualnya ada kat bawah tu haa.. 


yang ni dia akan keluar bila korang goncang handphone dengan aplikasi diaktifkan
nampak tak cara dia tunjuk goncang handphone tu? 


6. Keenam,  eh silap.. kelima setengah..  pasal aku lupa bagitau korang kena goncang-goncang telefon bimbit korang tu pada masa tertentu je tau.. bukan setiap masa boleh tau.. kalau korang goncang waktu selain dari macam dalam gambar kat bawah ni.. tinggal harapan je la nak dapatkan penjimatan tu haa.. kirim salam ok.. 

ingat masa ni.. kalau perlu set alarm kat handphone tu haa


aku tulis ni pasal aku dah kena dah.. gila goncang-goncang punya pasal sampai aku goncang je tak kira masa pun.. sengal betul.. sudahnya dia keluar macam ni tau.. 

nyampahlah kita.. saje je memusnahkan harapan tinggi kita tau! 


haa.. jadi kau rehat-rehat jelah tangan tunggu esok ye ita.. esok kau goncang-goncang handphone lagi ek.. kau kan memang suka goncang.. hahaha.. dan untuk orang lain yang tengah berangan nak penjimatan dan tengah baca macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang-goncang telefon bimbit tu pergilah download aplikasi Lazada ni sekarang! Korang berpeluang dapat kod voucher macam kat bawah ni tau! 

Kurang RM10 tu.. 


psssttt..  nak bagitau satu lagi ni goncang-goncang telefon ni dipanggil Lazada Shakin’ Deals tau.. dah bermula dari 22 Mei hingga 4 Jun 2018 ni je bersempena dengan kempen Lazada Riang Ria Raya.. bagi yang sibuk-sibuk membawang tanya boleh jimat banyak ke tidak tu.. meh kawan nak kabo ya.. korang boleh menang sehingga RM50 baucer tunai tau! haa sapa kata tak best tadi tu? 

setiap masa yang ditunjukkan kat nombor 5 setengah tu korang berpeluang dapat 5 cubaan tau.. jadi janganlah dipersiakan ok! yang nak tau syarat penyertaan boleh baca lanjut kat SINI kalau korang rajin.. tapi disebabkan aku jamin yang korang tak rajin nak baca, apa kata korang tengok je kat video bawah ni.. Video rasmi kempen Lazada Riang Ria Raya.. kelakar tau iklan ni.. tapi manis-manis gula gitu.. hehehe.. 



pssstt cepat set alarm.. tinggal 3 hari je ni peluang! 


Ceritaita


Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

comelnyaaa cara dia kena shake2
phone pulak hehehe..

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Belum try lg kak..sb ada ms tertentu

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Jom kita shake-shake Ita..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku pun dh kemaruk shake2 hp juga ita.. dh byk shopping la pulak gara2 promo best ni

khaty aiman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah,,jaga-jaga jangan sampai terlepas fon masa shake tu

farhanna jafri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alaaa dah terlepas dah