Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral


Assalamualaikum semua,  dulu biskut ni pernah viral kejap.. aku tak ingat la tahun bila.. tapi rasanya masa tu aku tengah mengandungkan adik hadi.. dalam tahun 2013-2014 la gitu.. ada bermacam versi.. aku pernah letak satu resepi gak kat blog ni dulu.. tapi selepas aku cuba satu lagi resepi lain yang blogger Ayu share terus aku guna yang tu je sebab lagi sedap dan tak manis sangat macam resepi yang lama tu..

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral


sekarang kiranya akan jadi antara biskut raya wajib yang aku patut buat setiap tahun.. tapi sila maklum ya.. wajib buat bukan bermakna akan jadi yang wajib terhidang.. biasanya akan jadi biskut limited edition yang hanya boleh dimakan oleh tuan rumah anak beranak sahaja ok.. harap maklum.. jangan pulak korang datang rumah aku semata-mata nak tengok aku hidang biskut ni nanti.. sekarang ni pun limited dah jumlah yang tinggal dalam balang tu haa.. dan ini menunjukkan yang biskut ni memang sedap tau.. rangup sangat.. krup krap bila dimakan.. ok meh aku kongsikan resepi jom! 


Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral


Bahan-bahan

*1 cawan gula kastor (Aku guna 1/2 cawan je) 
*1 cawan gula perang
*1 cawan mentega
*1 cawan minyak masak
*1 biji telur
*1 sudu besar susu segar
*1 sudu teh esen vanila
*Secubit garam
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan semisweet cip coklat (aku letak 1/2 cawan biji gajus cincang,  1/2 cawan kuaci,  1 cawan cip coklat)
1 sudu teh soda bicarbonate 
1 sudu teh cream of tartar (serbuk putih) 

Cara-cara 

1. Putar semua bahan bertanda * (guna handwrisk pun boleh, janji sebati) 

2. Masukkan tepung, walnut dan semua bahan kering.

3. Sebatikan sampai jadi doh. 

4. Sudukan dalam loyang pembakar. Jangan letak banyak-banyak sebab dia akan mengembang nanti. 
Sukatan aku biasanya guna sudu kfc yang untuk mesh potato dia tu.. sedang molek. 

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral


5. Bakar pada suhu 200•C untuk 15-20 minit. Bergantung saiz oven.

6. Sejukkan dan boleh simpan dalam telap. 

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral


Biskut ni kalau nak lagi sedap boleh letak je apa kekacang macam aku buat ni.. lagi rangup dan kurang manis lagi sedap.. dulu aku siap berjual biskut ni tapi sejak oven rosak aku berhenti bakar membakar.. inilah baru nak mula balik...ok selamat mencuba ya!  

Ceritaita


Ulasan

  1. chocolate chip ala2 famous amos ni mmg fav..tp lama dh tk buat

    BalasPadam
  2. Sedapnya cookies macam ni bebudak memang suka ni termasuklah mak budak hahaha...

    BalasPadam
  3. insya allah nnt nak cuba...
    oh my femes amos yg sedap...

    BalasPadam
  4. alahai dulu mmg biskut kegemaran aku lah ni ita.. tapi pernah buat sekali aje hihi nanti bolehlah ikut resepi ni

    BalasPadam
  5. LZ ada juga cadang nak try buat biskut ni tapi asyik postpone memanjang. Tak boleh jadi kena cuba buat juga sebab basil kejadian nampak menggoda la 😁..

    BalasPadam
  6. sedapnya kalau ada kacang, memang fav sangat! :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus