Khamis, 4 Julai 2013

Biskut Famous Amos Norasikin

assalamualaikum semua,

ingat tak yang aku pernah janji dengan korang sebelum ni dalam entry ni BISKUT ALA FAMOUS AMOS?

aku dah janji nak kongsikan resepi dia kan? adoi.... kesibukan melanda dan aku hampir je lupa....

ok hari ni aku tebus balik ye....

maaf sesiapa yang menunggu tu...

ok sebelum tu aku nak bagi kredit dengan blog yang sangat tak pernah kedekut ilmu dia tentang masakan....aku banyak belajar dari dia tau... aku maksudkan blog Resepi Komersial ni... sangat bagus info yang diberi tiap kali...sampai aku subscribe email tau nak follow blog dia...

sifu...mintak izin tampal disini dan saya adjust sikit ye...

Biskut Famous Amos Norasikin

Bahan-bahan untuk Biskut Famous Amos Norasikin.
250g Majerin (aku guna butter..itu je yang ada kat rumah)
200g Tepung Gandum Kegunaan Am
300g Gula Pasir
200g Oat Cepat diMasak
1 cmt Soda Bikarbonat
1 cmt Baking Powder
2 cmt Emplex
200g Coklat Cip
2 bj Telur A
160g Kekacang (letak banyak2 lagi sedap...aku letak yg dah panggang n dah hancurkan sikit2)
2 cmt Esen Vanila
Secubit Garam Halus

Cara membuat Biskut Famous Amos Norasikin
  1. Kisar oat menggunakan pengisar bijirin sehingga halus dan gaulkan bersama tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan emplex. Ketepikan.
  2. Pukul majerin dan gula sehingga sedikit keputihan menggunakan mixer atau whisk. Tidak mengapa jika gula tidak hancur.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.  Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  4. Masukkan campuran tepung dan dan gaul sebati menggunakan spatula atau senduk.
  5. Akhir sekali masukkan garam, coklat cip dan kekacang. Gaul lagi supaya semuanya rata.
  6. Ambil  segenggam adunan dan canai setebal ½ cm. Terap menjadi bentuk yang disukai.
  7. Susun dalam dulang pembakar dengan jarak ½ inci diantara satu sama lain dan bakar  dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180˚C selama 10 – 12 minit. (aku masak kat 200-220˚C selama 15 minit..baru masak)
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit kemudian barulah di susun diatas redai supaya ia sejuk sepenuhnya.
  9. Hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara.



meh layan gambar pulak....macam biasa la kan.....


adunan dia... agak lembik...comot betul mangkuk aku tu kan? hehehe... 


yang dah sedia nak dibakar.. tengok main letak2 je kan...? 


hasil dia....tarrra.... licin kan? sangat sedap tau... 


biskut ni memang sangat...super...duper sedap tau.... baik korang try.... tapi aku nasihatkan korang masukkan dalam piping bag supaya bentuk dia lebih cantik dan comel dari yang aku punya ni...

tapi serius sedap....cair je dalam mulut.... kunyah punya kunyah...tak sedap dah sebalang abis...hahaha...

tapi aku tak pernah tau makan yang Famous Amos punya pasal mahal noo nak beli... jadi la yang tak bape nak famous pun kan...?



p/s nak masukkan biskut ni dalam
  amacam? ok tak?

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Noe berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh..sedap nya..anak2 mmg suka tu...thx tuk resepi...mesti cuba ..tambah2 nk raya ni..

rinduan citarasa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ita.
Sbnarnya awal bt ayu tak tau pbezaan gula perang. Bila dh siap br tau. Hasilnya sgt raggup sbb biskut y guna gula perang bt biskut kita serupa dikedai2. Lebih sedap dr biskut chipsmore.

Cream tar- tar pula bt biskut kita mcm bergaram tapi macam tidak.

Hasilnya sgt kembang. Ayu bakar pertama. Lebar 1 tapak tgn. Lps tu ayu bentukkan sebesar syiling 20sen.
Alhamdillilah cantik

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ita nak try buat lg minggu ni ayu.. nak buat comel2 dalam cupcake cup

rinduan citarasa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ya ita.. Bt lagi. Ayu dpt tmpahan 6balang u lebaran. Syukur

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ayu sempat buat? wah...kagum ita dgr... bape sebalang ayu jual? hehe.. kot2 terlalu kulai boleh singgah beli..