SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER ~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI! - Cerita Ita                                                             SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER ~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI! Langkau ke kandungan utama

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER ~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER
~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!

Assalamualaikum semua, pernah tak korang mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak korang bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak korang berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak korang mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER  ~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!


Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan. Penting ni tau sebab bila rambut dah rosak, agak susah nak pulihkan rambut yang rosak tu.

Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER  ~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!


CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Yang paling best barangan CARRIE JUNIOR ni ialah permainan yang tersembunyi kat belakang tu la.. tak sabar-sabar adik hadi nak bukak dan tengok apa kat belakang tu tau.. 

mari kita tengok apa ada kat dalam

yeay kita dapat bear!

suka tau budak ni


Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan

Ceritaita

Ulasan

  1. anak saya suka kak, dah la wangi shampo ni, ada mainan lak tu

    BalasPadam
  2. Kak Sue suka bau produk Carrie Junior nie Ita, best..

    BalasPadam
  3. Wangi sangat kak bau syampoo CJ ni. Mak budak pun suka.

    BalasPadam
  4. wangiii...ank mmg suka shampoo dr carrie junior

    BalasPadam
  5. shampoo ni yang dewasa pun suka. wangiii =D

    BalasPadam
  6. wangi shampoo ni, anak-anak memang suka kan!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum