Rabu, 13 Jun 2018

Resepi Japanese Crisp Cookies

assalamualaikum semua,  korang tengah buat apa tu?  Tengah anyam ketupat eh.. aku tak anyam ketupat kot tahun ni.. cari daun tak jumpa-jumpa.. stress.. 2 tahun lepas pun ginilah.. sudahnya aku beli gak daun kelapa yang harganya tinggi melanggit.. 15 helai RM5 kot macam tu.. tahun ni mungkin dah turun sikit harga pasal dah GST dah 0% kan.. hehehe.. tapi aku bukan nak cerita pasal ketupat pun sebenarnya.. nak cerita pasal kuih raya.. dan nak kongsikan resepi Japanese Crisp Cookies yang macam aku janjikan aritu.. 

Resepi Japanese Crips Cookies


Maaflah sebab janji jadi lama sangat bertaut kasihnya.. semua pasal hidup aku jadi kucar kacir sikit sejak akhir-akhir ni.. ada peristiwa yang berlaku.. nanti la aku ceritakan.. mood nak cerita belum sampai lagi.. kali ni meh kita kongsi dulu biskut raya yang sedap ni dulu.. 

Aku dapat resepi ni dari mencari kat internet.. pastu cuba-cuba je sendiri dengan harapan menggunung ke langit tinggi yang ianya akan jadi biskut yang sedap.. tapi serius la memang sedap! kalau korang seorang peminat healthy bar tu, wajib tau buat biskut ni sebab rasanya lebih kurang.. tapi lebih rangup.. bila dah tau jadi takdelah keluar belanja mahal untuk healthy snack yang agak mahal harganya tu kan.. meh kita tengok apa bahan dia guna.. 

BISKUT - JAPANESE CRISP COOKIES

Resepi Japanese Crips Cookies



Bahan A

200 gm butter (aku guna buttercup) 
150 gm icing sugar
1 biji kuning telur
125 gm quaker oats
20 gm tepung jagung
50 gm tepung susu
50 gm black current (aku ganti kismis) 
50 gm cherry merah & hijau dihiris (aku letak yang ceri merah je) 
1/2 sudu teh vanilla
35gm badam cincang [dibakar terlebih dahulu] (aku letak kacang tanah cincang) 
80 gm tepung gandum
100 gm cornflakes [brand kellogs - dihancurkan terlebih dahulu] aku guna brand Nestle - boleh jugak
Merah telur untuk disapu (aku tak guna pun) 

Cara-cara

1. Semua bahan-bahan kering hendaklah dicampurkan dan digaul terlebih dahulu. 
2. Pukul butter & gula icing sebentar lalu masukan telur, vanilla dan masukan semua bahan-bahan kering ke dalam adunan.
3. Kemudian dicanai dan dipotong-potong mengikut citarasa anda sendiri. (aku gentel je besar-besar syiling 50 sen pastu leperkan) 
4. Selepas itu sapukan merah telur sebelum dibakar. (tak isi) 
5. Bakar pada suhu 180•C untuk masa 20 minit. Yang ni bergantung oven dan ketebalan biskut ya.. lebih bail buat agak nipis untuk bagi cepat masak dan lebih crispy atau rangup.. Untuk perhatian anda semua ketika biskut ini dibakar, baunya amat menyelerakan. (ya jugak.. sila jaga perut anda.. haha) 
6. Dah sejuk baru susun dalam telap atau balang ya.. kalau belum sejuk betul nanti dia lemau.. 

Biskut ini boleh juga ditekan dalam acuan buah kana.
Sekiranya adunan anda agak lembik untuk ditekan dalam acauan atau dipotong, sila tambahkan tepung jagung & tepung gandum.

Resepi sumbangan dari Sini.. terima kasih ya.. 

Harap korang dapat manfaatkan resepi Japanese Crips Cookies yang sedap ni tau.. penat aku salin ni... hihi.. selamat mencuba!  sesiapa yang dah dalam perjalanan balik kampung tu hati-hati ya.. 

Ceritaita



Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas: