Selasa, 24 Julai 2018

Sambutan hari raya SK Kempadang bersama komuniti

assalamualaikum semua, dah habis dah bulan raya aldilfitri tapi aku baru ada masa nak ceritakan pasal sambutan hari raya.. apa nak buat.. tak terkejar masa yang ada.. walau Allah bagi semua manusia sama rata 24 jam.. tapi pembahagiannya selalu tersasar dari landasan yang betul.. kadang-kala timbul rasa cemburu dengan orang yang dapat membahagikan masa antara dunia dan akhirat dengan baik.. bila agaknya aku dapat kecapi macam tu.. eh melalut dah kita.. meh la kita cerita kisah pasal sambutan hari raya SK Kempadang bersama komuniti ya..

Sambutan hari raya SK Kempadang bersama komuniti


seingat aku ini kali kedua aku sertai sambutan hari raya di sekolah anak ni.. memang meriah setiap kali.. dan pelbagai makanan disediakan dari sumbangan semua orang yang diusahakan oleh guru-gurunya.. kagum dengan semangat guru yang rajin bagi memastikan majlis berjalan lancar.. ada bermacam jenis juada yang dihidangkan hari tu.. sampai rambang mata kami jadinya..

penyudahnya nak-anak banyak berlari sana sini bermain dengan kawan-kawan dari menikmati hidangan raya yang disediakan.. aku suka acara macam ni.. dengan cara macam ni kita lebih ada peluang untuk dekati cikgu yang mengajar anak-anak dalam suasana yang lebih santai.. tapi bergantung jugaklah.. sebab ramai orang lebih menikmati makanan daripada beramah mesra.. hehehe.. tapi bagi kami, walau sesibuk mana pun kami, kami perlu untuk hadirkan diri dalam apa jua aktiviti sekolah anak-anak selagi terdaya..





antara juadah yang dihidangkan adalah laksa pahang atau laksa gebok, laksa penang, mee sup, bakso, soto dan dan mee soto, mee goreng, bihun goreng, apam balik, lemang dan rendang, ketupat dan kuah kacang, kuih raya dan macam-macam lagi.. yang paling best ada gerai cendol yang sedap dan korang boleh je nak ulang sampai banyak kali.. ada jugak pelbagai pilihan air balang.. kiranya memang korang takkan lapar dan dahaga la kat majlis ni.. meh aku masukkan sekali gambar anak-anak di sekitar majlis.. 











konsep berhari raya bersama komuniti ni dan dimulakan sejak dulu setau aku.. sekolah buat ala-ala rumah terbuka dan semua penduduk sekitar dijemput sekali meramaikan majlis.. kebetulan pulak mereka meraikan sama Guru Besar sekolah yang akan berpencen pada bulan depan ni.. alhamdulillah kami sangat berpuashati dengan perjalanan majlis.. terima kasih ya semua yang terlibat.. panjang umur kita jumpa lagi.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

farhanna jafri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

meriahnya sambutan, thumbs up cikgu2 dekat sana. Baru harini tau ada laksa gebok