Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Abg long sertai perlawanan catur!

assalamualaikum semua,  lamanya takde coretan di blog kesayangan ni.. aku banyak menulis di facebook sejak akhir-akhir ni.. antara sebabnya ialah kesuntukan masa.. dan ini pun kisah yang aku salin dari facebook tadi.. Hari ni seharian duduk kat Hotel Grand Continental..  tapi jadi gelendangan terhormat 😆.. eh tapi taklah seharian, kami curi balik rumah kemas barang-barang nak pindah dan datang semula.. 

penyokong abg long sertai perlawanan catur 


Keputusan abg long ialah kalah kesemua 4 pusingan hari ni.. ini kali pertama abg long masuk pertandingan macam ni.. aku cakap je dengan abg long.. takpe la kalah.. kita ambik pengalaman je kali ni.. walau nampak muka dia kecewa sebab dia kalah kerana 'illegals move' je katanya.. aku pun tak tau apa maksud tu.. aku saja je nak bagi pendedahan kat dia dan sebenarnya nak kumpul sijil yang lebih 😆




Jadi aku kata takpe esok ada 3 pusingan lagi.. boleh cuba lagi.. dan dia pun ok je.. 

Masa keluar dari dewan lepas perlawanan terakhir tadi,  kami berselisih dengan satu keluarga,  nampak maknya muka tegang.. ayahnya tak boleh senyum.. anak (dalam umur 10-11 tahun) muka sedih dan tunduk je.. kemudian aku terdengar perbualan mereka waktu mereka lalu di sebelah aku yang sedang dukung adik hadi.. 

Si Mak : Kenapa macam tu?  bukan lawan orang terer pun kan?  lawan orang biasa-biasa je kan? 
Si Anak : Ya, bukan orang terer,  orang biasa-biasa je. 
Si Mak : Habis tu kenapa? (nada menekan) 
Si Anak : Memang orang biasa tapi abg dah penat. 
Si Mak : Ala.. takkan penat.. biasa boleh je.. (masih tak puashati sambil melangkah ke kereta) 


aku tak dengar dah apa lagi si anak jawab.. tapi pada aku memang si anak tu nampak penat.. yelah.. 4 perlawanan berturut-turut dari jam 9 pagi tadi lagi sampai ke pukul 5 petang.. cuma rehat setengah bagi setiap permainan selama sejam.. aku bekalkan abg long roti canai tadi pun licin.. belum lagi kira duduk bergelendangan di sepanjang koridor hotel lagi.. kesian.. 😔

aku bukan cakap tak perlu beri harapan pada anak-anak cuma jangan terlalu menekan anak-anak dengan harapan kita yang terlalu tinggi.. kadangkala kita menyakiti tanpa sedar. 



adat permainan ada kalah dan menang dan tak salah bagi anak rasa apa itu kekalahan untuk lebih berjaya dalam hidup. 

Ceritaita

Ulasan

  1. betul tu, jangan terlampau tekan demi harapan kita sebagai parents. Anyway, hebat anak akak dapat masuk pertandingan catur. Saya nak gerak askar dia pun pening lagi mana satu :P

    BalasPadam
  2. KAK, macamana akk tahu perlawanan ni ada kak. Btw, good job Abang

    BalasPadam
  3. Kalah menang tu adat permainan. Takpe next time boleh masuk lagi. Mahirkan dulu sementara tu kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus