kek coklat kukus - Cerita Ita                                                             kek coklat kukus Langkau ke kandungan utama

kek coklat kukus

semalam aku buat kek coklat kukus buat pertama kalinya...aku dapat resepi ni dari wanita melayu.com...dan menjadik ko...siap aku snap2 gambo lagi tu...tapi gambo esok aku tepek ek..lupa lak nak capai kamera kat atas lemari tadi...

buat mak buyung yang mana2 terliur dengan gambo aku esok tu aku letak siap2 resepi ni supaya korang leh buat yek...so takde la aku rasa bersalah lak nanti...

kek coklat kukus zaima (aku x tau nape ada zaima tu..maybe org tu punya resepi kot)

BAHAN A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak/ mentega cair...tapi aku pakai planta..hehe

bahan A ni korang masak atas dapur sampai semua cair dan sebati tau...pastu sejukkan..

BAHAN B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

semua bahan B ni campur dan ayak sekali..aku x buat pun..hehe..

BAHAN C
3 biji telur

pukul telur ni sampai kembang pastu campur dengan bahan A tadi sampai sebati...gaul2 pakai senduk/sudu je...
pastu letak lak bahan B..sama je cam campur bahan A tadi...

pastu korang jangan lupa lak tenggek kukus dulu tau..bila dah mendidih leh la masukkan loyang yang ada adunan tadi...lupa lak nak bagitau suh tutup/cover loyang tu dengan aluminium foil supaya air tak menitik atas kek tu...pastu kukus selama sejam atau sampai kek masak...aku buat sejam je...

pastu...ini lah hasilnya....tarra.....hehehe...





haaa..aku dah tepek pun..dari gambo dlm loyang...dah terbalikkan dan dan hias pun...
hakimi asyik korek bulan bintang tu je tau...

Ulasan

  1. ita..
    kek kukus zaima tu memanggg sedap kan...
    senang aje nak buat...
    main kukus aje kan..
    ko try la kek kukus buah2an plak..
    aku nak try bila dah balik mesia aje..
    sebab sini, xde jual buah2 campur kering tu...yang ade, asing2..mahal plak tu...

    BalasPadam
  2. aku dah try kek kukus buah tu yanti..mmg sedap..tp cara tak betul la sikit aritu..semua buah2 dok kumpul kat bawah je...hehehe...
    mmg kek ni sgt sedap dan senang..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...