27.7.2010
salam semua,
hari ni merupakan tarikh keramat yg amat menyedihkan bg aku. Sebabnya? Hari ni aku start bg susu formula utk najmi. Sedih yg amat. Masa aku taip entry ni pun menitis air mata aku. Sory ek ter'emo' pulak. Tp aku mmg sedih sgt2 sbb aku harap sgt boleh susukn najmi sepenuhnya sampai 2 thn. Tp baru 2 bln aku dah tak mampu.
Korang mesti nak tau kan apa sebabnya.
2 perkara ni yang buat aku ambik keputusan terpaksa bg susu formula jugak. Pertama ingat tak masa najmi masuk wad sebab demam aritu. Masa tu susu badan aku xde tp aku paksa anak aku hisap sampai dia demam. Aku cuma top up dgn susu formula sikit je.
Kedua, berat bdn dia x naik2 dari lahir sampai sekarang. Dan darah pun tak cukup.
Dan aku rasa sebab utama semua tu jadi pasal dia 'TAK CUKUP SUSU'. Satu hakikat yg aku tak sanggup terima. Malah sebabkan aku rasa sedih yg teramat sangat.
Mesti ada antara korang yg akan kata perasaan aku je tu. Semua tu mungkin sbb perkara lain agaknya. Ye mungkin, tp aku amat pasti.
Walaupun t*t*k aku ni amat semangat tp mungkin mmg takde rezeki aku nak bg susu bdn pd anak2 agaknya. Skrg ni kalau najmi isap dgn tak sama je, abis kuat pun leh dpt 2 oz je. Tu pun dah lebih 1/2 jam aku perah. Teruk kan? Aku terpikir gak sebab semangat sangat sampai salur2 susu tu leh tersumbat. Sebab lepas urut dulu baru leh aku ada byk susu sikit tp tak la byk mana sampai leh bengkak2. Kalau najmi menyusu pun sampai 1 jam kdg2. Payah gak nak dpt dia sendawa. Tu tanda dia x cukup susu.
Kesian najmi jadi mangsa ego aku. Mana nak ada darah kalau makanan x cukup. Ni bukti gambar masa dia kuar spital. Masa ni dia minum susu campur.
Yg bawah tu lepas 5 hari. Nampak kan perbezaan dia. Tang pipi dgn lengan tu. Aku baru try bg dia susu formula tadi. Bukan bg semua tp aku campur dulu. Pagi tadi aku bg dia susu badan dulu pastu lepas mandi semua aku bg dia susu perah 3oz pastu aku top up dgn susu formula 1.5oz. Berderap dia sendawa. Kesian anak aku. Skrg dia tgh tido lena. Bising2 pun takpe.
Ya Allah..apa yg aku fikir selama ni. Aku dera anak aku dlm sedar. Kesian dia.
Maafkn ummi ye nak. Ummi terlalu ikutkan ego ummi aje. Ummi lupa ketentuan Tuhan Yg Maha Esa. Tak dapat rasa nak hentikan airmata yang mengalir ni. Rasa kesal..terkilan..mcm2 aku rasa..aku amat bersyukur kerana Dia dah bg aku masa 2 bln yg amat2 berharga bg merasai nikmat jadi ibu yg menyusukan anak sendiri. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah.
Tp apa jadi pun insyallah aku akan cuba pam susu bdn selagi terdaya. Lusa aku akan cuba hantar najmi ke taska. Aku nak try selang selikan susu perah dengan susu formula. Harap2 takde masalah. Dah aku nak tengok perkembangan dia dlm seminggu dua ni. Minggu dpn leh hantar dia timbang n check darah tengok mcmana.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.