susu formula - Cerita Ita                                                             susu formula Langkau ke kandungan utama

susu formula

salam semua,

hari ni aku nak cite lak apa jadi lepas aku cuba susu formula pada najmi semalam..
nak tau apa jadi?

aku try dengan dumex yang aku ada beli masa dia dalam pantang yang aku cite aku xde susu aritu..aku try semalam memula 1.5oz pastu lak aku cuba bagi 3 oz kat dia...tau apa jadi?
dia muntahkan balik 2oz yg baru dia minum pastu lak muntah semua susu yg dia minum pagi tu...abis semua susu dia...basah aku dengan muntah najmi..tak pernah2 dia muntah...

pastu malam tadi perut dia pulak kembong...dah macam belon ko...ngeri aku tengok...merening je...Ya Allah..ini semua buat aku terfikir betul ke keputusan aku ni...?

pastu pepagi ni aku cakap dengan shah nak tukar susu dia...kami try beli susu similac yg macam hakimi minum masa dia ada masalah dulu...aku bagi susu perah aku 3 0z pg tadi pastu lepas aku mengurut pelepas tadi aku bagi lagi 2 0z...pastu sedang elok shah balik aku lepas 1 jam aku bagi lak susu similic tu 60ml...habis je susu tu terus dia berak...alhamdulillah...serasi agaknya...lepas berak aku bagi susu perah abis la 1 0z pastu terus tidur dari pukul 2 sampai la kul 3.30 tadi...ni baru je bangun...aku bagi lagi similic pun abis 1 0z lagi...setakat ni lum ada lg kembong perut atau muntah2....lega hati aku...harap2 dia ok bila aku hantar taska esok...tadi aku perah pun dapat la 2 0z setiap kali perah...alhamdulillah cuma 20 minit je sesi...sebelah 10 minit sebelah lg 10 minit gak...ok..aku nak gi pam susu jam ni..sementara najmi diam tu...k...bye2...doakan yg terbaik untuk kami sekeluarga ye kawan2...mekasih...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...