Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

salam pg jumaat... Pak Lim Nasi Arab

salam pagi jumaat semua...

hari ni opis ni nampak lengang sikit...mungkin dah ada yg cuti agaknya...minggu depan lagi la pulak kan..mesti sunyi sepi punya la...

hari ni aku nak cite macam2...
pertama, semalam petang kami gi berbuka kat luar...kat restoran Pak Lim Nasi Arab kat Jalan Beserah...alhamdulillah sedap dan mengenyangkan...kami ambik set talam dengan 2 ketul ayam panggang dan kari kambing dan juga sejug air mangga...
yang paling aku suka nasi abis licin dan abg long pun suka sangat makan..dia makan dengan bersungguh2...cuma yang tak best kami lupa bawak kamera so takde la gambar ye...cite kosong je...
ada lagi satu yang tak best, harga dia mahal sangat la..semua kat atas tu RM43..yang aku tak puashati tu dalam menu tulis set talam tu cuma rm28.90 tetiba shah bayar lak jadi rm38.90...mana yg betul agaknya tah..tapi korang tau je la shah tu main bayo je..bukan dia nak tanya2 pun...takpelah kan halalkan je la dah selamat masuk perut pun...eh..eh...tah2 dah kat usus pun haa...nak tunggu keluor je...hehehe...

dah selamat berbuka segala tu kami gi jejalan tengok kipas angin kat jalan teluk sisek...nampak cam ada offer...kipas yang blade fiber cuma rm165..kami pun survey2 sekali harga lampu gak...boleh tahan gak harga...kira2 cam tak cukup je duit yang kami simpan untuk rumah kami nanti...mana la nak cari lagi ni...itu belum masuk grill, wiring....wah...harus banyak duit tu...

eh..oklah aku nak pam susu jap ni...takut lepas ni ada keja lak...skrg ni kena bekerja keras kumpul susu untuk najmi...chaiyok...chaiyok...doakan aku ek...

p/s...petang2 kang kalau free aku tulis lagi ye...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus