Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Allah jadikan dia..

assalamualaikum semua,

dah balik? hehe..gimik je aku kata rehat tu..blogger tegar kan? mana leh rehat..dalam henpon pun installed sesiap blogger application.. biar boleh blog di mana-mana berada...tapi kenyataannya..anak-anak yang konker telefon...sabor je la..

aku nak cerita kat korang kejadian dua hari lepas kalau tak silap..

perbualan dalam kereta..antara anak beranak..

sambil tengok vcd..
"Melawan Syaitan Dengan Doa"

abg long : ummi..Allah jadikan ummi dengan ayah kan?

aku : ye nak..Allah jadikan kita semua la..

abg long : eh tak la..Allah jadikan ummi dengan ayah..pastu ayah kawin dengan ummi..pastu ummi keluarkan saya dari perut ummi..

aku : eh bukan macam tu nak..kita semua Allah yang jadikan..abg long pun Allah yang jadikan dalam perut ummi..kalau Allah tak jadikan abg long tak boleh keluar tau..

abg long : ooo..macam tu ke? (sambil angguk-angguk)

jauh kan pemikiran anak-anak..kadang kala tak tercapai akal kita...

p/s sedang belajar mengurus masa sebaiknya..doakan berjaya ye..

Ulasan

  1. Budak2 skrg memang pandai..dan kahwin nanti baru dapat anak...tulah ayat depa

    BalasPadam
  2. ehehe!!comel jer celoteh dia:) salam kenal..jmput follow balik :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus