Khamis, 18 Februari 2016

Tragedi Februari

assalamualaikum semua,

aritu aku janji nak kongsikan cerita pasal tragedi di pagi Isnin dalam bulan Februari ni kan? ok...hari ni aku tunaikan janji...ada aku janji dalam entry Peluang menghadiri temuduga aritu...

dan kisahnya adalah kejadian adik hadi tersepit pintu bilik... sebenarnya aku akui la salah aku... bila dah terlambat pagi-pagi mula la aku akan jadi seorang pembebel dan terlebih emosi... shah dah sedia maklum agaknya.. mujur la dia penyabar tu lebih sikit kalau tak tak tau la apa jadi...

nak dijadikan cerita adik hadi ni aku dukung tapi ntah macam mana kaki dia pulak yang kat belah belakang boleh tersepit pintu yang aku sendiri tutup... aduhai... memang rasa sangat bersalah la masa tu .... tak boleh nak cakap apa dah bila dia meraung... korang bayangkan la... seorang mak bila tengok orang buat anak dia dan menangis dah sedih kan... inikan pulak kali ni mak tu yang buat sendiri anak dia sampai menangis... aku betul-betul rasa nak nangis tau pagi tu...

sudahnya aku bawak la adik hadi ikut aku ke tempat kerja sebabkan rasa bersalah yang amat bila tengok dia menangis dan tak sampai hati pulak nak tinggalkan dalam jagaan cikgu taska dia... Allah je yang tau hati aku masa tu...

ok aku  tunjuk dulu budak comel yang tak bersalah dan jadi mangsa aku ni...

kesian adik hadi...


lepas tu aku tunjukkan kecederaan yang dia alami...

nampak tak lebam kat jari last tu... yang bahagian tengah tu terkoyak sikit... mujur tak terkena kuku...


aku cepat-cepat tuam kaki dia dengan ais masa jadi tu... alhamdulillah.. bila dah petang lebam kat sekeliling jari tu dah takde... lega sikit hati...

lepas tu setiap sejam aku letak minyak gamat masa kat pejabat...alhamdulillah... kulit yang terkoyak sikit tu elok tertanggal sendiri masa maghrib... lega banyak hati rasa...

sepanjang kat pejabat pun adik hadi elok tidur lena...

kesian... adhoc punya pasal sudahnya tidur beralas kain lampin dan berselimut kain telekung ummi je...

dan dia pun elok je berjalan dan tak rasa sakit...alhamdulillah... lega Allah tolong... hati tak berhenti berdoa jangan la jadi yang tak diingini...dan elok je dia main dengan gembira dalam kotak ni...



tengok gambar ni hati jadi sayu dan rasa sangat bersalah.... :'(

jadi moral dari cerita ni... wahai semua kaum ibu... sila la kawal emosi anda... jangan sampai jejaskan anak macam yang aku buat ni... aku serik wei... lepas ni masih berazam untuk kawal emosi dan kurangkan membebel pagi-pagi... aduhai... azam ntah dah berapa tahun dah ni tapi masih tak tertunai....


p/s ketika menulis pun masih ada rasa bersalah yang menggunung tinggi... maafkan ummi wahai anak...


10 Luahan Ikhlas:

Izwa Kamaruddin berkata...

sobs! terasa sama seba bsaya kalau pagi1 penat berkejar mmg cepat stress~

Anum berkata...

comelnya dia

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata...

mmg susah nak elak membebel pagi2 tapi akk skrg hampir berjaya mengurangkan bebeblan di pagi hari.. hehhe

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sama ajer dgn akak ita..
Susah benor nak kurangkan bebelan dipagi hari tu..

Alhamdulillah.. tak ada yg serious kaki hadi tu..

Rozita Ceritaita berkata...

huhuhu... memang tak leh elak kan stress camni?

Rozita Ceritaita berkata...

tq anum... aah comel jugak bila menyakat orang...

Rozita Ceritaita berkata...

kan.... payahnya la... kak.. kongsi tips kak...

Rozita Ceritaita berkata...

hahaha...ramainya sekapal... tapi rasanya jiran2 saya takde kot pesen gini.. senyap sunyi je rumah memasing..

alhamdulillah kak.. hari ni harapnya lagi elok..

LM berkata...

Sian adik hadi, mujur cpt hilang lebam tu

Rozita Ceritaita berkata...

alhamdulillah LM..sehari je lebam dah hilang.. luka pulak dan kecut...tinggal nampak macam tergarit je...syukur...