Itu je yang tinggal? - Cerita Ita                                                             Itu je yang tinggal? Langkau ke kandungan utama

Itu je yang tinggal?

Itu je yang tinggal? 


Assalamualaikum semua,  rindunya nak menulis blog.. banyak entri aku nak share.. tertangguh-tangguh jadinya.. insyaAllah cuba cari ruang masa ni.. maklumlah ibu beranak kecik.. dah tua-tua beranak kecik lagi.. padan la dengan muka kan.. haha.. aku sebenarnya lama nak cerita pasal makan.. yang selalu lupa nak cerita makan kat restoran makanan segera la.. ada je sebenarnya tapi selalu cuma gambar je berjaya post di facebook atau instagram.. nak tulis blog kena masa panjang sikit pasal aku tak pandai tulis cerita pendek-pendek.. masalah betul kan? 

marrybrown
Itu je yang tinggal? 


baru ni kami pergi makan kat Marrybrown.. ala yang promosi setiap hari Jumaat tu.. beli ayam 5 ketul dengan nugget 5 ketul cuma RM19.90 harganya.. termasuk cukai dalam rm21 kot aritu.. tapi memang berbaloi la pada kami sebab ayam dia besar.. ayam goreng Marrybrown pun sedap jugak dari jenama yang satu lagi tu.. tambah pulak dekat dengan rumah.. kami pergi yang dekat cawangan Brem Mall depan tu je.. 

dia tulis setiap jumaat dan limited time -gambar dari facebook Marrybrown 


anak-anak pulak macam biasa kejar set budak-budak untuk dapatkan mainan.. kali ni dapat spinner pulak.. ada banyak pilihan warna spinner ni sebenarnya tapi masa kami datang tu dia cuma bagi 4 warna je pilihan.. kata dia warna ungu dengan merah dah habis.. jadi berebut la anak-anak.. diorang semua berebut nak warna biru la sebab cantik kan.. 

ni pilihan warna yang ada.. kami dapat kuning,  hijau,  biru dan pink


mulanya abg long dah ambik yang warna biru untuk dia tapi sebab abg chik dah merengek nak jugak terpaksalah abg long mengalah.. dah tanya kat kaunter ada tak lagi warna biru tapi yang jaga kaunter tu kata takde jadi apa nak buat terima je la apa yang ada.. tapi kan aku tak berapa percaya pun budak kaunter tu cakap pasal ada pulak budak datang selepas kami.. elok je dia bagi spinner kaler biru kat budak tu.. ceh.. tak sampai pun setengah jam kot.. takkan dah top up stok baru kan.. haha.. ngarut betul.. tapi itulah tak sampai 2 hari rosak dikerjakan bebudak ni.. ceh.. membazir betul la.. itulah gambar pertama aku tunjuk atas tu haa.. 

paling best sebenarnya kakak la.. dia dapat kaler pink.. cantik! siap ada bentuk love lagi.. kakak kata "untunglah saya.. nasib saya perempuan seorang je.. tak payah nak berebut".. haha.. betul sangat dah tu kakak.. 

satu lagi bebudak suka bila sampai sini pasal boleh main kat ruang permainan dia.. yang dah besar gajah macam abg long masih sibuk nak main kat situ.. haha.. padahal ummi dia suka jugak, ada la orang boleh awasi adik-adik sementara ummi nak habiskan 5 ketul ayam dengan tenang.. hehe.. gambar kali ni takde pasal ummi dia sibuk makan dengan tangan sebelah.. sampai handphone simpan kat celah mana pun tak tau la.. huhu.. maklumlah.. sebelah lagi dah ada 'beg tangan' besar kali ni.. lainkali kita kena ambik gambar la kan.. nanti dah besar memasing mesti rindu suasana makan dengan anak-anak kat luar macam ni.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Hahaha.. Biasalah budak2 kak. Memang sekejap saja mainan tu elok. Lepas tuh faham faham jela.. Hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat