Adik Nafis Adam dah mula makan - Cerita Ita                                                             Adik Nafis Adam dah mula makan Langkau ke kandungan utama

Adik Nafis Adam dah mula makan

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. bukan takde minat tapi masa yang terasa tak cukup pulak.. selalu boleh curi jugak masa menulis bila dapat duduk-duduk sekejap ke.. kalau menyusukan anak ke.. tapi kali ni memang ke laut dalam disebabkan kesibukan kerja.. kena pulak kadang-kadang bila dah dapat duduk atau susukan anak tu waktu tu la mata ni macam kena jahit je.. terus hanyut.. silap-silap kalau pegang telefon bimbit kat tangan mau jatuh kena muka sendiri la jawabnya.. hehe..

Adik Nafis Adam dah mula makan


tapi kali ni nak jugak cerita perkembangan adik Nafis Adam sebelum basi.. sebenarnya adik Nafis dah masuk 6 bulan umurnya pada 6 Mac 2020 baru ni.. dah selamat pun ambik suntikan vaksin bila cukup umur 6 bulan aritu.. alhamdulillah masih sihat membesar bagai Super Adam.. haha.. ni nama aku bagi kat dia bila nak main-main dengan dia.. dia akan senyum meleret bila aku sebut Super Adam tu..

Super Adam aku tu pun dah mula makan dah.. aku mula bagi dia makan masa cukup je umur dia 6 bulan.. memula aku masakkan tepung beras campurkan dengan susu dia.. baru nak ajar kan.. nampak ok je beberapa hari.. aku pun ubahlah sikit.. susu tu aku campurkan dengan santan.. bagi rasa lemak-lemak macam bubur sum sum tu kan.. sesiapa orang Johor mesti tau apa bubur sum sum.. bagi yang tak tau tu boleh bayang kuih lompat tikam yang warna putih ada kuah gula melaka tu.. aku bagi dia makan macam yang putih tu la.. nanti aku kongsikan resepi dia eh..

Bubur sum sum.. ini masa memula makan.. sekarang ni aku buat pekat sikit dab lebiiiih banyak.. huhu


ada jugaklah masa aku pegi klinik aritu misi tanya.. aku jawab aku bagi makan tu je dulu.. belum campur apa-apa lagi.. misi kata campur la apa-apa.. tapi aku tak pasti jugak nak campur ke tak dulu.. sebab berdasarkan pengalaman aku dulu-dulu.. anak-anak akan jadi seorang pemilih makanan bila diperkenalkan jenis makanan berbeza terlalu awa.. maaf ya.. ini pendapat peribadi dari pengalaman dan bukan bersandarkan mana-mana fakta perubatan pun.. misi tu agak tak setuju tapi aku faham la kenapa.. cuma aku tak cakap apa la.. 

InsyaAllah nanti aku akan campur dengan makanan lain.. cuma buat masa ni perlahan-lahan la dulu.. Super Adam aku ni pun baru je pandai makan.. kan.. Super Adam kan.. 

Ceritaita


Ulasan

  1. seronok tengok baby pandai makan, Iman dulu bukan main susah nak makan, susu pun selalu tak habis, huhu.. itu dulu laaaa.. hahaha

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. semoga adik nafis adam makin sihat, aamiin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum