Bekerja dari rumah sebab Covid-19? - Cerita Ita                                                             Bekerja dari rumah sebab Covid-19? Langkau ke kandungan utama

Bekerja dari rumah sebab Covid-19?

Assalamualaikum semua,  semoga korang semua masih sihat hendaknya.. doa yang sama buat aku dan keluarga aku jugak ya.. di saat ni doa je la mampu supaya kita terhindar dari wabak pandemic COVID-19 ni.. lama dah nak menulis tapi asyik la tak sempat.. mungkin asbab bekerja dari rumah sebab COVID-19 ni boleh naikkan balik semangat berblog mana tau kan..

  
Bekerja dari rumah sebab COVID-19? 

alhamdulillah arahan kawalan pergerakan dah pun keluar.. apa pun yang berlaku disebabkan orang awam panik kita bersyukur sekurang-kurangnya pada hari pertama ni ramai yang ikut perintah untuk duduk di rumah.. pastikan tu ya.. duduk di rumah masing-masing kecuali yang kena keluar bekerja macam aku ni.. 

ya.. aku kena keluar bekerja bila perkhidmatan kami disenaraikan sebagai perkhidmatan penting "essential services ".. alhamdulillah akhirnya ada yang ikhtiraf sebagai antara yang penting..  kami kena bekerja bagi memastikan semua orang cukup sumber makanan..  kena bekerja untuk melancarkan perkhidmatan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan sumber makanan.. 

jadi biarlah kami sahaja yang keluar bekerja.. kalian yang tak berkenaan silalah duduk di rumah bagi mengelakkan yang memberi perkhidmatan yang penting ini sama terjangkit dan lumpuh segala perkhidmatan yang bakal diberi.. mungkin kita tak sedar.. itulah hakikat bila ada sesetengah yang melompat riang bila dengar pengumuman Perdana Menteri Malaysia arahkan semua premis ditutup.. malah berduyun lagi yang pulang ke kampung seolah-olah cuti musim perayaan.. yang ada masalah aku faham la.. tapi yang suka-suka? 

Belum tambah pulak yang mempertikaikan kenapa aku kena kerja dan orang lain tidak perlu? 
amboi.. saat kerajaan suruh jangan bercuti..  kurangkan pergi tempat sesak tu korang pergi ke sana sini bercuti riang gembira ambil gambar.. tapi bila masa kena kerja tanya pulak kenapa aku tak dapat cuti jugak? orang macam ni la pada aku pentingkan diri.. 

belum lagi ada yang tanya kita kerja ni boleh claim tak ni?  amboi... amboi..  ada orang yang dah tak terbayar dah lebihan waktu kerjanya.. tapi masih mampu senyum menyumbang tenaga.. kita kena datang selang seli mengikut giliran dan waktu tertentu pun berkira.. maaf la ya cakap kasar tapi itulah hakikat..

malaslah bebel lagi.. PM pun dah merayu.. KP Kesihatan pun dah merayu.. masing-masing pesan.. tolonglah duduk di rumah masing-masing..  Stay At Home! Tolong duduk rumah!  3 perkataan je.. simple.. melainkan korang ada minda di bawah sedar untuk berjalan merata-rata..

sama-sama la kita bendung wabak ni di Malaysia.. suka hashtag ni tadi #Kitajagakita 

Ceritaita


Ulasan

  1. Stay safe ya Ita.. semoga semuanya kembali macam biasa tak lama lagi kan.. Amiin Ya Rab..

    BalasPadam
  2. Take care ita.. aku pun keje dari umah je

    BalasPadam
  3. amin. semoga keadaan kembali pada sediakala. 😊

    BalasPadam
  4. amin. semoga keadaan kembali pada sediakala. 😊

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat