Khamis, 25 Jun 2020

PG Mall buat promosi jualan birthday!

assalamualaikum semua, dah lebih 100 hari kita jalani kehidupan dalam PKP kan? Kejap je masa berlalu.. aku rasa ramai jugak yang sejak dari awal PKP dan belajar cara pembelian online walaupun sebelum ni tak berapa tau pun atau tak ambil tau pun pasal pembelian online ni.. rasanya banyak sangat benda baru kita belajar sewaktu PKP ni.. kalau aku sendiri memang dah biasa dan tersuka pulak dengan kaedah membeli secara online.. senang nak buat pembayaran dan hanya tunggu barang sampai rumah tanpa penat nak ke sana sini.. lagi la di musim Covid-19 ni kan.. semua tempat kena beratur untuk pemeriksaan suhu semua tu.. beli online kurang la sikit risiko berjumpa dengan orang ramai dan tempat yang sesak.. lagi pulak kebetulan PG Mall buat promosi jualan birthday! lagi la suka kan.. 

PG Mall buat promosi jualan birthday!


bagi yang rasa selesa dengan pembelian online, korang mesti dah kenal dengan satu lagi platform pembelian online yang dah ada di pasaran sejak dari 2017 lagi tau.. ya.. PG Mall www/pgmall.my ni dah ada sejak 2017 lagi dan satu-satunya platform e-commerce tempatan yang berada di Malaysia.. dan menjadi platform e-Commerce nombor 1 di Malaysia.. yang uniknya PG Mall menggunakan konsep ConsuMerchant dalam platformnya yang membolehkan pelanggan mendapat manfaat dari setiap transaksi yang dibuat.. PG Mall telah disenaraikan di tempat ke 3 teratas di dalam laporan dari Iprice di https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ .. menarik kan? meh la aku cerita pasal promosi jualan birthday oleh PG Mall pulak..

PG Mall buat promosi jualan birthday!


PG Mall buat promosi jualan birthday bermula dari 29 Jun 2020 hingga 5 Julai 2020 tau.. banyak yang korang boleh dapatkan masa promosi ni nanti.. sebabnya setiap pembelian akan ada diskaun pulak.. korang boleh dapat 10% diskaun dengan pembelian sekurang-kurangnya RM50.. dan 15% diskaun dengan pembelian sekurang-kurangnya RM100.. menarik kan? bukan tu je.. siap ada promosi penghantaran percuma lagi.. bagi korang yang baru pertama kali buat pembelian boleh dapatkan promosi penghantaran percuma bagi RM30 perbelanjaan yang dibuat.. dan bagi yang pernah buat pembelian layak dapat promosi penghantaran percuma ni dengan RM60 perbelanjaan yang dibuat..

eh kejap.. belum habis lagi.. akan ada jugak promosi jualan yang dipanggil 'Super Killer Deals' yang menawarkan barangan serendah RM0.99 je tau.. murah kan? ada jugak ganjaran bertuah bagi cabutan bertuah untuk pelanggan yang menjadi top referral.. hadiah dia menarik betul tau.. caranya senang je.. korang kongsikan link rujukan korang di PG Mall tu nanti dengan semua kawan-kawan korang dan korang berpeluang menang hadiah menarik macam kat bawah ni..

Hadiah untuk Top Referral :

Hadiah Pertama : PG Gold seberat 1 gram 
Hadiah Kedua : C-wallet berjumlah RM100
Hadiah Ketiga : C-wallet berjumlah RM50

bagi yang suka dengan hadiah boleh juga melayari facebook live deal oleh PG Mall dan jadi pemenang cabutan bertuah setiap hari di sepanjang tempoh promosi ini untuk menangi hadiah emas seberat 0.5gram (yang bernilai RM200)..senang je kan nak menang hadiah? cuma tonton sesi live di facebook dan boleh berpeluang menang.. jadi buat korang, sesiapa yang nak dapatkan promosi terkini serta menang hadiah boleh layari laman web rasmi PG Mall dan instagram seperti di bawah ni:

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #PGMallBirthdaySale #PGMallBirthdayParty #PGMallCrazySale

Ceritaita

5 Luahan Ikhlas:

Anum berkata...

nanti singgah

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata...

wah, kita tak pnh shopping sini tau

Fieza Sani berkata...

tak pernah shopping kat sini. okey, nanti nak try lah..

Cik Puan Ena berkata...

Terbaiklah pg mall selalu buat offer

Portal Game Mobile Populer berkata...

Hero Baru Mobile Legends
Build Item Sun