SETEL nak bagi Tumbler percuma dan Akses Viu Premium - Cerita Ita                                                             SETEL nak bagi Tumbler percuma dan Akses Viu Premium Langkau ke kandungan utama

SETEL nak bagi Tumbler percuma dan Akses Viu Premium

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis sejak last bulan puasa... ni dah masuk 16 Syawal 1441 pun dah.. aku nak ucapkan jugak la selamat hari raya dan maaf zahir batin untuk semua kawan-kawan dan pembaca ya.. tak terlambat lagi kan.. raya kan sebulan.. tapi raya tahun ni memang luar biasa kan.. tak sama macam tahun-tahun sebelum ni.. semuanya kerana Covid-19.. apa nak buat.. dah ditakdirkan Allah semuanya jadi macam ni.. kalau ikut perancangan tahun ni kami semua akan balik beraya di Kuantan.. tapi kita kan cuma mampu merancang je.. jadi ke tidak tu bukan kuasa kita pun.. jadinya tahun ni rezeki beraya di Johor lagi sekali.. mujur jugak hujung tahun lepas kami sekeluarga dah berpindah ke Johor.. kalau tak maunya kami beraya di KL sebab tak boleh rentas negeri lagi kan..

SETEL nak bagi Tumbler percuma dan Akses Viu premium


jadinya dapat raya di Johor ni pun rezeki dari beraya sekeluarga je kat KL nun haa.. yang jadi kenangan jugak tahun ni banyak benda la belajar berjimat.. terutama di waktu PKP aritu.. konsepnya makan je apa yang ada.. walaupun harga minyak petrol turun harga gila-gila tapi kebanyakkan orang tak dapat menikmati penurunan harga minyak petrol ni.. bukan kat Malaysia je.. seluruh dunia terkesan dengan perintah berkurung di mana-mana pun di seluruh dunia.. aku pun rasa tenang gak masa PKP aritu.. sebabnya aku masih kena pergi kerja walau bukan di barisan hadapan.. tapi senang hati la pergi kerja cuma ambik masa 3-4 minit je dari rumah.. memang jimat minyak sangat-sangat la..

eh cerita pasal minyak petrol ni.. korang punya kereta selalu is minyak kat mana? Shell.. Petronas..Petron? aku ni ikut mana stesen yang sempat je.. dekat area rumah ni ada stesen Shell dan Petronas yang paling dekat dengan rumah.. jadi selalu memang isi yang dua ni je la.. senang kan pergi yang dekat-dekat rumah je.. dan satu lagi sebab boleh bayar dengan pembayaran e-wallet je... musim-musim Covid-19 ni kami memang belajar banyak pasal pembayaran tanpa kontak ni.. kalau Shell boleh boleh guna Boost atau Touch n Go e wallet.. kalau Petronas boleh bayar dengan guna SETEL.. mudah sangat guna SETEL ni.. takyah turun bayar kat kaunter pun.. kira setel kat dalam kereta je dah siap.. tapi sebab lama tak isi minyak dan guna aku buat-buat tak tau je la.. 

tetiba hari ni dapat email SETEL nak bagi Tumbler percuma dan Akses Viu Premium.. wah apa lagi gigih top up dan layakkan diri untuk dapatkan tumbler percuma dan akses Viu Premium.. alhamdulllah.. selamat dah aku tuntut.. penghantaran tumbler tu akan dibuat mulai 1 Julai 2020 katanya.. takpe kita tunggu je la dulu.. korang yang nak dapatkan Tumbler dan akses Viu percuma boleh la download Setel dan top up RM80 ya.. boleh la cover duit minyak bulan ni.. atau untuk bekal balik Kuantan nanti.. dah boleh rentas negeri dah kan..?

Bagi yang tak pernah download lagi aplikasi SETEL ni.. boleh cuba muatturun dan gunakan Setel dan isi petrol dengan penuh bergaya.. Aktifkan pam petrol dari DALAM kereta korang, jejaki butiran perbelanjaan, semak harga petrol terkini, terima penyata belian petrol bulanan, tebus dan dapatkan mata ganjaran Mesra. 

Setel dengan aku dan sama-sama nikmati RM5 selepas pembelian RM30 pertama petrol korang! Kod rujukan aku : tc5yn 

Ceritaita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...