Angsana Mall Jb tutup sebab covid - Cerita Ita                                                             Angsana Mall Jb tutup sebab covid Langkau ke kandungan utama

Angsana Mall Jb tutup sebab covid

 Assalamualaikum semua,  lamanya blog ni membeku.. meh kita bagi hangat balik.. hangat pasal isu semasa je pun.. isu apa lagi kalau bukan isu covid-19 yang kembali merebak dalam negara kita yang tercinta ni.. dan kali ni Angsana Mall Jb pulak dah tutup sebab covid.. dah la dekat je tau.. tak sampai pun 1km dari rumah kami ni.. mujur jugak la kami ni lama dah tak pergi situ.. 


Angsana Mall Jb tutup sebab covid


sebenarnya.. kecewa jugaklah rasa.. selepas berkorban untuk terus duduk di rumah sekian lama tapi hasilnya macam ni.. apa je yang mampu kita ni mentimun kata.. hadap je situasi depan mata.. ni pulak di kawasan JB ni kes makin banyak.. hari ni saja ada 100 kes.. sedih.. terkilan.. semua rasa la.. rasa tak selamat bila di mana-mana pun ada.. 


tapi apa je kita mampu buat.. cuma mampu harung dan berserah pada Yang Esa je la.. semoga wabak covid ni cepat diangkat dari dunia ni.. ramai sangat orang susah yang bertambah-tambah susah sebab covid.. tak kurang jugak orang senang yang jadi susah sebab covid.. 


kami sekeluarga pun tak berkecuali.. shah kan niaga sendiri.. jadi waktu pkp, pkpb dan pkpp dan sekarang pkpb balik memang sangat-sangat terjejas.. nak niaga macamana kalau orang nak keluar rumah pun dah takut?


air kedondong dan air kelapa laut yang shah jual.. boleh whatsapp 0139222975 kalau nak beli ya.. 



baru ni kecoh ada kes kat area kempas.. dekat je dengan rumah kami ni.. sampai klinik kesihatan pun kena tempias terpaksa ditutup.. masa tu kami belanja kat pasaraya @mart kempas tu pun kosong tau.. takde orang.. kesian tengok muka peniaga.. memang sedih sangat-sangat.. terbayang aku macamana agaknya mereka jumpa keluarga yang ditanggung setiap hari.. apa je yang dapat diberikan sebagai rezeki.. 

kesian kan peniaga.. lengang tau kat pasaraya @mart


aku tak mampu dah nak taip bebanyak.. hanya mampu doakan dan minta korang semua doa sama-sama keadaan pulih seperti biasa.. dunia dah tak macam dulu dah.. banyak sangat larangan sana sini.. ni semua sebab kita terlalu alpa kan.. banyak kerosakan kita buat di muka bumi ni.. marilah sama-sama kita berdoa dan amalkan SOP yang betul di mana saja kita berada.. kaedahnya sekarang bukan kita jaga kita tapi kita jaga diri sendiri dan keluarga.. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Allahuakhbar, mintak-mintak la penyakit ni dilenyapkan dari muka bumi ni. Kesian sangat dengan mereka yang terjejas tu. Semoga kak Ita sekeluarga dilindungi dan dijauhi dari wabak tersebut.

    BalasPadam
  2. semoga ada sinar baru 2021 ni.. harap2 keadaan semakin ok

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...