Bila si kecik tak lagi kecik

6:17:00 PTG

Assalamualaikum semua, hari ni masih hari cuti di Johor.. alhamdulillah dah boleh biasakan diri dengan cuti setiap hari Jumaat dan Sabtu.. mula-mula dulu rasa janggal jugak la.. maklumlah sekian lama dan cuti setiap Sabtu dan Ahad.. tetiba tukar.. mau tak pelik.. bukan la kata tak pernah cuti hari Jumaat dan Sabtu tapi itu mula-mula la dulu waktu awal servis.. masa tu ditempatkan di Kota Bahru, Kelantan.. samalah juga hari cutinya.. eh.. bukan nak cerita pasal hari cuti sebenarnya ni.. nak cerita pasal bila si kecik dah tak lagi kecik.. 

tengok la ni.. hasil nak makan sendiri.. 

cerita pasal siapa lagi kalau bukan si kecil kami ni haa.. si Ahmad Nafis Adam ataupun Super Adam kami yang sentiasa comel di mata kami sekeluarga.. walaupun dia yang paling kecil  sebab baru je berumur 1 tahun 3 bulan.. tapi dah tak gaya kecik lagi dah dalam rumah ni.. sebabnya dia dah boleh berjalan awal dari adik beradik yang lain.. kalau yang lain umur macam dia ni baru nak pandai berjalan.. Nafis Adam sekarang ni dah boleh berlari dah sana sini.. siap boleh memanjat sana sini.. pakej la orang cakap.. 

tu yang bila ada yang tanya.. yang kecik tu umur berapa.. eh sendiri pun macam pelik bila nak sebut baru je setahun 3 bulan.. sebab rasa anak kecik tu macam dah besar sangat la pulak.. hahaha.. tambah pulak si Adam ni jenis yang berdikari sikit la budaknya.. semua kalau boleh nak buat sendiri.. macam dah besar sangat dah.. ni pun ada depan aku baru lepas nangis sebab aku paksa dia tidur tadi.. kat rumah mak abah ni anak-anak riang gembira main kat luar rumah jadi dia pun rasa macam seronok sampai nak tidur pun hati tak senang la dengar orang jerit-jerit main sana sini.. 

masih menyusu badan walaupun tak sepenuhnya.. 

alhamdulillah berat badan Adam masih di tahap yang ok lagi walau pun ada kenaikan sikit je dari umur setahun aritu.. berat dia masa timbang aritu cuma 10.5 kg je.. makan selera bukan main sebenarnya.. pantang tengok orang bawak mangkuk walau dia dah makan.. tapi sebab aktif dalam masa yang sama kot.. tu yang tak naik sangat beratnya.. 

dalam usia dia macam ni kami cuma mampu terapkan apa yang perlu untuk dia.. macam bagi dia buat sendiri apa-apa yang dia rasa nak buat.. macam suap makan sendiri.. pakai baju sendiri.. bukanlah terus pandai tapi ajar sikit-sikit.. nak sangat ajar anak pandai mengaji dalam usia ni macam sesetengah video yang viral tu.. tapi bila fikir banyak kekangan dengan aktiviti dan kerja harian aku buat je la mana yang mampu.. 

jadi mak bapak ni jangan paksa diri buat di luar kemampuan hanya sebab kita nak suatu hasil yang baik macam orang lain.. sebabnya ada orang dia buat tu sebab dia memang ada masa sepanjang hari dengan anak-anak.. ada yang buat jugak sebab dia memang jenis berdisiplin dan pandai atur masa dia.. ini kalau kau jenis yang anak ada kelas online pun salah bagi link ke anak.. usahlah harapan setinggi langit..  sila berjejaklah pada bumi yang nyata.. 

bila tengok situasi macam ni rasa sangat anak-anak dah makin besar.. 

tu yang setiap tahun azam aku sebenarnya nak sangat jadi ibu bapa yang baik.. teladan yang baik buat anak-anak.. lagilah bila si kecik tak lagi kecik dah ni.. semua anak makin membesar.. bukan hanya si Adam yang kecik tu.. anak-anak akan meniru semua perbuatan orang tua.. anak yang lelaki akan meniru perbuatan si ayah.. apa sahaja ayah buat.. cara menyayangi.. cara mendidik.. cara memimpin..  semua akan ditiru.. 

si anak perempuan pulak akan meniru perbuatan si ibu.. apa sahaja la.. pakaian.. perbuatan.. sikap.. cara berkata-kata.. semuanya.. macam husna aku dah perasan dah yang dia suka bawak baju untuk persalinan bila mandi sama sebijik macam aku buat.. dah terbiasa kot sejak dari kecik tengok apa mak dia buat.. macam aku sebab mak aku didik macam tu.. ye la adik beradik lelaki ramai kan.. takkan nak berkemban dari bilik air masuk bilik baru pakai baju.. nampak tak sopan pulak.. yang paling tak best bila part membebel dan sama dengan aku.. hahaha.. ini yang buat aku berazam nak kurangkan membebel ni.. 

apa pun yang kita buat untuk mendidik anak-anak amanah buat kita ni semoga tak lari dari landasan yang betul.. jika ada tergelincir cepat-cepat la masuk balik ke landasan.. ini ingatan buat diri sendiri jugak ni.. semoga akan ada yang sentiasa ingatkan diri supaya dapat jaga Amanah Allah ni sebaiknya.. sebab ramai lagi kat luar sana yang masih berusaha nak dapatkan zuriat.. bila dah ada ni.. jagalah sebaiknya.. 

Ceritaita



You Might Also Like

2 Luahan Ikhlas

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini