Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Contents Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar

Pageview blog dah 3 juta dan pemenang GA

Assalamualaikum semua,  hari ni nak cerita pasal pageview blog dah 3 juta dan pemenang GA yang aku buat beberapa hari lepas.. tetiba dapat idea nak buat bila tengok pageview blog dah menghampiri angka 3 juta pengunjung.. nak ambik gambar sendiri bila pageview sampai ke angka menarik macam ni sangat la susah.. jadi dengan cara buat GA atau giveaway boleh la dapat tengok angka menarik ni di blog sendiri.. 

pageview blog tinggi
Pageview blog dah 3 juta - gambar ihsan dari Blog Me Searching For Soul


Syukur rasanya sebab dari awal berblog mula tahun 2008 dulu tak sangka juga blog ni akan panjang umur,  ada domain sendiri dan boleh menjana pendapatan sampingan.. dari awal dulu sebab minat menulis apa saja dalam kehidupan.. kiranya macam diari la.. dulu suka tulis atas kertas sekarang ni pindah ke blog pulak.. semoga berkekalan selagi nyawa dikandung badan.. insyaAllah..   

pasal GA Ceritaita nak bagi hadiah pulak ingatkan lama sikit baru dapat pemenang.. rupanya hari ni upload pasal post Ceritaita nak bagi hadiah esoknya dah ada yang komen dia dapat tangkap nombor 3 juta tu.. alhamdulillah.. tahniah kepada Wina dari blog Me Searching For Soul kerana berjaya mendapat hadiah yang disediakan.. hadiah pun dah selamat Wina terima.. hadiahnya ialah sehelai permaidani lembut.. nak tengok gambarnya? kita tunggu Wina la ceritakan pulak.. kan Wina.. 

Hadiah dah selamat dihantar.. 😊


terima kasih buat Wina yang sudi join GA Ceritaita.. terima kasih juga pada pembaca lain yang mungkin mencuba tapi tidak berjaya.. juga kepada semua penyumbang pageview 3 juta selama ni.. terima kasih atas sokongan semua.. next nanti aku nak buat GA untuk 3.5 juta pageview pulak la.. ok ke tak ok? 


Ceritaita



Ulasan

  1. Sangat ok buat lagi giveaway! Terima tunggu hadiah. Eh saya baru pos tulisan pasal hadiah. Hehe kalau Ita hendak tengok warna karpet boleh tengok ya.
    Terima kasih atas keprihatinan untuk pastikn barang selamat sampai.

    BalasPadam
  2. Wah...tahniah kepada pemenang...rezeki dia sungguh...

    BalasPadam
  3. Wow, bestnyaaaa...Nak cuba jugaklah..Hihi...Bila lagik buat giveawa, Tahniah ye..dah 3 JUTA!!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus