Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Wujud lagi rupanya Nuffnang

assalamualaikum semua, tadi aku luangkan masa baiki dan buang semua brokenlink yang ada kat dalam blog Ceritaita ni, alhamdulillah dari 300++ brokenlink aku berjaya buang sehingga hanya tinggal dalam 45 link je lagi.. tu yang pulun jugak buat bila ada masa.. selama ni sebenarnya tak berapa ambik tau pasal brokenlink dan apa kesan dia pada blog tapi bila dah join group Biters ni banyak la yang aku belajar.. alhamdulillah.. antara kawan-kawan yang tak kedekut ilmu.. 

Wujud lagi rupanya Nuffnang


bila dah buat kerja-kerja membersihkan blog tadi ternampaklah sekali ada iklan Nuffnang, Nuffnang kalau sesiapa yang kenal dulu adalah antara penyumbang pendapatan terbesar untuk blogger.. aku ada la jugak beberapa kali buat cash out dengan Nuffnang.. tapi entah kenapa pendapatan Nuffnang macam terhenti sejak tahun 2018.. masa tu macam dia lebih fokus dengan blogger-blogger popular saja rasanya.. jadi blogger yang sendu-sendu macam aku ni memang agak menjauh la.. 

tapi tetiba tadi terfikir la jugak.. wujud lagi ke Nuffnang ni? dan bila aku cuba login tadi dan tengok perkembangan.. eh wujud lagi rupanya Nuffnang.. adalah juga seciput kat akaun tu haa.. jadilah buat permulaan..  kan.. korang masih setia dengan Nuffnang ke? 


Ceritaita




  

Ulasan

  1. Nuffnang dulu link dengan Churp Churp.
    Pernah la merasa income dengan CC ni.

    Masih ada ke?

    BalasPadam
  2. Akak ada lagi nuffnang ngan churp churp ni tapi dah lupa pasword..eh..nak check balik la...

    BalasPadam
  3. Haah saya masih setia dengan Nuffnang.
    Lama tidak tengok akaun.

    BalasPadam
  4. Ada lagi rupanya Nuffnang 😁. Lepas baca ni terus pegi tengok akaun hehe.

    BalasPadam
  5. lama dh tak login acc nuffnang. xtau la ingt password lg ke x ni haha

    BalasPadam
  6. Kak Sue pun ada juga akaun Nuffnang nie Ita. Tapi tak tau berapa ada duitnya dah..

    BalasPadam
  7. Wujud lagi rupanya. Hehe.. Dah lame tak bukak Nuffnang.. Rasa xde duit sebab lepas cashout last dah buang code die dah

    BalasPadam
  8. Dah turunkan iklan Nuffnqng dekat blog pasal Adsense marah katanya ada ads lain hahaha. Sayang pulak dalam tu ada dalam 40 hengget rasanya

    BalasPadam
  9. oo wujud kagi rupanya.. mujur tak buang lagi coding dia. CUma nak masuk website nuffnang tak boleh kan

    BalasPadam
  10. pernah cash out sekali je.. tapi sekarang macam dah sendu je.. :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus