Ketahui 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran - Cerita Ita                                                             Ketahui 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran Langkau ke kandungan utama

Ketahui 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran

Ketahui 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran


6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids

Assalamualaikum semua, sejak negara kita dan juga seluruh dunia dilanda bermacam-macam jenis wabak dan penyakit berjangkit seperti Covid-19 sehingga menyebabkan ramai yang hilang ahli keluarga dan sahabat handai menjadikan aku lebih serius dalam penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sendiri dan ahli keluarga aku. Sebagai seorang Vet, aku sangat mementingkan kebersihan diri apatah lagi ketika sedang bertugas.

Belum lagi kita bebas sepenuhnya dari Covid-19, virus Influenza A pula mengganas menyerang kanak-kanak dan di luar negara pula cacar monyet semakin merebak di kalangan masyarakat. Kes harian Covid-19 pun masih lagi tinggi ketika ini cuma masyarakat kita sekarang ni tak cakna, tidak seperti mula-mula Covid-19 melanda negara kita.

Sebagai umat Islam yang beriman, kita boleh jadikan apa yang terjadi ini sebagai pengajaran dan ingatan daripada yang Maha Esa agar kita sentiasa ingat kepadaNya. Jangan sesekali kita lalai dengan duniawi sahaja hingga terlupa beribadah kepadaNya.

Jadi, bagaimana kita nak hadapi semua ini? Selain daripada mendapatkan vaksin untuk Covid-19 dan Influenza A, kita haruslah menitik beratkan aspek kebersihan dan pemakanan harian kita. Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang paling berisiko tinggi mudah dijangkiti jangkitan virus dan kuman yang ada diluar sana.

2 – 3 bulan yang lepas kita menyaksikan jangkitan Influenza A meningkat di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun sehingga mengakibatkan hospital penuh. Selain itu, ubat-ubatan untuk demam, selesema dan batuk turut habis di kedai, farmasi dan klinik.



Kelas anak aku pun jarang nak penuh kehadiran pelajar yang hadir ke sekolah. Mesti ada yang tidak hadir kerana tidak sihat dan jangkitan ini juga banyak berlaku di sekolah.

Meskipun di sekolah guru-guru sentiasa memastikan tahap kesihatan pelajar sebelum masuk ke kelas, namun jangkitan tetap berlaku. Ini sebenarnya  bermula daripada pemakanan anak-anak yang kekurangan nutrisi di rumah. Jika anak sentiasa sakit, mereka tidak boleh nak fokus dalam pembelajaran. Kita sebagai ibu bapa pun pasti akan stress kan?

Kat sini aku nak kongsikan tentang produk terbaru keluaran Eskayvie iaitu Eskayvie i-Qids, booster untuk minda cergas yang dicipta khas untuk membantu kanak-kanak lebih fokus dalam pembelajaran.

6 Bahan Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids Untuk Otak Yang Sihat dan Minda Yang Cerdas:

Untuk ibu bapa yang masih lagi tercari-cari makanan tambahan yang boleh membantu merangsang minda anak-anak, boleh la mencuba Eskayvie i-Qids ni. Aku tengok sendiri bahan-bahan utama yang digunakan dalam produk ni pun memang baik untuk otak dan minda anak-anak.

Jom kita tengok apakah 6 bahan nutrisi utama Eskayvie i-Qids ni.

#1 Phosphatidylserine (Serine)



Kalau nak tahu, sebenarnya masih ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan pengambilan Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang baik, kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg Phosphatidylserine sehari tetapi sayangnya, kanak-kanak kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja daripada jumlah ini!

Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi laju, semestinya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru! Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai individu terdedah dengan pengambilan Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.

Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan.

#2 Alpha-Linolenic Acid (ALA)



Rasanya ramai yang tahu sebenarnya ikan mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil Omega 3 dan sangat penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA dan DHA yang mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung.

Sayang sekali, pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada makanan semula jadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan. Namun, akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang gemar untuk mengamalkannya.

Sebab itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA kepada otak si kecil memandangkan rasanya yang lebih lazat.

#3 22 Ekstrak Buahan dan Sayuran



Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber antioksidan utama dalam pemakanan harian kita. Ini fakta yang kebanyakan orang dah tau. Dan fakta berikutnya lebih mengejutkan.

Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan?

Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak buahan dan sayuran amat diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam kedua-dua bahan tersebut.

Ekstrak buahan dan sayuran ni bukan saja mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan sayur.

 

#4 Moringa Oleifera



Kebiasaannya tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' yang merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat.

7 khasiat moringa yang anda perlu tahu:
1) 3x zat besi berbanding bayam
2) 4x kalsium berbanding susu
3) 3x potassium berbanding pisang
4) 7x vitamin C berbanding oren
5) Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc.
6) Menyokong kesihatan organ
7) Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan

Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.

Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini.

#5 Prebiotik



Prebiotik merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.

Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus.

Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.

#6 Multivitamin dan Mineral



Sebenarnya ramai kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik bermula, beberapa siri perintah berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak anda. Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera, makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.

Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkapi dan mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak.

Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak anda. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh membantu.



Kanak-kanak amat memerlukan makanan yang sihat dan seimbang untuk tumbesaran dan minda mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak ini mencukupi.

Namun kadang kala kita terlepas pandang atau anak-anak itu sendiri yang tidak gemar makan ikan, sayuran dan buah-buahan. Itu memang biasa dan bagaimana kita nak pastikan mereka ini mendapat nutrisi yang mencukupi? Jadi itulah tugas ibu bapa mencari nutrisi tambahan untuk anak-anak ini.

Banyak feedback positif ibu bapa yang dah mencuba memberikan Eskayvie i-Qids ini kepada anak-anak mereka. Dari yang susah nak makan, kini makin berselera makan.

 



 

Ada juga yang kini ada perubahan positif dalam pembelajaran dan lebih yakin dengan diri sendiri berbanding sebelum ini.





Kesimpulannya kalau korang terdiri daripada ibu bapa yang sedang mencari suplemen terbaik untuk anak-anak dan nak pastikan anak-anak ada bantuan makanan tambahan yang lengkap, bolehlah dapatkan Eskayvie i-Qids ni untuk anak-anak korang. Ramai ibu bapa diluar sana dah mencuba Eskayvie i-Qids. Anda bila lagi?





Jika anak-anak kita berselera makan, ceria dan fokus dalam pembelajaran kita juga akan tumpang gembira dengan perkembangan mereka. Eskayvie i-Qids ni diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi dan ianya halal serta selamat diambil oleh kanak-kanak. Rasanya juga lazat berperisa coklat dan sangat mudah diamalkan. Anak-anak korang pasti gemarkannya.



Nak dapatkan Eskayvie i-Qids ni?

Korang boleh layari laman web atau laman sosial Eskayvie untuk dapatkannya.

Website: www.iqids.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official/

#EskayvieDiffenz #EskayvieDiffenzJunior #KitaIkhtiar

Ceritaita


Ulasan

  1. dimusim serba mencabar ni eloklah lindungi diri dgn eskayvie

    BalasPadam
  2. Saya pun bagi anak bongsu I-Qids ni ternyata nampak cerdik semacam berbeza dgn abg2 nya waktu umur 5 tahun. Berbaloi dgn byk khasiat dlm 1 tablet coklat yg sedap. Sgt sesuai utk anak yg picker eater dan kurang mkn sayur dan buahan tau :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat