Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik

6:30:00 PG

Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik

Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik



Assalamualaikum semua, lamanya aku sibuk dengan kehidupan seharian dan kerja sampai lupa nak mencoretkan sesuatu kat blog ni haa.. rindu dengan blog dan semua pembaca blog Ceritaita ni sebenarnya. Tapi apa nak buat. Dah nak penghujung September baru ada kesempatan nak menulis.

Bulan September ni sebenarnya ada banyak peristiwa penting berlaku. Ada banyak jugak cerita yang boleh disimpan menjadi kenangan. Antaranya hobi baru kami berkhemah sekeluarga dan hari keluarga kedua-dua belah pihak keluarga kami.



Terselit di antaranya ialah sambutan hari lahir buat 3 orang September Boy dalam keluarga kecik kami ni. Abg Chik lahir pada 3 September, Adik Adam lahir pada 6 September dan Shah pulak pada 8 September. Cukup semua dekat-dekat. Jadi jimat la raikan sekali je dan kongsi kek.. haha.. bagus kan?

Kami raikan secara simple je di waktu berkhemah di tepi pantai awal bulan ni. Semoga kita ada peluang nak raikan detik-detik macam ni bersama-sama lagi di masa akan datang.



Doa ummi buat Abg, buat anak-anak Abg Chik dan Adik Adam tentunya semua perkara yang baik-baik buat kalian bertiga. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Ditetapkan iman. Dijumpakan dan dikelilingi oleh orang yang hanya membawa kebaikan. Dimurahkan rezeki dan dimudahkan kehidupan seharian. Amin..

Ceritaita

You Might Also Like

1 Luahan Ikhlas

  1. happy birthday buat shah dan adik adam semoga bertambah murah rezeki. meriahnya ita camping mcm ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini