Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang
Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang |
Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari Khamis dan tinggal beberapa hari je lagi nak habis tahun 2022 ni haa. Macam tak percaya pun ada. Pejam celik pejam celik dah habis setahun. Biasanya kalau hujung tahun ni tengah sibuk ibubapa membuat persiapan persekolahan anak-anak kan? Tapi tahun ni agak berbeza disebabkan PKP yang lepas. Musim persekolahan baru akan bermula pada Mac 2023.
Kakak test baju sekolah sepasang. Murah je harga satu set je terus. |
Jadinya tak banyak la kedai yang buat jualan Kembali Ke Sekolah di hujung tahun macam dulu-dulu. Tapi baru ni kami pergi beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari tau, sebabnya kat Pusat Pakaian Hari Hari dah bermula pun jualan Kembali Ke Sekolah sekarang ni. Kebetulan pulak ada baju anak-anak yang perlu diganti baru jadi kita beli je la awal untuk persediaan tahun depan terus.
Kalender PERCUMA! |
Yang paling best bila dengar ada promosi kembali ke sekolah yang boleh dapat kalender 2023 percuma bila buat pembelian barangan lebih daripada RM30 ke atas dalam satu resit. Suka kan kalau dengar benda percuma ni. Kalender pulak tu, sangat berguna di sepanjang tahun.
gigih ya adik tu melayan kami. terima kasih dik |
senget2 mulut mak bebelkan anak haha |
Berapa kali test daaa... |
Kami pun luangkan masa memilih baju anak-anak. Yang bagusnya kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni pekerja dia yang sangat bagus dan komited. Kalau kau masuk je kedai dia dah siap bagi ucapan "Selamat datang" dengan senyuman pulak tu. Teruja kita yang tak berapa nak ada-ada ni bila disambut macam tu kan? Terus rasa semangat nak shopping!
Betul tau sebab ada sesetengah peniaga yang siap tengok kita pakai kasut atau baju apa baru nak melayan. Kat sini takde ya.. semua sama je standard pada diorang. Lepas tu mereka tak jemu layan kita. Bagitau je saiz berdasarkan contoh yang ada terus dicarikan saiz yang kita nak. Mudah sangat tak payah nak tercari-cari sendiri. Jadi cepat je la kerja walaupun kena cari saiz untuk 4 beradik yang sekolah ni haa..
Abg ngah ni kalau dia senyum camtu aku seram tau haha |
Kasih seorang bapa. |
Hari tu kami berbelanja kat Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Intan Kluang. Dekat je dengan rumah kami, tak sampai 10 minit pun. Kalau tanya kenapa kat sini jadi pilihan kami pada awalnya. Tentulah sebab lokasi. Dahlah dekat dengan rumah. Keluar tu kalau nak singgah beli barang kat pasaraya atau farmasi pun senang.. semuanya berdekatan. Tempat makan dekat-dekat pun ada.. Agak-agak ada yang teringin nak makan dulu sebelum beli baju sekolah anak-anak pun boleh.
Lagi satu pasal dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni semuanya ada dijual kat sini. Kira 'One Stop Center' untuk pakaian dan kelengkapan sekolah la kiranya. Kat sini ada dijual baju seragam sekolah, nak kaler apa semuanya ada. Dari pra sekolah sampailah ke sekolah menengah. Senang kan sekali arung je nak pilih baju anak-anak. Macam kami ni ada anak sekolah menengah dan rendah. Kira sekali jalan je la pilih semuanya.
Abg long pilih tali pinggang |
Kakak suka jumpa beg kaler pepel kegemaran |
pakaian dalam lelaki |
mask pun ada jual kat sini ok |
borong alat tulis sekali |
stokin, benda paling kerap kena ganti di musim persekolahan |
pakaian dalam wanita |
ada bekas pensil dia punya senyum sampai telinga |
Ada jugak kelengkapan lain macam kasut sekolah, tali pinggang, stokin, beg sekolah, alat tulis termasuk bekas pensil. Kalau ada keluarga besar macam kami ni memang terasa senangnya beli kat satu tempat yang semuanya lengkap. Tinggal suruh anak-anak pilih je. Kat sini ada jugak dijual seluar sukan. Harga berpatutan kalau tengok pada kualiti dia.
nak cuba tu adam sorang je dia punya kerumun haha (adam kami nak hantar tadika tahun depan) |
kasut sekolah.. haa senang beli sekali kat sini |
Seluar tight pun ada kalau ada jenis anak-anak perempuan yang suka guna seluar pakai kat belah dalam sebelum pakai kain sekolah macam anak kami si kakak Husna tu. Ada banyak pilihan saiz kat sini selain pilihan kain dalam. Kami pun aritu beli sekali seluar pendek anak-anak buat pakaian basahan. Ada jugak pilihan baju tidur dan baju pakaian harian di tingkat bawah untuk perempuan dan tingkat atas untuk lelaki.
baju kanak-kanak kat tingkat atas |
Shah cari seluar sekali.. selesa kata dia |
Jadinya bukan setakat boleh buat pembelian untuk barangan atau baju sekolah je. Nak beli baju harian pun boleh. Paling kami suka harga berpatutan dan kualitinya bagus dan tahan lama. Korang yang tengah mencari tempat nak cari baju sekolah anak-anak tu boleh la ke Pusat Pakaian Hari-Hari yang dekat dengan korang. Kalau nak cari lokasi aku bagi link kat bawah ni boleh klik dan cari je lokasi yang berdekatan. Nak beli secara online pun boleh ya.
95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Marilah pergi Hari-Hari!
#PusatPakaianHariHari
#MarilahPergiHariHari #hariharisekolah
#backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahOnline
#ParentingBlogger
Ceritaita
Seronoknya anak-anak dah nak mula sekolah, shopping pula kat Hari-hari memang semua ada
BalasPadammmg dari dulu aku beli baju kat sini, potongan baju hari2 sesuai dgn syafi. harga opn berpatutan
BalasPadambaju kat sekolah kat Hari-hari mmg berkualiti, kita pun beli baju sekolah anak kat sini
BalasPadam