Selamat Hari Lahir yang ke 11 kakak! - Cerita Ita                                                             Selamat Hari Lahir yang ke 11 kakak! Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Lahir yang ke 11 kakak!

Selamat Hari Lahir yang ke 11 kakak! 

Selamat hari lahir kakak 


11.12.22


Hari ni hari lahir kakak. 


Assalamualaikum semua, kek belum beli lagi kita recycle je gambar kek yang kakak bawak masa sambutan hari jadi perdana kat sekolah baru ni. 


Tengok kek ni aku rasa sedih. Sebab siapa yang rapat dengan aku pasti tau betapa aku menyampah dengan orang yang bazirkan makanan dan bermain-main dengan makanan. 


Paling aku tak suka bila nak kenakan orang di harijadi guna tepung. Bukan dah tua ni je tak suka tapi dah lama dah tak suka. Sebab 1 beg tepung tu la bagi sambung nyawa kat aku waktu kat UPM dulu sampai jadi macam sekarang. Kawan-kawan yang rapat jugak tentu ingat betapa ita ni rajin buat cenkodok dulu-dulu. 


Apa pun kebaikan yang kau buat atau nak sampaikan, bagi aku kalau kau bermain dengan makanan memang aku akan banned terus. Maaf aku takkan hormat orang begini. Banyak rancangan tv pun suka bermain dengan makanan sejak dulu. Tapi maaf aku takkan tengok. 


Hanya orang yang pernah susah hinggakan dapat sesuap makanan masuk ke mulut rasa macam nak sujud syukur saja akan rasa apa yang aku rasa. 


Aku akan terus didik generasi aku yang ada agar terus menghargai makanan. Kita perlukan makanan untuk hidup bukan untuk bermain-main atau persendakan rezeki yang mungkin sangat diharapkan oleh orang lain. 


Panjang dah aku tulis walau takde kaitan dengan ucapan hari lahir kakak. Doa ummi sentiasa buat kakak. Semoga berjaya dalam hidup dan sentiasa menjadi orang berguna yang hidupnya boleh dicontohi. Semoga dapat jodoh lelaki yang baik-baik jugak hendaknya. Amin. 


Ceritaita



Ulasan

  1. Selamat Hari Jadi adik! Cuya pon tk suka orang main2 sebab nak prank guna tepung, banyak lagi benda boleh guna untuk sambut hari jadi...haiyaa

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir kakak husna sayang semoga menjadi anak solehah kebanggaan ibu ye.. mmg tak patut membzir makanan tu ta

    BalasPadam
  3. Happy birthday Kakak, moga berjaya dalam pelajaran dan menjadi kebanggan keluarga yea

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum