Azan Maghrib : Kaedah Penentuan dan Panduan Waktu Solat - Cerita Ita                                                             Azan Maghrib : Kaedah Penentuan dan Panduan Waktu Solat Langkau ke kandungan utama

Azan Maghrib : Kaedah Penentuan dan Panduan Waktu Solat

Assalamualaikum semua, hari ni tetiba rasa nak menulis pasal Azan Maghrib. Sejak bulan lepas aku banyak bergerak dari satu negeri ke satu negeri. Terfikir pasal waktu solat di setiap negeri yang aku singgah. Paling kritikal bila kita nak buat solat jamak dan qasar. Kena tau waktu solat yang sebenar di negeri yang kita singgah tu.

Azan Maghrib

 

azan maghrib

Maksud azan ialah seruan atau laungan yang dibacakan oleh tukang azan. Tukang azan ini dipanggil bilal atau muazzin. Seorang bilal mestilah lelaki yang beragama Islam. Perempuan tidak boleh melaungkan azan di mana-mana pun ya. Azan dilaungkan oleh bilal yang dilantik bagi setiap masjid di Malaysia. Azan maghrib tu sendiri ialah azan yang dilaungkan pada ketika masuknya waktu maghrib bagi setiap kawasan. Biasanya azan maghrib juga dijadikan panduan bagi waktu berbuka puasa. Ianya berbeza-beza mengikut tempat samada di negeri atau daerah.


Azan Maghrib Johor

azan maghrib johor


Waktu Azan Maghrib di Johor mudah untuk diakses dan ada dipaparkan secara online oleh Majlis Agama Islam Johor di laman web mereka. Website Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ Johor)

Contoh Lafaz Azan Maghrib

 

lafaz azan

 

 

Waktu Maghrib

 

waktu maghrib

Penjelasan waktu maghrib adalah apabila matahari secara fizikal terbenam keseluruhannya di ufuk barat dan tidak sama sekali melibatkan suasana keadaan kecerahan langit masa tersebut. (merujuk kepada Bahagian Falak, Bahagian Mufti Selangor).  Maksudnya jika telah terbenam keseluruhan matahari di ufuk barat maka masuklah waktu maghrib itu, walaupun langit masih kelihatan cerah. Rasanya definisi waktu maghrib ni sudah lebih jelas.

 

Walau bagaimanapun di Malaysia ni, biasanya jadual waktu solat fardu yang lengkap telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Takwim secara bulanan akan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri sebagai panduan semua umat Islam. Ianya terbahagi mengikut zon di negeri-negeri. Waktu solat ditetapkan oleh ahli falak dari Bahagian Falak setiap negeri.

 

Secara ringkasnya waktu subuh bermula ketika terbitnya fajar sadiq, iaitu munculnya warna putih yang mendatar (horizontal) di ufuk (horizon), sehingga terbitnya matahari. Manakala waktu Zuhur pula bermula dari tergelincirnya pinggir timur matahari dari garisan meridian (kedudukan zawal) ke barat hinggalah apabila bayang-bayang sesuatu objek menjadi sama panjang dengan objek tersebut.

(Mughni Muhtaj 1/121,122)

Seterusnya waktu asar akan bermula dari akhir waktu Zuhur sehinggalah matahari terbenam di kaki langit barat (keseluruhan badan matahari). Sementara waktu maghrib bermula apabila keseluruhan badan matahari terbenam di bawah ufuk (horizon) sehingga hilangnya mega merah di langit barat. Akhir sekali waktu isyak akan bermula sejurus hilang cahaya mega merah di langit barat sehingga terbitnya fajar sadiq pada esok paginya.

(Mughni Muhtaj 1/123) Rujukan dari BAYAN AL-FALAK SIRI KE-17 : KAEDAH PENENTUAN WAKTU SOLAT : Mufti Wilayah Persekutuan

 

 

Portal e-solat

 

portal e-solat

Di Malaysia, terdapat satu aplikasi yang sangat memudahkan umat Islam untuk menyemak waktu solat di tempat tinggal masing-masing terutama jika sering berada di luar kawasan tempat bermastautin yang biasa. Aplikasi ini dipanggil Portal e-solat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM. Portal e-solat ini boleh diakses melalui link berikut https://www.e-solat.gov.my/.  

 

Portal e-solat ini juga membantu umat Islam untuk mendapatkan waktu solat maghrib yang tepat seterusnya memberi panduan bagi waktu berbuka bagi sesiapa jua yang berpuasa untuk mengetahui waktu berbuka puasa macam waktu berbuka puasa di Johor ni tidak kira samada berpuasa wajib di Bulan Ramadan atau puasa-puasa sunat yang dituntut dalam Islam terutamanya puasa sunat bulan Zulhijjah.

 

Kaedah Penentuan Waktu Solat

 

Waktu solat boleh ditentukan melalui 2 kaedah:

 

1. Kaedah Pengiraan

 

Kaedah pengiran bermula dengan rumusan ahli falak berkaitan posisi matahari yang sepadan dengan masuknya waktu solat. Sistem geometri sfera bumi, dan sistem sfera langit digunakan untuk mengira masuknya waktu solat berdasarkan perbezaan sudut jam (hour angle) antara waktu istiwa (transit = matahari berada di garisan meridian tempatan atau bahasa biasanya matahari tepat di atas kepala) dengan posisi matahari bagi setiap waktu solat dikira menggunakan rumus segitiga  Kaedah ni agak susah dan memerlukan ilmuan yang berkemahiran tinggi.

 

 

 

2. Keadah Pencerapan

 

Kaedah ini ialah kaedah memerhatikan kedudukan matahari untuk menentukan masuk nya waktu solat. Sebagai contoh ialah penetapan waktu solat subuh, waktu solat zohor, waktu solat asar, waktu solat maghrib serta waktu solat isya’. Keadah ini terpaling umum dan lebih mudah digunakan.

 

kaedah penentuan waktu solat

Waktu Subuh dikira apabila fajar saddiq telah muncul diufuk timur. Waktu zohor dikira apabila keseluruhan cakera matahari telah tergelincir (matahari tergelincir) ke arah barat dari posisi istiwa(tegak atas kepala). Waktu asar pula apabila bayang sesuatu objek sama dengan objek tersebut atau bayang dua kali panjang(tidak termasuk panjang bayang ketika tengah hari). Waktu maghrib ialah apabila matahari terbenam matahari sepenuhnya terbenam di ufuk barat. Kemudian untuk waktu isya' akan masuk apabila hilangnya syafa' ahmar (mega merah) di ufuk barat.

  

Waktu solat ini ditentukan oleh kiraan bawah setiap waktu yang dihitung adalah mengikut ilmu falak melalui kajian pemerhatian bagi tempoh panjang sebelum diaplikasikan. Ini termasuk kajian berkaitan matahari terbit dan terbenam, masa pergerakan transit dan gelincir pengukuran panjang bayang, kadar pembiasan ufuk dan tahap kecerahan langit.

 

Situasi cahaya langit sama ada gelap, malap atau terang sebenarnya bergantung kepada atmosfera bumi, awan, haba dan wap air yang boleh berubah. Manakala fenomena matahari terbenam pula merupakan antara kajian yang mudah dijalankan dalam ilmu falak iaitu berdasarkan kepada pemerhatian mata atau alat bantuan seperti teleskop.

 

Hasil kajian yang dilakukan oleh pelbagai agensi berkaitan telah merumuskan bahawa kaedah hitungan digunakan ahli falak dalam isu penentuan waktu solat adalah tepat. Semua kaedah penentuan ini telah disesuaikan dengan ilmu astronomi (falak) supaya boleh ditentukan dengan kaedah kiraan (hisab). Jadi kita sebagai umat Islam tak perlu rasa ragu.

 

Kajian dari ilmuwan Islam terdahulu yang mengkaji ilmu falak seperti al-Khawarizmi dan al-Biruni yang telah memberi sumbangan besar juga mendorong dalam kajian semasa dan membantu hasil kajian direkodkan tepat dalam bentuk jadual yang mudah difahami. Hitungan pada masa kini dipermudahkan dengan adanya kemajuan teknologi ilmu falak terhadap putaran bumi dan peredaran matahari yang seterusnya memberi manfaat sangat besar bagi ibadah seharian.

 

 

Penggantian Puasa dalam Kejadian Berbuka Lebih Awal dari Azan Maghrib

 

Ada beberapa kejadian yang berlaku melibatkan masalah khariah berbuka lebih awal dari waktu azan Maghrib sebenar dalam musim bulan Ramadan yang lepas. Terdapat juga pengumuman tambahan yang meminta semua Umat Islam yang telah berbuka puasa pada ketika mula-mula azan dilaungkan itu untuk menggantikan puasa yang terbatal kerana azan maghrib yang lebih awal.


Sah Puasa Batal dan Perlu Ganti

Namun bagi kejadian yang berlaku di Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak pada tahun 2021, pengesahan oleh Mufti Selangor mengatakan puasa mereka telah batal dan perlu diganti.  Walaubagaimanapun Mufti berpendapat mereka yang berbuka pada hujung azan atau selepas azan tidak perlu menggantikan puasa pada hari itu. Ini adalah kerana kajian menetapkan jika seseorang berbuka cepat dua minit sebelum masuk waktu dikira sah. Azan pula biasanya mengambil masa dalam 3 minit.

 

Dalam kes masjid di Selangor ini, azan dilaungkan 3 minit awal dari masa azan Maghrib sebenar. Kejadian itu telah tular disebabkan pengumuman maaf dan penerangan dari ahli jawatankuasa masjid ketika itu. Masalah teknikal paparan jam digital di masjid pada hari berkenaan menyebabkan azan maghrib dilaungkan tiga minit lebih awal dan ia hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid melihat jam masing-masing.

 

Apa pun yang berlaku, kita sebagai umat Islam disarankan merujuk kepada sumber rujukan yang lebih tepat dan sahih sebelum membuat apa jua kesimpulan. Ianya dapat mengelakkan kita dari menimbulkan fitnah yang amat perlu dielakkan dalam kehidupan. Aku rasa amat bersyukur kerana Malaysia antara yang sangat menjaga kebajikan umatnya dalam memudahkan kita beribadah.

 

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum