Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2023 - Cerita Ita                                                             Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2023 Langkau ke kandungan utama

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2023

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2023

waktu-berbuka-puasa-dan-imsak-negeri-Johor


Assalamualaikum semua, Syaaban cuma tinggal sehari je lagi. Hari esok adalah tarikh untuk melihat anak bulan bagi menentukan awal Ramadan pada tahun ini. 


Semua umat Islam bakal bertemu bulan Ramadan yang sangat dirindui. Bulan Ramadan ini merupakan bulan yang diberi keberkatan oleh Allah SWT dan penuh dengan kelebihan serta fadilatnya.


Persiapan menjelang Ramadan

Persoalannya, apakah tindakan dan persiapan kita menghadapi Ramadan yang akan menjelma? Tentunya kita perlu melakukan persiapan untuk menghadapi Ramadan yang diibaratkan seperti menunggu kedatangan tetamu sangat dinantikan. 


Setiap kali menjelang bulan mulia ini, umat Islam pasti mahu menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, supaya kita boleh memasuki bulan Ramadan dengan lebih tenang, yang membawa kita lebih dekat kepada Pencipta kita, InsyaAllah.


Antara persiapan yang perlu dibuat ialah menggantikan semua puasa yang tertinggal pada tahun-tahun sebelumnya. Kita juga perlu mempersiapkan mental dan fizikal supaya dapat beramal sebaiknya dalam bulan istimewa ini.


Kalau aku sebagai ibu ni persiapan untuk memasak makanan antara yang utama. Sebab utama aku suka memasak ialah kerana besar pahala orang yang menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa ni. Syukurlah jika diberi peluang dapat ganjaran di samping buat tugasan hari-hari. 


Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2023 Rumi


Bila dah memasak sahur dan berbuka ni memang wajiblah aku tau jadual atau takwim waktu berbuka dan imsak bagi negeri Johor tempat kami bermaustatin sekarang ni. 

Jadual berbuka puasa johor 


Bagi yang perlukan Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 2023 dalam tulisan rumi boleh rujuk di atas tu.. yang boleh membaca jawi dengan baik boleh rujuk jadual asal Jadual berbuka puasa dan imsak 2023 dalam bahasa jawi dari Jabatan Agama Islam Johor ni. 

jadual berbuka puasa johor Jawi


Semoga sedikit sebanyak dapat membantu korang di Johor ya.  Dan semoga kita dapat bersua dengan bulan Ramadan ini dan dilipatgandakan usaha kita untuk beramal.. amin.. 


Ceritaita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...