Catatan terkini

Kos Pergi Haji Naik Lagi!

Imej
Kos Pergi Haji Naik Lagi!  Kos Pergi Haji Naik Lagi!  Assalamualaikum semua,  Lembaga Tabung Haji baru je mengumumkan pada hari ni Isnin, 20 Mac 2023 yang Lembaga Tabung Haji (TH) akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah haji Muassasah pada tahun ini (1444H/2023) meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan haji. Kos Pergi Haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lepas. Kos Pergi Haji 2023 Naik Lagi!  Pada musim haji tahun ini, kadar Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas. Walaupun ada peningkatan RM1,000 namun Kerajaan Malaysia akan menanggung kenaikan tersebut dan Bakal Haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu. Bagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji

Cara Buat Semakan Keputusan UPKK

Cara Buat Semakan Keputusan UPKK

keputusan UPKK 2022
Cara Buat Semakan Keputusan UPKK


justify;">Assalamualaikum semua, bermula jam 4 petang ni semua calon UPKK 2022/2023 dah boleh menyemak keputusan UPKK masing-masing secara online. Semakan keputusan UPKK dah dibuka secara rasmi pada hari Khamis 9 Mac 2023 pukul 4 petang selepas pengumuman keputusan pada jam 3 petang. 


Anak kami ada 2 orang merupakan calon UPKK pada tahun ni. Abg Ngah dan Kakak dua-dua ambik peperiksaan UPKK serentak bulan lepas. Memang rasa berdebar jugaklah. Tambahan pulak masa anak-anak ambik peperiksaan UPKK tu aku terpaksa outstation pulak. Jadi aku memang beri perhatian pada cara buat semakan keputusan UPKK ni. 


Jadi anak-anak berjuang je la sendirian. Hanya diiringi dengan doa dari jauh je. Aku dah semak tadi keputusannya. Nanti aku kongsikan. Syukurlah masing-masing lulus walau kakak Husna memang dah pasti kena ulang semula darjah 5 naik sekolah nanti. Abg Ngah berjaya ke darjah 6 alhamdulillah. 


Buat sesiapa yang belum buat semakan keputusan UPKK lagi boleh guna2 cara untuk membuat semakan keputusan UPKK.


Cara Buat Semakan Keputusan UPKK


Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak keputusan calon bermula 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang melalui kaedah berikut :


1. Semak Keputusan UPKK Melalui SMS 


 UPKK<jarak>No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau

semak keputusan UPKK 2022
Cara Buat Semakan Keputusan UPKK


2. Semak Keputusan UPKK melalui Laman sesawang di pautan


 https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.


3. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 di sekolah bermula 12 Mac 2023 (Ahad), jam 2 Petang. (yang ni hanya di sekolah anak kami/bergantung pada pihak sekolah) 


Semoga berjaya buat semua calon UPKK 2022!


Ceritaita

Ulasan

  1. all the best untuk semua anak - anak. malam tadi ank2 kwn2 pun ramai dpt keputusan yg memberansangkan

    BalasPadam
  2. Saya semalam anak no 2 check sendiri n bgtau keputusan upkk dia.alhamdulillah syukur puas hati dgn result dia

    BalasPadam
  3. Sekarang semua mudah kan...guna apps je dh boleh tau keputusan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus