Catatan terkini

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan

Imej
5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery. Assalamualaikum all, with Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasameals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. Withdiscounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour.  Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order fromShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’tknow where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your mealsfrom: 1. Tiga Budak Gemok:  This restaurant serves generous portions of Malaysian comfortfood that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include NasiAyam Kicap Biasa + Tel

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2022 Untuk e-Filing LHDN 2023

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2022 Untuk e-Filing LHDN 2023

mytax cukai 2023
Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2022 Untuk e-Filing 2023

Assalamualaikum semua, bermula bulan Mac setiap tahun sangat sinonim dengan bulan nyata pendapatan melalui sistem e-Filing di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN. Jadinya paling penting untuk tau apa senarai pelepasan yang layak bagi cukai pendapatan 2022 ni sebelum mengisi e-Filing LHDN. Korang dah tau ke?

Kalau belum marilah aku tuliskan apa je yang boleh korang tuntut untuk dapatkan pelepasan cukai bagi tahun 2022 yang lepas. Sebab apa aku nak cerita? Sebabnya aku rasa ramai yang tak tau pasal ni sebab tak banyak orang kongsikan lagi pasal senarai pelepasan cukai pendapatan 2022 ni dan aku dah pun selamat isi. e-Filing ni boleh mula diisi bermula pada 1hb Mac 2023 dan tarikh akhir mengisi e-Filing LHDN borang BE adalah pada 30 April 2023 dan diberi masa tambahan sehingga 15 Mei 2023.

Tax Relief 2022
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-3270816591643036"
     crossorigin="anonymous"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-3270816591643036"
     data-ad-slot="3235884843"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2022 Untuk e-Filing LHDN 2023

A. Pelepasan Individu

1. Pelepasan cukai bagi individu dan saudara tanggungan sehingga RM9,000

2. Pelepasan cukai bagi individu kurang upaya sehingga RM6,000

3. Pelepasan cukai bagi suami/isteri kurang upaya sehingga RM5,000

4. Pelepasan cukai bagi suami/isteri/alimoni kepada bekas isteri sehingga RM4,000

5. Pelepasan cukai bagi yuran pengajian diri sendiri sehingga RM7,000 termasuk kursus pembangunan kemahiran diri sehingga RM2,000

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-3270816591643036"

     crossorigin="anonymous"></script>

<ins class="adsbygoogle"

     style="display:block; text-align:center;"

     data-ad-layout="in-article"

     data-ad-format="fluid"

     data-ad-client="ca-pub-3270816591643036"

     data-ad-slot="3235884843"></ins>

<script>

     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

</script>

B. Pelepasan Gaya Hidup, Perubatan dan Peralatan berkaitan

1. Pelepasan cukai bagi perbelanjaan melancong dalam negara sehingga RM1,000

- Penginapan di premis yang berdaftar, tiket kemasukan ke pusart tarikan pelancongan dan pembelian pakej pelancongan domestik dari agen yang berdaftar.

2. Pelepasan cukai bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa sehingga RM8,000 

3. Pelepasan cukai bagi peralatan alat sokongan asas (individu/suami/isteri/anak/ibu/bapa/OKU) sehingga RM6,000

4. Pelepasan cukai bagi gaya hidup sehingga RM2,500

- pembelian bahan bacaan, pembelian komputer peribadi, telefon pintar, tablet, langganan internet, pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium.

5. Pelepasan cukai tambahan bagi gaya hidup sehingga RM2,500

- pembelian komputer peribadi/telefon pintar/tablet.

6. Pelepasan cukai tambahan bagi gaya hidup sehingga RM500

- pembelian peralatan sukan, bayaran sewaan fasiliti sukan dan bayaran pendaftaran pertandingan.

7. Pelepasan cukai bagi peralatan penyusuan sehingga RM1,000

8. Pelepasan cukai bagi perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (individu/suami/isteri/anak) dan perbelanjaan rawatan kesuburan diri sendiri dan pasangan sehingga RM8,000


C. Pelepasan Anak

1. Pelepasan cukai bagi anak berumur 18 tahun dan ke bawah yang belum berkahwin sehingga RM2,000 setiap seorang

2. Pelepasan cukai bagi anak berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan belajar sepenuh masa sehingga RM2,000 setiap seorang

3. Pelepasan cukai bagi anak berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan belajar di IPT (diploma dan ke atas) sehingga RM8,000 setiap seorang

4. Pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan kanak-kanak/tadika berdaftar sehingga RM3,000

5. Pelepasan cukai bagi anak kurang upaya sehingga RM6,000 setiap seorang

6.  Pelepasan cukai tambahan bagi anak kurang upaya belum berkahwin dan belajar di IPT (diploma dan ke atas)sehingga RM8,000 setiap seorang


D. Caruman, Sumbangan dan Lain-lain

1.  Pelepasan cukai bagi insuran nyawa dan KWSP sehingga RM7,000

2. Pelepasan cukai bagi pemasangan/sewaan/pembelian pengecas kenderaan elektrik untuk kegunaan sendiri termasuk sewa beli, langganan sehingga RM2,500

3. Pelepasan cukai bagi PERKESO/Sistem Insuran Pekerja sehingga RM350

4. Pelepasan cukai bagi insuran insurans pendidikan dan perubatan (individu/pasangan/anak) sehingga RM3,000

5. Pelepasan cukai bagi skim persaraan dan anuiti tertangguh sehingga RM3,000

6. Pelepasan cukai bagi Simpanan SSPN (tabungan bersih tahun penilaian) sehingga RM8,000


Cuma aku nak kongsikan sikit. Tahun ni kaedah e-filing ni sedikit berbeza sebab kena gunakan aplikasi MyTax LHDN.. Pada aku agak kelam-kabut sikit sebab mungkin kerana line capaian dan kelajuan internet yang berbeza. Aku buat tengah-tengah malam pun dia banyak kali kena masukkan kata laluan semua tu. Kena banyak-banyak bersabar. Semoga apa yang dikongsikan ini akan dimanfaatkan oleh korang yang membaca dan dipermudahkan urusan korang untuk mengisi e-filing melalui MyTax sebelum tarikh akhir 30 April 2023 ya.

Ceritaita


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus