Abg Long berjaya ke KV! - Cerita Ita                                                             Abg Long berjaya ke KV! Langkau ke kandungan utama

Abg Long berjaya ke KV!

Abg Long berjaya ke KV! 

Ni keputusan masa kami semak dalam sistem


Assalamualaikum semua, alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah.  Hari baik di bulan Ramadan yang mulia ni aku nak umumkan berita baik juga. Abg Long akhirnya berjaya ke KV Kluang. Baca semula kisah Abg Long pergi temuduga terbuka Kolej Vokasional Kluang yang aku ceritakan semalam. 


Keputusan Temuduga Terbuka KV 

keputusan dalam sistem


Semalam petang juga kami semak keputusan temuduga terbuka KV Abg Long dan terima mesej dari cikgu Kolej Vokasional Kluang yang mengatakan Abg Long berjaya diterima masuk sebagai pelajar program perakaunan di KV Kluang. Gembira keluarga kami dengar berita ni. Syukur alhamdulillah akhirnya ada rezeki Abg Long di KV Kluang. 

Mulanya aku dah email untuk minta link jika ada untuk semakan keputusan. Ada yang jawab link tu dan kami semak keluar keputusan macam atas ni. Kemudiannya ada cikgu KV mesej dan dia bagi surat tawaran. Rupanya tarikh daftar berbeza. Jadi yang tarikh awal tu dah tak valid lagi dah. 


Hari pendaftaran pengambilan kedua ke Kolej Vokasional 

ini surat tawaran yang Abg Long terima. 


Kami juga dimaklumkan disebabkan pengambilan Abg Long melalui temuduga terbuka jadi dikira sebagai pengambilan kedua atau second intake. Jadinya semua calon dari pengambilan kedua akan mendaftar sehari lewat dari tarikh daftar pengambilan pertama. Pengambilan pertama Kolej Vokasional akan mendaftar pada 27hb Mac 2023 dan pengambilan kedua pada 28hb Mac 2023.


Syukur juga part ni sebab sempatlah Abg Long uruskan sijil berhenti sekolah di sekolah menengah asal dan pulang buku teks yang dah terima sebelum ni pada hari Isnin tu dulu. Johor dapat cuti dari hari ni sampai Ahad jadi tak sempatlah kami nak uruskan. Kena tunggu Isnin baru boleh uruskan semua. 


Apa pun nanti aku akan bincang semula dengan cikgu sekolah menengah Abg Long tentang buku yang dah bayar tapi belum terima tu nanti. Kot-kot boleh dapat semula duit kan.. Boleh juga bantu bayaran yuran kemasukan ke Kolej Vokasional Kluang tu nanti. Kalau tengok anggaran yang diberi dalam RM500 ke RM600 juga tu termasuk baju mengikut jenis program yang dipilih juga. 


Buat Abg Long.. semoga dapat belajar dengan selesa dan boleh membawa diri di sekolah baru nanti. Ummi dan ayah akan terus doakan kejayaan buat anak-anak. Berusahalah sebaik mungkin dan pastikan semua usaha tak jadi sia-sia. Gunakan masa di usia muda ni untuk terus menimba ilmu supaya boleh menjadi insan berguna di masa akan datang. Tahniah nak.. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Tahniah Abg Long... Semoga berjaya dengan bidang yang diceburi ye. Salam Ramadan juga buat Ita sekeluarga

    BalasPadam
  2. tahniah abg long ok sgt tu dpt kl;uang

    BalasPadam
  3. tahniah abang long.. semoga berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  4. Alhmdulillah...tahniah Abg Long..belajar rajin2 ye..

    BalasPadam
  5. tahniah Abg Long berjaya ke KV

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...