Catatan terkini

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan

Imej
5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery. Assalamualaikum all, with Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasameals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. Withdiscounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour.  Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order fromShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’tknow where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your mealsfrom: 1. Tiga Budak Gemok:  This restaurant serves generous portions of Malaysian comfortfood that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include NasiAyam Kicap Biasa + Tel

Eskayvie Mindtropic Solusi Masalah Sukar Tidur Malam

Eskayvie Mindtropic Solusi Masalah Sukar Tidur Malam 


Assalamualaikum semua, ada tak antara korang yang ada pengalaman sukar tidur malam? Lepas tu, bila siangnya tu badan asyik rasa letih dan lesu? Nak buat kerja pun rasa malas je. Pernah tak korang laluinya? 


Kalau korang nak tahu, sejak beberapa hari ni aku tengah alami masalah sukar tidur malam. Biasanya aku akan cuba buat banyak kerja waktu siang hari. Aku akan jadi lebih penat untuk memudahkan aku tidur waktu malam. Tapi sejak akhir-akhir ni tak berhasil menyebabkan aku susah nak tidur malam. Kalau dapat tidur pun dah lewat malam sangat.


Muka tengah menahan mengantuk ehehehe... :D





Bila tak dapat tidur yang cukup bangun waktu pagi tu, mulalah badan cepat penat, rasa mengantuk dan tak bertenaga nak buat apa-apa kerja. Badan pun rasa malas je. Kalau ikutkan hati memang nak sambung tidur lagi, tapi tu la… Kita ni ada kerja nak dibuat. Sebagai seorang ibu, isteri dan juga wanita bekerjaya, aku memang memerlukan rehat dan tidur yang secukupnya untuk lakukan tanggungjawab aku setiap hari.

Penyebab Sukar Tidur Malam


Bila dah jadi masalah macam ni, aku ada buat research sikit dan baca maklumat penyebab sukar tidur pada waktu malam ni. Antara penyebab kita sukar tidur malam adalah:

  1. Tekanan (kebimbangan mengenai kerja, keluarga, kesihatan, kewangan atau trauma dalam hidup)

  2. Jadual kerja atau perjalanan yang selalu berubah-ubah (selalu travel atau berubah shift)

  3. Tabiat tidur yang buruk (suka menonton tv atau telefon sebelum tidur atau tidur berlebihan di waktu siang)  

  4. Makan banyak sebelum tidur 

  5. Pengambilan kafein, nikotin dan alkohol

  6. Masalah kesihatan (penyakit kronik macam diabetes, kanser, asma dan lain-lain) 


Aku rasa antara sebab tabiat sukar tidur malam yang aku alami sekarang ni adalah lebih kepada yang pertama tu kerana aku banyak berfikir. Jadi otak aku masih aktif pada waktu malam menyebabkan aku hadapi masalah sukar tidur malam. 


Orang perempuan ni beginilah. Takde benda penting pun dia suka fikir. Lagi-lagi pada waktu ni memang aku tengah hadapi banyak perkara dari segi kerja dan keluarga. Lagi la otak ni tak berhenti berfikir. Kadang-kadang tu perkara kecil dan tak penting pun jadi masalah pada aku.


Tidur Lebih Mudah Dengan Eskayvie Mindtropic







Ramai orang yang hadapi masalah sukar tidur malam (macam aku la tu). Oleh itu, Eskayvie telah mengeluarkan Eskayvie Mindtropic yang dihasilkan bagi membantu untuk mudah tidur dan dapatkan tidur yang lebih lena. Eskayvie Mindtropicdiformulasikan oleh formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan 100% bahan-bahan semula jadi menyokong kesihatan minda serta mendapatkan tidur yang nyenyak.


Siapa Yang Perlukan Eskayvie Mindtropic Ni?







  • Orang yang mengalami stres atau sering stres

  • Orang yang mengalami anxiety & kemurungan

  • Orang yang susah nak ingat & cepat lupa

  • Orang yang sukar nak focus

  • Orang yang sukar nak tidur & insomnia

  • Orang yang mengalami kabut otak

  • Pesakit neurodegeneratif


Kelebihan Eskayvie Mindtropic


Berikut antara kelebihan Eskayvie Mindtropic:




  • 100% Bahan Semula Jadi

  • Rasa Tropika Yang Enak

  • Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

  • Tanpa Gula Tambahan

  • Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award


Manfaat Eskayvie Mindtropic


  • Mengatasi gejala Brain Fog

  • Merangsang perkembangan sel otak

  • Menguatkan memori

  • Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

  • Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

  • Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

  • Menjadikan lebih ceria & gembira

  • Meningkatkan kesihatan tulang & otot


Banyak rupanya manfaat Eskayvie Mindtropic ni selain daripada mudah tidur dan mendapatkan tidur yang lebih lena. Korang yang ada masalah cepat lupa, kurang daya tumpuan dan selalu stres tu boleh cuba Eskayvie Mindtropic ni.


5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic


Di bawah ni aku senaraikan 5 bahan utama yang ada di dalam Eskayvie Mindtropic. Korang boleh tengok juga apa kelebihan bahan-bahan utama ni.


1. PHOSPHATIDYLSERINE







Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.




Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

2. ASHWAGANDHA KSM-66

  • Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
  • Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
  • Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
  • Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.


3. BACOPA MONNIERI


  • Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
  • Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
  • Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.


4. MAGNESIUM


  • Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.
  • Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
  • Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).


5. SELENIUM


  • Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
  • Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.


Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic




Eskayvie Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air. 

  • Bagi orang dewasa 18 tahun ke atas, disyorkan untuk mengambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.
  • Bagi kanak-kanak berumur 13-17 tahun disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
  • Cara simpan pula adalah di bawah suhu 30°C yang terlindung daripada cahaya dan kelembapan.

Feedback Pengguna Eskayvie Mindtropic


Di bawah ni aku senaraikan antara feedback pengguna yang dah cuba Eskayvie Mindtropic. Korang boleh lihat apa perubahan yang mereka alami selepas amalkan Eskayvie Mindtropic.




Lina, 25 tahun dari Gombak berkongsi, kini beliau dah tak ada rasa morning anxiety seperti dulu. Bangun pagi pun dah tak stres lagi sebab malam dapat tidur lena. Bila dapat tidur dengan lena, badan rasa lebih bertenaga dan tidak mudah penat.




Syira, 24 tahun, dari Kuala Lumpur berkongsi bahawa beliau ada masalah anxiety, susah fokus dan selalu rasa mental breakdown. Beliau alami masalah susah untuk tidur sehingga memberikan kesan pada kerja. Alhamdulillah selepas amalkan Eskayvie Mindtropic, anxiety beliau terkawal, mental breakdown berkurangan dan lebih senang tidur. Pergi kerja pun rasa happy, lebih bertenaga dan kurang rasa mengantuk di tempat kerja.



Pengguna ini berkongsi, sebelum ni memang susah nak tidur. Tapi selepas mencuba Eskayvie Mindtropic, beliau semakin mudah tidur seawal jam 10 malam dan mudah bangun awal. Yang paling best, beliau dapat tidur dengan nyenyak.






Perkongsian daripada Puan Wan Noor Hani (38 tahun), seorang guru, kerap alami masalah susah nak tidur. Beliau asyik diserang sakit kepala, letih, moody dan mudah marah sehingga mengganggu tugas sebagai seorang guru. Alhamdulillah, kini Puan Wan Noor Hani sudah dapat tidur yang lebih berkualiti selepas pengambilan Eskayvie Mindtropic. Beliau dah tak stres serta lebih ceria. Selain itu, beliau juga dah tak mudah marah-marah macam selalu.


Berdasarkan banyak perkongsian di atas, kita dapat lihat ramai mereka yang di luar sana menghadapi masalah sukar nak tidur serta mendapatkan tidur yang lena. Perkara ni terjadi disebabkan banyak faktor. Lebih-lebih lagi jika usia semakin meningkat, sukar mengawal pelbagai tekanan yang dihadapi dalam hidup serta mengalami masalah kesihatan. Alhamdulillah dengan adanya Eskayvie Mintropic ini, ia dapat membantu ramai orang untuk mudah tidur dan dapatkan tidur yang lebih lena.


Hilangkan Stres Dengan Semburan Aromaterapi Eskayvie Neuscential Inspire




Selain Eskayvie Mindtropic, Eskayvie juga telah keluarkan produk terbaru mereka iaitu Eskayvie Neuscential Inspire yang merupakan semburan aromaterapi. Korang boleh sembur di tapak tangan dan hidu untuk bangkitkan mood positif sepanjang hari. Boleh juga sembur pada persekitaran bilik atau badan untuk kesegaran berpanjangan. Nikmati semburan yang best ni setiap hari sebelum ke tempat kerja tau!

Eskayvie Neuscential Inspire boleh digunakan untuk:
  • Mengurangkan stres
  • Membantu untuk tidur lebih lena
  • Mempunyai bahan aktif yang akan bertindak di otak untuk kesan sedatif dan menenangkan.
  • Sering digunakan sebagai mild sedative untuk menenangkan saraf, mengurangkan keresahan, insomnia dan masalah tidur lain.
  • Mengurangkan paras hormon stres di dalam badan
  • Membantu mengurangkan simptom anxiety







Alhamdulillah syukur sangat bila dengar perkongsian Puan Nora ni yang mengalami perubahan yang positif dengan penggunaan semburan Neuscential Inspire. Mood makin okay. Nak buat kerja rumah pun rasa terurus je. Paling best Neuscential Inspire ni dapat bantu mood untuk lebih rileks, tenang dan sabar.


Kesimpulannya, zaman sekarang ni memang ramai yang hadapi masalah kemurungan dan stres kerana dihimpit dengan pelbagai tekanan dan tanggungjawab. Lagi-lagi waktu sekarang ni dengan kenaikan kos sara hidup yang sangat tinggi. Ramai yang hadapi tekanan kewangan. Apabila hadapi tekanan yang terlampau tinggi ia akan memberi kesan kepada kualiti tidur kita selain mengalami masalah susah nak tidur. Jadi bila susah nak tidur ni, badan tak dapat rehat yang secukupnya menjadikan kita tak bertenaga nak buat kerja pada siang hari. Tidur tidak cukup boleh mengundang pelbagai penyakit antaranya ialah tekanan darah tinggi dan sakit jantung yang boleh membawa maut.


Pada korang yang ada alami masalah stres, kemurungan, anxiety dan sukar nak tidur malam, aku sarankan dapatkan Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Neuscential Inspire ni untuk atasi masalah korang tu. Semoga dengan kedua-dua produk ni menjadi asbab penyelesaian masalah yang korang hadapi (aku juga).


Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Neuscential Inspire korang boleh layari laman web dan media sosial rasmi Eskayvie dibawah.



WEBSITE

www.eskayvie.com


INSTAGRAM

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/


FACEBOOK

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq




#EskayvieMindtropic #JanganStresStres


Ceritaita





Ulasan

  1. ni produk yang aznil selalu sebut2 tu kan

    BalasPadam
  2. bagus ni.. aku ni pun sekrang ada masa susah juga nak tido

    BalasPadam
  3. Saya mengalami masalah sukar tidur sebelum ini, bila amalkan makan eskayvie mindtropic alhamdulillah masalah tidur dah tak ada...

    BalasPadam
  4. Sana sini ramai memperkatakan kehebatan Eskayvie ni...nampak menarik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus