Permohonan Rayuan Penempatan Semula Tingkatan Satu - Cerita Ita                                                             Permohonan Rayuan Penempatan Semula Tingkatan Satu Langkau ke kandungan utama

Permohonan Rayuan Penempatan Semula Tingkatan Satu

Permohonan Rayuan Penempatan Semula Tingkatan Satu

Keputusan rayuan penempatan semula
Permohonan Rayuan Penempatan Semula Tingkatan Satu


Assalamualaikum semua,  aku lupa nak ceritakan kisah kami buat permohonan rayuan penempatan semula tingkatan satu untuk abg ngah baru ni. Aku nak tulis pasal prosedur permohonan rayuan penempatan semula tingkatan satu ni masa minggu kami buat tu tapi aku agak sibuk minggu tu. Jadi tergantung ceritanya. 


Hari ni aku teringat nak ceritakan balik sebab katanya keputusan akan dimaklumkan dalam minggu ni. Jadi sebelum keputusan rayuan penempatan semula tingkatan satu tu keluar marilah kita imbas kisah macamana kami buat permohonan rayuan. 


Asal ceritanya kami dapat tau abg ngah ditempatkan di sekolah menengah lain dari sekolah menengah abg long masa minggu terakhir persekolahan hari tu. Padahal aku dah tanya berulangkali dengan cikgu bila pendaftaran sekolah menengah akan dibuat. Kemudian baru tau rupanya cikgu dah daftarkan abg ngah ke sekolah yang terdekat ikut alamat kami. 


Kenapa Kena Buat Permohonan Rayuan Penempatan Semula Tingkatan Satu?

Silap aku jugaklah agaknya sebab awal-awal tak bagitau cikgu yang abg long bersekolah di sekolah mana,  supaya cikgu boleh isikan mengikut nama sekolah abg long. Satu lagi silap aku ialah aku ingat sistem daftar sekolah menengah macam masa abg long dulu. 


Dulu waktu abg long, cikgu kelas darjah 6 akan bagi borang untuk isi sekolah mana pilihan kita. Jadi masa abg ngah ni aku masih ingat sistem macam tu jugak. Isi borang hantar ke sekolah dan kemudian sekolah akan panjangkan permohonan ke sekolah menengah yang dipohon. Rupanya kali ni cikgu terus isi online berpandukan alamat terkini murid. 


Silap aku la tak terus bagitau cikgu jugak, saya nak anak saya sekolah di sekolah sekian-sekian sebab ada abang dia kat situ. Ya la waktu aku uruskan abg long dulu tahun 2019 jadi mungkin banyak dah berubah tapi aku la tak perihatin langsung. Terasa juga bersalah kat anak. 


Sebenarnya kalau abg ngah tak dapat satu sekolah dengan abg long ada banyak masalah yang kami kena hadap. Pertama abg ngah akan bersekolah sesi petang dan bersekolah agama sesi pagi. Part ni kena buat pertukaran sesi di sekolah agama pulak nanti. 


Satu lagi masalah nak uruskan pengangkutan abg ngah pergi dan balik sekolah. Setakat ni orang yang ambik abg long balik sekolah tu tak sahkan lagi boleh tak ambik dan hantar abg ngah. Lagi masalah kalau waktu tu aku kena out station. Pasti akan jadi kelam kabut sikit. 


Kalau sekarang ni sekolah menengah abg long betul-betul bersebelahan dengan sekolah rendah adik-adik dia. Jadi semua urusan pengangkutan semuanya sekali jalan je. Jadi aku harap sangat dapatlah abg ngah ditempatkan semula kat sekolah yang sama dengan abg long untuk mudahkan urusan.

 

Cara Permohonan Rayuan Penempatan Semula Tingkatan Satu


Garis masa pengurusan e-daftar menengah (Pendaftaran Tingkatan 1 /kelas peralihan) 


Waktu dapat surat penempatan tingkatan 1 aritu aku terus telefon Pejabat Pendidikan Daerah Kluang nak tanya prosedur semua untuk sahkan. Siap aku telefon sekolah abg long nak pastikan ada tempat ke tidak. 


Mulanya aku tanya PPD,  mereka kata terus buat rayuan penempatan semula tingkatan 1 kat sekolah yang ditawarkan tu. Semua proses di situ.  Tapi dah jenis tak puashati aku telefon jugak sekolah menengah Abg long.




Kami isi slip ni sekali dan hantar sekali. Tanda dekat terima penempatan dengan rayuan. 
 

Mereka jawab dan kata mereka tak boleh nak sahkan sebab bergantung dengan permohonan rayuan penempatan semula yang mereka terima jugak. Ada yang dapat sekolah tu tapi mohon sekolah lain atau ada permohonan ke sekolah tu jugak dari sekolah lain. Jadi aku akur. 


Kami hantar je permohonan rayuan penempatan semula tingkatan satu kat sekolah yang ditawarkan. Masa kami datang hari Ahad tu ada la ramai ibubapa yang buat pengesahan penempatan tingkatan satu anak masing-masing. Tapi kami mohon tukar jadi dia bagi borang rayuan penempatan semula tingkatan 1. 


Kami isi borang tu dan cepat-cepat hantar pada hari yang sama. Sampai aku terlupa nak ambik gambar borang tu rupa macamana pun. Cuma dalam borang tu macam biasa kena isi butiran peribadi anak dan ibubapa. 


Kemudian kena lampirkan dokumen yang diperlukan macam salinan kad pengenalan dan surat beranak anak, salinan kad pengenalan ibubapa, surat sokongan lain dan dokumen pengesahan tempat tinggal (bil atau kontrak sewa yang menunjukkan bukti nama ibubapa.)kami bagi kontrak sewa rumah je. Lepas tu aku lampirkan jugak surat yang aku karang sendiri sebab apa kami mohon rayuan tu sekali. 


Kami hantar pada hari yang sama kami ambik borang tu di sekolah beserta doa semoga ada rezeki buat abg ngah nanti. Semua transport dan transit aku tak uruskan lagi sebab risau selagi penempatan sekolah menengah ni belum selesai.


Kami berharap sangat semoga dipermudahkan urusan kami dan semua ibubapa yang sama memohon penempatan semula tingkatan 1 macam kami ni. Semoga adalah rezeki anak-anak kami nanti.. amin.. 


Ceritaita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat