Catatan terkini

Sebab kenapa Abg Long hadir Temuduga Terbuka KV

Imej
Sebab kenapa Abg Long hadir Temuduga Terbuka KV Hadir temuduga terbuka KV  Assalamualaikum semua,  dah lama aku nak tulis pasal abg long hadir temuduga terbuka Kolej Vokasional Kluang ni. Sejak hari temuduga tu lagi. Tapi disebabkan jadual harian yang sangat padat.. akhirnya aku terlelap sebelum sempat menulis. Hari ni aku nekad nak tulis jugak terutama lepas tengok keputusan temuduga terbuka KV dia siang tadi. Mungkin rezeki awal Ramadan tahun ni agaknya. Syukur kami dapat sambut awal Ramadan dengan berita baik tahun ni.  Masa awal keluar borang permohonan ke sekolah khusus tu abg long memang mintak KV sebagai pilihan pertama dan ketiga tapi dia mintak aliran Komputer. Pilihan pertama di Sepang dan ketiga di JB.. tapi malang bagi abg long sebab keputusan tak berjaya. Kami terus tak buat rayuan dah.  Persediaan untuk pemohonan rayuan ke KV Lepas tu aku dapat tau pasal temuduga terbuka Kolej Vokasional Kluang ni minggu lepas lagi jadi aku mintak abg long isi borang online tu dan kami ta

Rayuan Penempatan Semula Tingkatan 1 Lulus!

Rayuan Penempatan Semula Tingkatan 1 Lulus! 

keputusan rayuan penempatan semula tingkatan 1
Keputusan Rayuan Penempatan Semula Tingkatan Satu 


Assalamualaikum semua,  baru ni aku ada cerita pasal permohonan rayuan penempatan semula tingkatan satu untuk Abg Ngah kan.. sepatutnya 7hb Mac baru ni dah dapat keputusan samaada berjaya atau tak. 


Tapi disebabkan sekolah kata tunggu panggilan telefon dari sekolah jadinya aku pun tunggu. Tunggu punya tunggu, sekolah telefon pada 8hb Mac.. masa ni baru perasan pasal satu mesej dengan link untuk semak keputusan rayuan penempatan semula ni. 


Rayuan Penempatan Semula Tingkatan 1 Lulus! 

keputusan rayuan penempatan semula tingkatan 1 


Panggilan telefon dari sekolah asal penempatan ni bagitau yang permohonan kami untuk tukar sekolah tu diluluskan, alhamdulillah syukur.. jadi kami kena ambil surat penempatan semula tu di sekolah penempatan asal untuk bawa ke sekolah yang diluluskan. 


Masalah pulak bila kami takde kat Kluang buat masa ni. Aku ada bengkel dan mesyuarat di Sungai Nilam, Selangor jadi disebabkan cuti sekolah, aku bawaklah semua sekali bercuti. Dan takde siapa yang boleh uruskan pasal sekolah tu pulak. 


Tempoh masa yang ditetapkan untuk ke sekolah yang diluluskan tu pulak sehingga hari ni je 9hb Mac. Jadi semalam aku cuba la telefon pihak sekolah untuk mohon kelonggaran hantar surat dan dokumen pada hari Ahad 12hb Mac. Tapi pihak sekolah minta juga wakilkan sesiapa untuk hantar dulu surat penempatan tu ke sekolah. Yang lain-lain katanya boleh hantar kemudian. 


Jadi semalam aku minta tolong adik aku yang kebetulan kerja berdekatan rumah kami. Aku mintak tolong dia ambik dan hantarkan surat tu macam yang sekolah suruh. Sekali adik aku ambik dan hantar lain pulak jadinya. 


Sekolah yang diluluskan tu kata tak lengkap nak jugak salinan ic semua bagai walaupun adik aku dah terangkan yang dia cuma wakil. Aku pun jadi tak faham jugak. Tapi kemudiannya adik aku tinggalkan surat tu dengan tulis nama dan nombor telefon aku je kat situ. Shulit benar ya. 


Jadi siang sikit nanti aku ingat nak telefon sekolah dan maklumkan pasal dokumen yang cicir dan akan dihantar kemudian tu nanti. Yang penting syukurlah dah boleh mula atur balik pengangkutan anak-anak ke sekolah dan atur rutin pagi dan petang balik. Satu masalah dah selesai. Alhamdulillah. 

Bagi sesiapa di daerah Kluang yang nak tau keputusan penempatan semula tingkatan 1  dalam daerah Kluang boleh tekan link keputusan penempatan semula tingkatan satu daerah Kluang ni untuk semak keputusan rayuan. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Akak dah xde pengalaman tentang ni semua lagi...Dania dah dalam dunia kolej...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus