Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Korang pernah hilang anak masa beli baju raya?

Korang pernah hilang anak masa beli baju raya?

Budak kecik ni la yang hilang aritu


Assalamualaikum semua,  korang dah siapkan persiapan untuk baju raya ke belum? Kami baru ni sempatlah tinjau jualan baju raya di Angsana Mall JB.. ada banyaknya pilihan baju melayu tradisional lelaki dan perempuan. Rambang mata kami anak beranak jadinya.. sampaikan ada kisah hilang anak masa beli baju raya kali ni.. macam-macamlah.. 

Jalan-jalan cari baju raya di Angsana Mall

Di mana-mana ada Kacax ni.. terus rasa nak singgah


Tapi kan bila masuk aku perasan dari tingkat bawah sampai atas tu asyik ternampak je Butik Kacax.. lepas tu sebelah dia mesti ada Butik Jamilah.. Kacax ni jual baju raya lelaki moden yang hot-hot la semuanya.. Jamilah tu jual baju raya perempuan.. 


Terkejut bila tau jumlah booth Butik Kacax ni! 

Pilihan baju melayu di Butik Kacax



Jadi bila dah asyik ternampak Butik Kacax kat Angsana Mall JB ni buat aku tertanya jugak berapa banyak booth dia ada ni.. Kebetulan pulak waktu aku sampai kat booth Kacax kat belah bawah aku belek-belek la pilihan kurta lelaki yang tergantung tu kan.. Ya Allah cantiknya pilihan warna-warna yang ada.. Sekali lagi rambang mata ok.. 


Waktu tu kami ambik satu baju dan tanya saiz, terus yang layan tu gi berlari ke booth lain tanya saiz kat sana pulak.. eh boleh gitu ya.. haha.. senang benar.. bila tanya-tanya rupanya Butik Kacax ni ada lebih kurang 8 booth kat dalam Angsana Mall ni tau.. terkejut aku dengar..tu dia.. patutlah nampak Butik Kacax di mana-mana.. haha.. 



Kiranya dia ada je la di setiap tingkat dalam Angsana Mall tu ya.. jadi korang takyah la risau penat nak turun naik tangga waktu bulan puasa ni kalau nak beli kat butik ni.. paling aku suka staff yang melayan tu.. dah lah hensem dan manis-manis orangnya bagus pulak tu dia akan layan kau sampai siap bungkus dan bayar tau.. hebat betul.. jarang nak jumpa layanan jurujual macam ni.. kadang tu nampak kau dressing selekeh je pun dah malas layan.. 


Shah kan jenisnya kalau nak beli baju raya harus cuba dulu.. antara yang Shah dengan Adam cuba aritu Kurta sedondon ayah dan anak.. aduhai ada banyak pilihan tau.. bukan pilihan warna je.. design pun ada banyak boleh pilih.. comel pulak si kecik tu bergaya.. kalau korang memang jenis nak sedondon atau berdondon-dondon di hari raya boleh la cari kat sini.. untuk maknya tu belikanlah kat Butik Jamilah pulak.. ngam terus! 


Jenis Kurta Kain Sedap Yang Ada

Pasrah je muka ayah pegang anak



Yang Shah pakai sedondon dengan Adam ni namanya Kurta Andro, yang ni cantik betul wei.. kocek dia ada corak-corak.. satu warna tu ada lain-lain pulak tu coraknya.. macam contoh yang kat bawah ni haa.. 

Kurta Andro

Kurta Andro

Kurta Andro lagi

Yang hensem ni laki orang sila jangan sondol haha


Haa.. bukti laki orang dan bapa orang.. haha


Lepas tu Shah nak cuba pulak Kurta Lumino ni haa.. cantik! Hensem terus laki aku jadinya.. mujur dapat bawak balik hahaha.. tapi memang cantik yang jalur-jalur ni.. ada warna hitam macam kat bawah ni memikat jugak hati.. terus auto taktau pilih.. sebab ada satu lagi jalur-jalur gak tapi jalur besar namanya Kurta Levin. 

Kurta Levin yang hitam tu

Hensem ya abang botak ni pakai Kurta Lugano..


Bila Shah sarung pulak Kurta Lugano terus la aku kata kat dia beli semua la bang.. hahaha.. semuanya lawo kan.. eh tapi ada 1 lagi aku tak bagi dia sarung dah.. kalau sarung kang habis satu kedai kami borong.. hahaha.. mana taknya kain dia sedap wei.. yang kat bawah ni lagi Kurta Cieza

 

Opss kilatnya bang..huhu


Baju Melayu Cekak Musang juga pilihan hati

Budak ni payah betul nak suruh senyum - abg long cuba sarung Baju Melayu Mantera


Tapi kan.. yang penting sekali nak ceritakan yang pertama kalinya aku dapat belikan baju yang betul-betul penuhi hajat anak bujang aku yang sorang ni.. Abg Long ni jenis yang cerewet jugak sebenarnya cuma dia tak tunjuk.. cuma pesen dia kalau dah tak suka dia takkan pakai.. bazirlah kan? 


Ada pilihan baju melayu teluk belanga jugak


Jadi nak pilih biar kena citarasa dia la.. dia punya citarasa nak leher cekak musang dan nak yang fit dengan badan sebab dia terlalu kurus.. taknak kurta pulak tu.. padahal banyak je pilihan kurta yang cantik dan fesyen baru-baru kat Kacax ni.. siap ayah dan adik dia cuba lagi sebab nak yakinkan dia.. 

Butang baju melayu tu cantik tau



Last-lastnya dapatlah belikan baju Melayu Mantera untuk dia.. baju melayu Kacax ni ada pilihan kalau nak teluk belanga atau cekak musang ya. Tapi anak kelahiran Pahang tinggal di Johor dan bukan Jati Johor ni tak berkenan dengan baju Melayu teluk belanga.. Yang bestnya aku suka baju melayu Mantera ni dia datang sekali pakej dengan butang baju melayu percuma yang cantik ok.. berbaloi la beli.. 


Korang pernah ke hilang anak masa beli baju raya? 

nilah budak yang hilang aritu.. nakal betul dia


Haaa.. ini yang aku nak cerita.. punya la leka aku anak beranak ni memilih kurta dan baju melayu lelaki kat butik Kacax ni sampai kami hilang anak tau.. Betul-betul pengalaman menakutkan la.. pucat kejap muka aku masa tu. Sedar-sedar pusing kat tengah tingkat tu Adam hilang! 

Sempat jugak bergambar sebelum balik


Panik kau.. hari tu jugaklah aku berlari mengejarkan Adam yang dah sampai kat area tangga. Ya Allah tak payah cakap la punya takutnya aku masa tu.. lepas tu terus settlekan bayar terus balik la.. hilang semangat tau.. 

Pengajaran buat kami jugak, lepas tu je aku terus belikan Kids Safety Anti Lost Wrist Band Harness Leash Strap untuk Adam.. aku taktau la apa akan jadi kalau Adam betul-betul hilang hari tu.. Korang pun kena hati-hati ya waktu berbelanja di tempat ramai orang.. Raya raya jugak.. keselamatan kena jaga.. 

Ceritaita









Ulasan

  1. aduhai..pernah la ada pengalaman masa dania kecik..dia bukan hilang pi mana pun..dia hilang masuk bawah bin tempat baju tu..orang sibuk pilih baju dia pi masuk kat bawah2 tu..bila panggil x jawab plak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah biasa dia nyorok bawah2 baju tu je kak.. kali ni jauh betul perginya

      Padam
  2. ya Allah...faham sgt perasaan tu..mcm sekrg nie..sy tgh PJJ..ank 4 org, jadi mmg xkn membeli brgan yg memerlukan utk mencuba2...sebab mata x ckp nk perati semua...uwaaa.... salam kenal ya, dari linda

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi kesian tu.. kalau saya memang dah terus duduk rumah la tak ke mana-mana

      Padam
  3. Anak ohh anak, boleh pulak dia hilang eh Tetiba..tuhlah kadang ralit kann.. Kalau Sy, mmg dah nangis terusss mencari cari

    Btw kak, betullah Kak, auto handsome laki akak pakai baju Kacax 😆

    BalasPadam
  4. Pernah Fatin hilang sebab menyorok dalam susun baju... huhhh geram masa tu, tapi budak-budak selalu naik main je kan! kedai nih cantik tersusun rasanya tak sempat anak-anak nak nyorok kurta lawa-lawa design dan warna

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu dia gi terjah tempat lain pulak.. mak ayahnya leka tengok dan cuba baju lawo huhu

      Padam
  5. alahai mesti risau kan bila anak hilang.. tp cantik2 la baju kat situ

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus