Jagung Kukus RM2 Yang Sedap Di Kala Hujan - Cerita Ita                                                             Jagung Kukus RM2 Yang Sedap Di Kala Hujan Langkau ke kandungan utama

Jagung Kukus RM2 Yang Sedap Di Kala Hujan

Musim hujan dah tiba sekali lagi



Assalamualaikum semua, sejak awal pagi tadi di Kluang ni hujan je tak berhenti sampai petang tadi. Itu pun  cuma teduh sekejap dan mula hujan balik lewat petang tadi. Ini pun waktu aku menulis ni masih lagi hujan. Dijangka hujan berterusan dari hari ni 4hb hingga 7hb Januari 2024 di Johor ni katanya. Malahan dah ada tempat yang dilanda banjir di Johor.


Jadual harian berubah!

Hari ni disebabkan hujan jadual kami sekeluarga berubah 360 darjah jadinya. Kalau selalu aku cuma akan hantar abang ngah ke sekolah dan Shah akan hantar anak-anak yang lain tapi hari ni dengan aku sekali Shah kena hantar ke tempat kerja. 

Sebabnya kami cuma ada satu je kereta yang boleh digunakan buat masa ni. Wira tu ada masalah sikit tak boleh nak gerak. Jadi kena berkorban la sikit. Cuma agak terkejar-kejar dan aku pun terpaksa masuk lewat sikit hari ni. Masuk lewat bermakna kenalah balik lewat jugak. Sebenarnya memang jarang-jarang dapat balik awal pun kalau hari Khamis ni.

Berbelanja barang dapur

Petang tadi kami sempatlah berbelanja dapur sekejap sebelum maghrib. Banyak barang yang habis kat rumah ni. Dapat jugalah beli minyak masak paket 6 pek hasil buat tak kenal suami tadi.. haha.. terpaksalah sebab nak belikan untuk rumah abah aku jugak biasanya.



Tak banyak pun yang kami beli, tak penuh pun troli, kebanyakannya barang basah je pun. Itu pun bila tengok jumlah besar pembelian boleh pucat lesi la muka. Duit e-wallet madani tu pun tak boleh nak cover. Jumlah semua tadi dalam RM260 jugaklah. Sekelip mata je duit terbang. Tapi apa nak buat semua barang dah mahal sekarang. Ini pun ada yang untuk keperluan sebulan. Jadi pejam mata je la.


Memasak dan Bekal

Hari ni kerja aku agak mudah. Shah dah cover memasak untuk sarapan. Dia buat pasta Angel hair bolognese pagi tadi. Itu jugak yang aku bawak untuk bekal tadi pagi. 



Petang pulak Shah sebut dah lama teringin nak makan ikan bilis goreng dengan bawang, makan pulak dengan nasi panas-panas. Jadi untuk makan malam tadi pun dia siap masakkan. Aku cuma goreng ayam kunyit je tadi. Senang kerja.. hehe.. ayam pun dia dah tolong siangkan. Nikmat hidup mana yang kau nak dustakan ita oii. 




Nasi pulak anak bujang kat rumah dah tolong masakkan masa kami gi shopping tadi. Syukur alhamdulillah, dah boleh la diharap sikit-sikit anak-anak ni. Berselera la kami makan ditemani hujan di luar tadi. Sampaikan umminya lupa nak ambil gambar. Dah habis makan baru teringat nak ambik gambar.


Jagung Kukus RM2 di Kluang

Tajuk besar ada pasal jagung, jadi kenalah cerita. Mana boleh nak tinggal cerita kan? Jagung Kukus RM2 ni dah lama bertapak kat tengah bandar Kluang tu. Aku rasa memang sejak awal dulu dia memang jual RM2 tak berubah harganya cuma cawan jagung tu je berubah saiz kecil sedikit dari dulu. 



Apa pun rasanya masih tetap sama macam dulu jugak. Masih rasa lemak manis masin tu kena je dengan tekak. Kalau anak-anak kami ni beli 1 cawan seorang memang tak cukup jadinya. Orang tengoklah rupa jagung dia yang menawan kalbu ni. 



Kena pulak makan di kala hujan-hujan tu kan.. dia punya feeling cakap cakap la. Tak boleh lawan punya. Kalau sesiapa yang nak mencari jugak, senang je nak cari. Korang carilah kedai cermin mata QQ Optic kat bandar Kluang. Dia ni ada je meniaga kat depan kedai tu sejak dulu.



Nak parking senang, nak drive thru pun boleh. Kalau nak beli esok-esok jangan beli 1 cawan je tau.. beli terus 5 cawan supaya tak menyesal. Haha.. jangan kata aku tak bagi tau pulak. Ok lah korang, aku dah mengantuk ni. Kita jumpa esok pulak ya. Selamat malam.

Ceritaita



Ulasan

  1. kat sini tak dapat dah harga rm2 tu. selalunya rm4 macam tu size pun tak besar sangat.

    BalasPadam
  2. di sini hujan dah hampir berkurangan (Terengganu). Dah mula panas balik, biasa sebelum dan selepas raya cina ia akan datang balik dengan angin yg kuat. semoga tempat sis x banjir.. ameeennnn

    BalasPadam
  3. Di utara pun masih hujan sebelah petang terutamanya. Hujan-hujan memang perut lapar sedia.

    BalasPadam
  4. Murah jagung tu rm 2 sebekas. haritu masa nak pergi kenduri di guar cempedak ada singgah beli jangung, 2cup rm10...alahai xpe kita support peniaga melayu

    BalasPadam
  5. murah rm2.sini tak merasa harga tu kak

    BalasPadam
  6. Barang semua dah makin mahal Y_Y

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum