Selamat tinggal 2023
Assalamualaikum semua, jarang-jarang aku menulis di tahun baru. Kali ini entah mengapa ada semangat baru yang buat aku rasa nak menulis setiap hari dan menulis semua yang berlaku semalam buat kenang-kenangan sama macam dulu balik. Kebetulan pula waktu menulis ni diiringi bunyi mercun di sana sini menandakan berakhirnya tahun 2023 dan bermulanya tahun 2024.
Apa yang berlaku pada hari terakhir 2023?
Hari ni aku masih bekerja sebab Ahad merupakan hari bekerja di Johor. Esok juga kami masih bekerja. Ya.. kami bekerja di tahun baru kerana Johor tak ambil cuti tahun baru. Di hari terakhir bekerja ni aku masih lagi menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh untuk tahun 2023. Ada juga beberapa tugasan yang perlu diselesaikan lagi. Itu pun masih ada yang perlu disambung semula esok. Tapi aku nak juga senaraikan apa yang sudah berlaku hari ni.
Hidupkan lesen memandu
Ini antara benda yang aku selalu lupa buat setiap awal tahun. Ianya akan menjadi perkara yang hanya aku akan buat bila tiba tarikh mati atau selepasnya saja. Sebab apa selalu lupa? Sebab sebelum ni aku selalu jadi mem besar je duduk sebelah dan orang yang hantar. Tapi tahun 2023 aku mula kena pandu kereta balik dan siap pakej kena jemput anak sekolah. Tahun 2023 menjadi sejarah sebab aku hidupkan lesen lebih awal dari tarikh tamatnya lesen memandu aku. Harus direkod ni.
Gunting rambut anak
Hari ni juga Shah keluar bawak anak-anak untuk gunting rambut. Anak-anak lelaki je la tapinya. Anak perempuan tinggal dengan aku kat rumah. Walaupun dia ni pun sibuk juga nak mintak digunting kan rambutnya. Cuma payah sikitlah sebab kedai gunting rambut muslimah di Kluang ni takde yang buka sampai malam kecuali dengan temujanji. Jadi kita gunting lain kali je la ya kakak.
Siapkan kerja sekolah
Memandangkan hari Selasa ni 2 Januari 2024 dah merupakan hari bermulanya sekolah semula jadi waktu inilah saat-saat kritikal untuk menyiapkan kerja sekolah. Time inilah juga kalau awal cuti tempoh hari kalau ditanya pasal kerja sekolah semua pakat menggeleng kepala je...waktu inilah tetiba pula yang menggeleng tu kata ada pulak. Naya mak kau nak oiii.
Tadi dah siap dengan gigihnya kerja sekolah kakak husna. Esok pulak tengok yang abg ngah punya. Tak sempat dah tadi sebab dia pergi gunting rambut.
Memasak
Ini rutin biasa aku buat kat rumah. Tapi nak cerita jugalah apa aku masak hari ni. Baru cukup syaratnya. Hari ni bermula dengan aku masakkan jemput-jemput ikan bilis buat sarapan. Baliknya pulak, kerja aku dah mudah sikit sebab semalam kami baru balik dari Kuantan. Jadi mak mertua yang baik hati dah bekalkan lauk untuk anak menantu panaskan je hari ni.
Mak bekalkan kami dengan sayur asam rebus keladi yang sangat sedap. Mak memang tau aku suka lauk ni. Kalau mak masak mesti aku makan banyak. Ratah macam tu je tanpa nasi. Disebabkan aku nak lagi senang dan cepat sebab hari ni aku sampai lambat kat rumah, aku cuma tambahkan telur dadar je tadi. Lupa pulak ambik gambar telur dadar tu.
itu jelah yang berlaku hari ni. Di samping aku layan anak-anak dengan membebel pasal tanggungjawab hari ni. Nasib la ya.. ada seorang emak ni memang takkan pernah berhenti bercakap dan nasihatkan anak selagi dia bernyawa. Betul kan? Ok lah kita sambung esok ya.
Eh lupa nak share, gambar selfie terakhir di 2023.
Ceritaita
Selamat Tahun Baharu 2024!
BalasPadamSelamat Tahun Baru kak...Moga sentiasa dalam lindungan Allah
BalasPadam