Cara Pakai Moisturizer Dengan Berkesan | Moisturizer Terbaik - Jenis Water Based Sesuai Untuk Kulit Berminyak
Cara Pakai Moisturizer Untuk Kulit Berminyak
Assalamualaikum semua, tahun ni genap usia aku menganjak ke 45 tahun. Antara perkara yang aku paling jaga di usia aku ni ialah rambut dan kulit. Lagi la pulak bila ada jenis kulit muka berminyak macam aku, semua kena ambik tau termasuklah cara pakai moisturizer terbaik untuk kulit berminyak.
Basic Skincare Routine
Rasanya ramai dah tau kerja aku macamana kan? Kalau yang taktau lagi, marilah aku kongsikan. Kerja aku ni kebanyakan masanya kena berada di luar berjumpa dengan penternak. Jadi kulit aku akan selalu terdedah dengan cahaya matahari yang lama. Kulit aku bulak jenis berminyak, kalau terdedah lama bawah cahaya matahari akan jadi kusam. Lebih teruk lagi bila kena sunburn yang jadikan tona kulit tak sekata akibat sunburn. Kulit pun akan jadi kurang selesa, rasa gatal-gatal sebab terdedah dengan udara luar dalam masa yang lama.Kalau tak ada basic skincare routine rasanya kulit aku akan lebih cepat menua sebelum waktunya disebabkan kulit kusam.
Itu belum lagi termasuk jadual harian aku yang padat untuk ambil anak-anak balik sekolah setiap hari. Juga membuatkan aku terdedah dengan cahaya matahari yang lama. Mungkin ramai yang tak tau terdedah dengan lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan penuaan pra matang pada kulit dan sunburn.
Dulu aku tak pernah tau cara penjagaan kulit muka yang berminyak dengan betul termasuklah kepentingan pakai pelembap muka, pakai moisturizer berapa kali sehari dan moisturizer apa yang bagus untuk digunakan sebagai moisturizer untuk kulit berminyak. Aku akui kejahilan ni menyebabkan kulit aku sedikit menua sebelum waktunya.
Sebelum aku kongsikan mengenai cara pakai pelembap wajah ni aku nak kongsikan dulu basic skincare routine yang aku amalkan untuk jadikan kulit tidak kusam dan lebih sihat.
Cara penjagaan kulit muka berminyak
1. Gunakan pencuci muka untuk kulit berminyak
Jadi sekarang ni aku dah amalkan tips penjagaan muka mengikut cara yang betul. Basic skincare routine aku ialah aku akan menggunakan pencuci muka biasa untuk kulit berminyak yang boleh membersihkan minyak yang berlebihan di muka dan juga membersihkan pori pori yang tersumbat akibat minyak yang berlebihan di muka.
2. Gunakan toner selepas mencuci muka
Biasanya aku akan gunakan toner sebelum pakai pelembab muka untuk mengembalikan pH kulit muka selepas dicuci dan menutupi pori-pori di wajah. Toner juga mampu memberikan kelembapan pada kulit. Jika kulit menerima kelembapan yang mencukupi, kulit akan berhenti menghasilkan minyak untuk melindungi kulit daripada kering.
3. Gunakan moisturizer untuk kulit berminyak
Moisturizer adalah penting kerana ia mampu mengawal kulit yang berminyak, seperti aqua kerana ingredients utama adalah niacinamide. Niacinamide ini boleh mengawal masalah kulit berminyak, boleh mengurangkan masalah kulit berminyak kerana niacinamide mampu memberikan kelembapan yang cukup pada kulit.
Lepas je cuci muka dan gunakan toner, paling penting untuk aku ialah memakai pelembap muka terbaik Aqua Whitening Cream Hansaegee yang sangat sesuai untuk kulit muka berminyak. Dengan moisturizer water based ni kulit aku kekal lembab sepanjang hari. Aku akan pakai moisturizer terbaik untuk kulit berminyak ni pada waktu malam sebelum tidur. Bangun pagi, aku nampak kulit kurang berminyak. Kulit pun tak nampak kusam dan lebih sihat.
4. Pakai sunscreen/sunblock SPF30 ke atas.
Penting untuk aku pakai sunscreen yang mengandungi kadar sekurang-kurangnya SPF30 yang sesuai bagi kulit muka berminyak bagi melindungi kulit muka aku dari kerosakan disebabkan oleh pendedahan lama pada cahaya matahari.
Kebanyakan sunscreen ni kalau mengandungi SPF tinggi texture dia agak pekat dan berminyak. Tapi disebabkan aku guna moisturizer terbaik untuk kulit berminyak 2 kali sehari, jadi aku takde masalah kulit berminyak dan kulit nampak lebih segar hingga ke petang.
5. Gunakan moisturizer pada waktu malam
Aku gunakan sunscreen pada waktu pagi sahaja untuk melindungi kulit pada waktu siang. Pada waktu malam, aku akan pastikan kulit aku berrehat dari sebarang makeup dan hanya memakai pelembap muka. Penting untuk gunakan krim malam terbaik untuk wajah. Setakat ni pelembap muka Aqua Whitening Cream Hansaegee adalah moisturizer terbaik yang aku gunakan sebagai pelembap muka. Moisturizer water based ni meresap dengan lebih sempurna dan amat mudah nak digunakan.
Pakai moisturizer berapa kali sehari?
Aku amalkan untuk pakai pelembab muka ni 2 kali sehari, iaitu waktu pagi dan malam sebelum tidur. Ramai taktau yang kulit berminyak juga perlu menggunakan pelembab muka. Tapi pemilihan moisturizer terbaik untuk kulit muka juga memainkan peranan baik dalam tips penjagaan kulit muka.
Penting untuk pilih hydrating moisturizer yang baik seperti moisturizer water based bagi mengekalkan kelembapan pada kulit dan mengurangkan kesan kulit berminyak yang menjadikan muka tampak kusam sepanjang hari. Cara pakai pelembab muka yang betul pun aku ada kongsikan sebelum ni. Tapi tak salah kalau aku ulang balik perkongsian yang sama.
Cara pakai pelembab wajah Aqua Hansaegee
A. Gunakan moisturizer 2 kali sehari, pada waktu pagi dan malam sebelum tidur selepas mencuci kulit muka dan kulit berada dalam keadaan masih lembab dan tidak kering.
B. Sapu pelembab secukupnya pada kulit wajah untuk kulit mendapat kelembapan secukupnya. Boleh gunakan teknik sapuan lapisan demi lapisan untuk mengetahui banyak mana moisturizer yang diperlukan oleh kulit. Selepas satu lapisan disapu. Pastikan ianya digosok lembut pada kulit hingga mengeluarkan titisan air.
C. Tepuk kulit dengan perlahan dan lembut untuk pastikan titisan air meresap sempurna pada kulit. Sebenarnya teknik tepukan ini adalah teknik terbaik berbanding teknik sapuan untuk pastikan moisturizer meresap sempurna pada kulit.
Kepentingan Penjagaan Kulit
Amalan basic skincare routine ni mula aku amalkan bila ada kesedaran tengok kulit muka yang makin kusam dan menua sebelum waktunya. Baru aku sedar yang penggunaan pelembab muka sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit muka walaupun mempunyai kulit muka berminyak.
Ramai yang mempunyai kulit berminyak tak sedar kulit semakin kering dan kusam dan tak sedar kepentingan pelembab muka. Aku pun dulu macam tu juga. Kita ingatkan kulit kita cukup lembab apabila banyak minyak di muka tapi sebaliknya. Kulit kita jadi lebih kering. Sangat penting juga untuk kita menggunakan hydrating moisturizer bagi kulit berminyak bagi mengekalkan kelembapannya.
Lebih penting lagi di samping menggunakan moisturizer terbaik untuk kulit berminyak, pastikan teknik sapuan dan cara pakai moisturizer, adalah betul juga berapa kali perlu pakai moisturizer dalam sehari juga sangat perlu diambil kira.
Review Menggunakan Moisturizer Terbaik - Aqua Whitening Cream
Aku nak kongsikan juga apa yang aku alami setelah gunakan aqua ni beberapa bulan. Yang paling ketara aku rasakan ialah kulit aku dah sangat kurang berminyak berbanding sebelum ni. Aku perasan sangat bila bangun tidur sebab aku gunakan moisturizer terbaik untuk kulit berminyak Aqua ni di waktu malam sebelum tidur, bila bangun tidur tu aku akan periksa kulit muka dulu sebelum cuci muka. Memang sangat ketara perubahannya.
Lebih best bila kulit aku yang dulu kusam dan tona tak sekata tu dah makin berkurangan selepas aku gunakan moisturizer water based aqua ni beberapa bulan ni. Maknanya kulit aku mendapat kelembapan kulit yang cukup untuk mengawal kulit berminyak. Aku sangat puashati dengan hasilnya.
Diharap perkongsian aku kali ni dapat memberikan manfaat buat semua. Untuk yang masih tercari-cari moisturizer apa yang bagus atau maklumat lanjut mengenai moisturizer untuk kulit berminyak Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni boleh rujuk link di bawah :
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Ceritaita
best produk hansaegee ni..:)
BalasPadam