Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Selamat Hari Lahir Sayang...

assalamualaikum semua, hari ni semua orang sibuk dengan Che Ta nak kawin kan? Cik Ta kat sini sibuk gak... sibuk sambut hari lahir si comel Husna dia... hehehe.... hari ni genap umur husna 2 tahun ikut kalender tahun masihi... Nur Syafiah Husna lahir pada 11. 12. 11... walaupun telah dijangka akan keluar pada 13.12.11... alhamdulillah yang penting keluar sihat walafiat.... Husna husna dah lama aku tak update perkembangan anak-anak kan? husna sekarang dah boleh bercakap ayat-ayat mudah... dan perkataan biasa-biasa macam ayah.. abang... tak nak.. tak payah...makan... banyak lagi la... cuma satu je dia tak fasih lagi... sebut ummi... sabor je la... pagi ni setelah ummi dia plan nak buat kek secara tiba-tiba maka jadilah kek setoet untuk husna, abang-abang dia dan kawan-kawan.... sebenarnya baru plan nak buat kek coklat kukus ni pagi tadi... dan baru perasan yang susu pekat manis tinggal suku tin je... aduhai.. lupa nak beli... dan hari ni aku kena gi ke putrajaya...

Belum kuat

assalamualaikum semua, maaf kerana buat masa ini hati ni sedang berdukacita bersama-sama warga kuantan yang sedang mengalami musibat banjir yang sangat berat oleh Yang Maha Esa.. in Shaa Allah jika diberi kekuatan akan ada post dari Cerita Ita.. p/s ada gelombang kedua akan berlaku katanya hari ini..tolong terus berdoa keselamatan semua yang terlibat dengan banjir ini..

Wordless Wednesday # 48

assalamualaikum semua, tolong doakan yang terbaik dan keselamatan kami di kuantan... kuantan jam 3 petang 4/12/2013  tolong doakan kami...   p/s masih ada bapa2 yang sanggup meninggalkan keluarga menghadapi musibah banjir sendirian untuk semata2 menghadiri persidangan umno di pwtc... sedih...

Musim Tengkujuh bermula!

assalamualaikum semua, dah masuk disember dah pun sekarang ni... hujan dah mula tak berhenti di banyak kawasan di pantai timur... kalau dalam bahasa melayu kita dipanggil musim tengkujuh.... mungkin ada anak-anak atau generasi terbaru yang tak faham apa maksud tengkujuh tu sendiri kan? jadi aku dah tolong buat kerja sekolah sikit kat korang yang tak tau walaupun sekarang ni tengah musim cuti sekolah di Malaysia yang panjang... dan ada jugak yang dah mula selak-selak cuti sekolah tahun 2014 untuk merancang cuti (aku ler tu ;P) memula kita tengok apa maksud tengkujuh dulu... maksud musim tengkujuh pastu kita tengok status terkini paras air sungai di sekitar Malaysia pada masa ini... paras air sungai di Semenanjung Malaysia pastu kita tengok paras air sungai di sekitar pahang....  paras air sungai di Pahang pastu kita tengok pulak apa maksudnya kaler biru..merah... kuning oren tu kan....karang korang kata tak faham pulak kang... mak...

Rutin best bermula!

assalamualaikum semua, apa kabar semua? aku alhamdulillah..sihat walaupun masih rasa letih.. semalam aku dah start naik keja lepas lebih 2 minggu tinggalkan opis.. dan hari ni dah bercuti semula...kalau ikut hati nak sambung tidur je lepas solat tapi ada rutin yang perlu dibuat ni..ada tempahan biskut nak disiapkan sebelum aku kena gi meeting minggu depan... nampak kan? betapa makin hujung tahun makin banyak pulak outstation..di kala orang lain tengah sibuk bercuti dengan anak-anak...aku terpaksa ke hulu ke hilir lagi meninggalkan keluarga...*pasrah*... shah pun baru je nak senyum dah hilang semula senyuman kat muka dia...maaf ye bang... kalau diberi pilihan tentulah ita ingin sangat jadi surirumah sepenuh masa je kat rumah bukan part time macam sekarang ni..tapi apa kan daya..kita perlu berusaha nak berikan yang terbaik untuk anak-anak kita... sangat menganggu jiwa dan perasaan jika ada surirumah yang menulis status tentang kerja mereka di rumah...ketahuilah kalian bahawa aku t...

hingga akhir nanti..

assalamualaikum semua, dah malam baru boleh post entry ni... alhamdulillah kami ada hari yang sangat mengembirakan di Menara Berkembar Petronas pada hari sabtu dan terus ke Kg. Pelegong untuk tidur 2 malam.. dan menjadikan kami sangat rapat di sini.. dan esok hari terakhir kami dalam kursus yang sangat best ni.. kemudian semuanya akan balik ke negeri masing-masing untuk teruskan kehidupan masing-masing.. banyak yang kami belajar dari kursus ni...terutamanya kesabaran...aku nak buat satu entry khas kalau sempat nanti...inshaaAllah..doakan kemudahan urusanku ye... ok..esok dah nak balik jumpa shah dan anak-anak...rindu bukan kepalang ni... p/s rezeki tidur semalam di hotel yang mahal macam ni...jangan tak bangun esok pagi sudah..haha..

aduh...dugaan lagi..

assalamualaikum semua, aku bagitau kami tadi dah gerak pukul 8 pagi dari ipoh dalam entry tadi kan? ada yang belum baca..gi selak entry sebelum ni kat bawah ye ;) tentu korang ingat aku ni bersiaran dari klcc kan?... hahaha...teeettttt...jawapan korang salah...aku masih lagi sangkut di RnR Ulu Bernam sejak pukul 9.45 pagi tadi lagi... aduh...dugaan lagi kan? sebabnya...bateri bas kong atau lebih elok adalah habis bateri... dan pasukan penyelamat baru sampai dan kami akan bergerak dalam 10 minit lagi... lepas tu kami akan pusing-pusing sekitar klcc sebab plan asal nak naik petronas twin tower bridge tu pukul 1 tadi dah ditangguhkan ke pukul 7 malam ni... p/s berangan nak makan tghari dengan spagetti di klcc tapi dapatnya bakso ulu bernam.. hehehe