Musim Tengkujuh bermula! - Cerita Ita                                                             Musim Tengkujuh bermula! Langkau ke kandungan utama

Musim Tengkujuh bermula!

assalamualaikum semua,

dah masuk disember dah pun sekarang ni...

hujan dah mula tak berhenti di banyak kawasan di pantai timur...

kalau dalam bahasa melayu kita dipanggil musim tengkujuh.... mungkin ada anak-anak atau generasi terbaru yang tak faham apa maksud tengkujuh tu sendiri kan?

jadi aku dah tolong buat kerja sekolah sikit kat korang yang tak tau walaupun sekarang ni tengah musim cuti sekolah di Malaysia yang panjang... dan ada jugak yang dah mula selak-selak cuti sekolah tahun 2014 untuk merancang cuti (aku ler tu ;P)

memula kita tengok apa maksud tengkujuh dulu...





maksud musim tengkujuh


pastu kita tengok status terkini paras air sungai di sekitar Malaysia pada masa ini...


paras air sungai di Semenanjung Malaysia


pastu kita tengok paras air sungai di sekitar pahang....


 paras air sungai di Pahang


pastu kita tengok pulak apa maksudnya kaler biru..merah... kuning oren tu kan....karang korang kata tak faham pulak kang...


maksud simbol dari peta 


mesti lepas tengok semua ni korang terfikir kenapa la aku rajin sangat hari ni... nak jadi pelapor kajicuaca pulak dah....

sebabnya hari rabu ni kami akan ke Johor Bahru untuk meeting (lagi???) dah tu laluan yang paling dekat yang akan digunakan ialah laluan dalam gambar kedua tu haaa....

dan aku akan terus balik ke rumah mak di Kluang lepas meeting tu... dan shah akan jadi lone ranger bawak anak-anak balik kluang sendiri petang jumaat tu... banyak susah hati wooo... tengok pekan dan nenasi tu... sudah kaler kuning oren dah tu...mean... "Warning!"...dah dalam tahap berjaga-jaga... kalau hujan terus tak berhenti macamana? waaa...

semoga perjalanan kami ke mesyuarat dipermudahkan juga perjalanan shah dan anak untuk pulang ke kampung bertemu orang tu...amin... doakan ek..


p/s langit mendung dan gelap ala-ala jam 6.30 pagi je ni...hujan turun tanpa henti sejak semalam.... seram....

semua info aku dapat dari SINI dan SINI

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum