Sabar dan Maaf itu Indah... - Cerita Ita                                                             Sabar dan Maaf itu Indah... Langkau ke kandungan utama

Sabar dan Maaf itu Indah...

assalamualaikum semua,

seminggu dua ni aku didatangi berbagai cerita sedih dari kawan-kawan...

kehilangan... kekecewaan... dan hati disakiti....

bagi yang tak pernah merasa mungkin dengan mudah akan mengungkapkan kata-kata... SABAR....


ya sebenarnya SABAR adalah perkara terbaik dan terindah jika kita boleh melakukannya... kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar...

dan belajar memaafkan lebih baik.. kerana dengan memaafkan hati akan lebih tenang.. bersangka baik.. mungkin orang itu tak sengaja meluahkan sesuatu sehingga melukakan orang lain...

pesan seorang ustaz dulu (tak ingat namanya... maaf ustaz..minta halalkan ilmunya)...berilah hadiah pada orang yang menyakitkan kita dan jangan  pernah putus berdoa untuknya..

aku juga pernah menyakitkan hati orang dan menyebabkan orang itu menangis walaupun bukan niat aku untuk menyakitkan hatinya...

dan aku juga pernah rasa disakiti oleh insan yang aku percaya....

kalau dulu di masa solo... aku lebih suka berdendam dan berdoa yang buruk-buruk untuk orang yang menyakiti aku... tapi kemudiannya aku sedar.... segala doa yang buruk itu akhirnya kembali pada kehidupan aku sendiri tanpa aku sedar....

dengan itu aku tekad... merubah hati demi untuk kebahagiaan diri dan juga insan di sekelilingku...

aku belajar memaafkan....  walaupun selalu ada saja yang tak sempurna... kadang-kadang tersilap langkah juga... namum aku belajar sesuatu... dendam amat tak bagus disimpan walaupun sekelumit dalam hati... jauhkan hati dari sifat dendam... kita bukan sahaja merosakkan diri kita malah akan merosakkan hubungan dengan orang lain di sekeliling kita...

apa yang lebih baik jika orang menyakitkan hati kita, kita sedekahkan al-Fatihah untuknya... supaya hati mereka akan hidup... sedangkan orang yang meninggal pun disedekahkan al-Fatihah apatah lagi orang yang hidup tapi mati hatinya... dan didoakan supaya mereka tidak membuat kesilapan yang sama dengan orang lain...juga untuk orang-orang yang tidak mungkin memaafkan kesalahan kita... mereka juga insan biasa... sedekahkan al-Fatihah supaya hati mereka terbuka memaafkan kesilapan kita... itu yang lebih baik dari kita memutuskan silaturrahim dan bermasam muka...

apa yang aku amalkan ketika marah.... :

1. tarik nafas dalam-dalam..
2. istighfar
3. elakkan melihat muka orang dimarah
4. cuba lebihkan senyuman walaupun hati tidak ikhlas sepenuhnya kerana senyuman juga penyejuk jiwa..
5. tenangkan hati sebelum mengeluarkan kata-kata

*ini adalah panduan aku.. dan aku juga manusia biasa yang ada kalanya juga aku tersasar...

diharap entri ini dapat membuka hati orang yang membenciku supaya memaafkan kesalahanku... dan juga dapat meredakan keperitan jiwa rakan-rakan di kala ini...


p/s doa yang baik... dan yang baik juga akan kembali pada kita...in Shaa Allah...



Ulasan

  1. Dalam mengawal amarah ni kadang-kadang saya kalah juga, terpaksa ambil masa untuk memaafkan. akan cuba praktikkan apa yang sis ajar.. salam perkenalan. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum