Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Penting ke tau jenis darah dan rhesus ?

assalamualaikum semua,  baru je tengahari tadi baca info pasal mencari penderma darah bagi Kumpulan B- atau O- .. pesakit sekarang ni tengah memerlukan darah yang disebut dan sedang mendapatkan rawatan di PPUKM.. bagi sesiapa yang mempunyai kumpulan darah yang sama dan sudi menderma boleh la terus ke Pusat Darah Negara.. dan ada sikit perbincangan dalam group jugak tadi.. yang nampaknya ada lagi yang masih tak tau jenis darah  dan rhesus masing-masing.. Jenis Darah dan Rhesus Korang kumpulan darah yang mana ? Cara untuk tau jenis darah dan rhesus ok kenapa kita kena tau jenis darah kita ? terutamanya status rhesus kita sebenarnya ? mungkin ramai yang tak sedar kecuali bila dah ada ahli keluarga atau diri sendiri yang mengalami masalah di kemudian hari.. macam kes ni jugak.. bila diperiksa ahli keluarga tak ada jenis darah yang sama..  sebenarnya kalau di zaman sekarang ni ada je pemeriksaan percuma di mana-mana untuk tau kumpulan darah dan status rhesus (R...

Selamat hari Lahir Kakak Husna!

assalamualaikum semua, hari ni buat entry khas buat anak perempuan kami yang cuma ada sorang tu je.. sebenarnya lebih pada entri nak mohon maaf sebab ummi lupa hari lahir kakak.. huhu.. maafkan ummi ye nak.. Koleksi gambar yang mokde dia simpan.. tq mokde.. dan hari ni baru sempat nak tulis.. apapun kita dah ganti dengan makan kat luar kan hari tu.. dan ummi dah buatkan kek advance masa kita balik kampung aritu untuk kakak husna dengan atuk abah.. atuk abah lahir pada 5 Disember 1951..dan kakak lahir pada 11 Disember 2011.. dua-dua anak kelahiran Disember.. untuk kakak Husna, ummi doakan anak ummi supaya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna satu hari nanti ye nak..  takde apa kat rumah.. ummi buat agar-agar je aci tak ye?

Telinga bernanah lagi..

assalamualaikum semua, pagi tadi kami habiskan masa sepagi di Hospital HTAA sekali lagi.. akhir kami pergi aritu pada bulan lepas... masa tu adik kena jalani pemeriksaan macam biasa dan telinga adik kena sedut jugak..  adik hadi dengan Panda dari FOODPANDA dari Lazada dah tak ingat dah berapa kali ntah adik kena jalani proses sedut nanah dalam telinga atau dipanggil suction ni.. selalunya aku jarang nak pegang.. shah je yang pegang sepanjang prosedur sebabnya aku ni jiwa lemah sikit kalau anak-anak menangis merayu-rayu mintak lepas sebab sakit.. luluh hati ibu ni tau.. kalau shah memang keras hati sikit.. jadinya memang aku lepas ke dia je la untuk handle.. kalau nak cucuk vaksin pun sama.. haha.. memang seorang mak yang lemah kan..? dan pagi tadi disebabkan shah ada kerja kena uruskan aku kena la handle adik hadi sorang-sorang.. bahagian lain aku ok je.. tapi bila sampai kena suction tu memang lemah la.. adik hadi pasrah je bila orang bedung dia untuk pr...

VR Box dari Lazada ? Apa tu?

assalamualaikum semua, hari ni hari terakhir untuk jualan promosi di Lazada tau.. 12.12.2016 ! jadinya meh la kita cerita pasal satu lagi barang menarik yang ada dalam Box of Joy Lazada aritu.. korang pernah tengok ntah tak benda alah VR Box ni ? ke korang jenis jakun jugak macam aku ? haha... VR Box Dari Lazada VR Box aku akui ok aku memang dari dulu rabun IT.. bukan la buta kan.. rabun je.. kalau buta langsung takde pun blog Cerita Ita ni haa agaknya.. dan kalau nak tau sebenarnya aku langsung tak tau apa fungsi VR Box ni tau.. tercengang-cengang bila benda ni dikeluarkan sama dengan barang-barang lain dari Lazada aritu... Apa tu VR Box? VR Box ni nama sebenar dia ialah Virtual Reality Box ... dan korang nak tau sapa yang terkejut dan sangat teruja bila nampak VR Box ni ? tentunya bukan aku dan anak-anak pasal kami dah tercengang dah.. apa benda alah ntah ni.. hahaha..  orang yang sangat teruja tak lain tak bukan dari suamiku yang tersayang tu la.. Shah...

Nescafe : Kopi perisa pandan

assalamualaikum semua, hari ni nak kongsikan pasal salah satu barang yang ada dalam kotak Box of Joy Lazada aritu.. dan memula aku nak ceritakan pasal Nescafe dalam tin warna hijau yang menawan ni.. kopi rasa pandan mesti macam pelik je rupa dia kan ? jangan pelik tau.. sebab ni sebenarnya Nescafe Kopi Rasa Pandan yang merupakan salah satu dari variasi kopi yang ada dalam pilihan kopi yang ditawarkan oleh Nescafe dalam Lazada.. dan kopi ni shah dah cuba dah baru ni.. sedap kata shah.. nescafe rasa pandan mesti ada yang nak tanya kenapa aku tak minum kopi ni sendiri dan kena guna testimoni suami kan ? haha.. sebabnya ialah adik hadi masih lagi sekali sekala bergayut dengan menyusu badan dari maknya iaitu aku jadinya aku memang kurangkan minuman berkafien kalau aku menyusukan anak-anak ni sebenarnya.. sebab tu aku bagi shah yang cuba.. dan kalau korang nak tau lagi sekarang ni promosi jualan di Lazada ni jugak ada menawarkan barang-barang runci...

Rezeki blog lagi...

assalamualaikum semua, hari ni nak kongsikan kegembiraan aku dapat hadiah kemenangan dari giveaway yang dibuat oleh rakan blogger satu masa dulu.. giveaway sempena hari ulang tahun perkahwinan beliau dan suami.. cantik la muka lepas ni.. haha buat kawan blogger ni.. terima kasih banyak ye kak hainom ok jer.. moga panjang umur akak dan dimurahkan rezeki supaya boleh berkongsi dengan ramai orang lagi hendaknya.. amin..