Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Thomas Town Giveaway by Zai Zamree

Assalamualaikum semua, pagi ni nak cuba nasib dalam contest.. disebabkan Thomas Town Giveaway by Zai Zamree ni senang sangat nak join maka akak support ye dik.. dan harapnya ada la rezeki.. mana tau boleh bawak anak-anak jalan ke Thomas Town Puteri Harbour  dengan tajaan tiket secara percuma pulak ke kan ? berharap.. hahaha.. untuk sesiapa yang berminat nak join boleh klik banner tu ye.. wahai tiket datang la padaku..

Menikmati Ayam Perisa Terbaru Mango & Lime di Nando's Malaysia

Assalamualaikum semua, aku rasa 2 minggu ni memang minggu makan agaknya.. dari awal hujung minggu lepas aku dah asyik cerita pasal makan dan update gambar makanan.. dan semalam.. kemuncak cerita pasal makan sebagai penutup minggu ni..(harapnya la).. kita cerita pulak pasal aku makan ayam panggang perisa baru Mango & Lime yang baru je diperkenalkan di Nando's Malaysia..  Mango & Lime di Nando's Malaysia  ramai dah tanya aku sejak semalam lagi.. perisa baru ke ni? akan kekal ke atau bermusim punya yang maksudnya akan tamat pada bila-bila masa je kewujudannya.. haa.. kalau korang nak tau sebenarnya sos baru Mango & Lime ni dah ada dihidangkan di Nando's yang berada di luar negara dah pun dan ianya memang dapat sambutan hangat dari peminat Nando's..  ini la antara bahan istimewa dalam sos Mango &Lime makanya kali ni merupakan peluang bagi peminat Nando's di Malaysia pulak nak rasa kesedapan rasa sos terbaru ni.. d...

Siapa dia Ibnu Batutah ?

assalamualaikum semua, ni cerita petang semalam masa nak jemput abg ngah balik sekolah.. masa dalam perjalanan tu selepas ambik abg long, abg long ada cakap pasal dia tak tau lagi yang mana satu kelas abg ngah.. kalau nak tau sekolah diorang ni guna nama-nama Tokoh Islam untuk kelas mereka.. ada Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Ruysd, Ibnu Abbas, Ibnu Hazim dan Ibnu Batutah .. 101 Info Seronoknya Mengenal Tokoh Islam kalau masa abg long dulu murid tak ramai sangat jadi cuma ada tak sampai 200 orang.. dan cikgu cuma buat kelas sehingga 4 kelas je sehingga nama Ibnu Abbas untuk darjah satu.. tapi semasa abg ngah daftar aritu murid dah semakin bertambah menjadi lebih daripada 200 orang.. terpaksalah cikgu pecahkan kepada 6 kelas seperti yang aku senaraikan kat atas tu.. dan pada hari pertama persekolahan aritu abg ngah dah ditempatkan di kelas Ibnu Khaldun, dan selepas 2 minggu sekolah abg ngah kata dia dah pindah kelas.. dari kelas atas turun ke kelas belah bawah.....

Apakah ciri hard disk terbaik?

Assalamualaikum semua, kali ni aku nak tulis pasal perkara yang berada di ruang lingkup aku sekejap walaupun benda ni memang selalu aku guna.. boleh katakan semua orang perlukan hard disk drive (HDD) dalam kerjaya di zaman IT sekarang ni kan ? aku pun tak lari jugak tapi hard disk terbaik yang pernah aku ada cuma yang macam kat gambar bawah ni la.. dah lama pun guna.. alhamdulillah setakat ni tahan lasak.. Apakah ciri hard disk terbaik ? Ciri-ciri hard disk terbaik cuma kalau boleh teringin sangat nak cari pengganti yang baru.. dan kalau boleh yang ada ciri-ciri hard disk terbaik yang aku idamkan.. dalam pada tu terfikir jugak apa sebenarnya antara ciri-ciri hard disk drive yang terbaik ni .. disebabkan aku tak berapa mahir jadi aku cuma senaraikan ciri-ciri yang aku nak cari je la..antaranya.. 1. Nipis dan mudah dibawa nipis cewaaah... ye la kan.. selalu kita guna hard disk ni untuk simpan apa saja yang penting di mana-mana saja kita pergi.. macam...

Makan-makan di Hutan Bandar Bistro

assalamualaikum semua, ni sebenarnya cerita bulan lepas.. kami berkira-kira dah lama sangat dah nak luangkan masa untuk makan kat luar sekeluarga dengan anak-anak.. tapi selalu je ada halangan.. jadinya sempena anak-anak tengah cuti sekolah la kami rebut peluang ni.. kalau tak lewat petang macam tu baru la sampai ke rumah.. semua muka dah letih nak makan luar pun dah tak larat.. Hutan Bandar Bistro Makan-makan di Hutan Bandar Bistro kali ni kami pilih nak makan kat tempat murah tapi berpatutan yang dah lama orang Kuantan sibuk cerita.. dah bertahun dah.. tapi baru ni la dapat kesempatan nak pegi.. kebetulan pulak sebenarnya tarikh kami pegi tu dekat dengan ulangtahun kelahiran kakak husna.. kebetulan yang tak dijangka la tu.. walaupun ummi sebenarnya dah lupa tau nak.. haha.. tempat yang kami pilih ni tak lain tak bukan dari Hutan Bandar Bistro yang terletak di Pantai Teluk Cempedak Kuantan.. nak cari tempat ni senang je.. korang boleh je halakan waze atau gps ko...

Syukur.. Allah masih beri peluang..

assalamualaikum semua, sihat ke semua hari ni? semalam aku ada update kisah kami pergi makan-makan masa atas bas kan? dan hari ni nak cerita pulak kisah mengenai bas semalam.. kisah yang nyata jadikan diri aku berfikir bermacam perkara selepas tu.. lepas abis majlis semalam.. nanti aku kisahkan majlis apa ye.. aku terus ambik bas balik ke Kuantan.. tragedi bas ekspress tiket bas aku dah beli sesiap online.. ada aku ceritakan melalui beli tiket  bas online .. jadinya kerja aku dah senang kan ? tapi aku malas nak cerita pasal beli tiket tu lagi macamana.. korang boleh la pergi baca entri tu sendiri ok..  kali ni aku nak cerita pasal tragedi malam tadi.. ditakdirkan aku ni ke KL bersama dengan sorang lagi kawan aku.. kami bertolak dari Kuantan jam 8.45 pagi semalam dan akhirnya pulang semula ke Kuantan mengikut bas yang dijadualkan bergerak pada jam 8.50 malam.. tapi ntah macamana rezeki kami lagi bas bergerak 5 minit lebih awal dari yang dijadualkan.. macam s...

Cara Beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, aku nak kongsikan dengan korang macamana aku beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur masa pergi ke KL baru ni.. senang je tau.. dan kalau beli melalui online ni korang boleh jimat banyak jugak tau.. Redbus perkhidmatan tiket bas online aku kan sepenuh masa biasanya ada di pejabat.. pergi kerja dan balik kerja pun berhantar dan berjemput sebab aku tak bawak kereta sendiri.. alhamdulillah masih ada orang tersayang yang sudi dan masih mampu hantar dan jemput aku pergi dan balik kerja lagi.. syukur.. tapi bila dan berhantar dan berjemput ni satu je la masalah.. nak ke sana sini pun kena la tunggu shah.. jadinya pergerakan aku agak terbatas.. oohh.. mungkinkah ini sebab shah tak bagi aku bawak kereta sendiri agaknya.. takut aku panjang langkahnya.. hahaha.. maaf ye bang.. terfikir negatif pulak.. ok kita sambung kisah bas.. disebabkan aku kena pergi ke majlis semalam di KL tu aku pun mula terfikir kenapa tak aku pergi sorang je nai...