Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resepi Sup Mudah

Resepi Sup Mudah  assalamualaikum semua, dah lama dah janji dengan seorang sahabat dari Group Memasak di Facebook untuk bagikan resepi sup mudah terutama untuk steamboat tapi asyik la tak berkesempatan.. kali ni kita kongsikan rahsia resepi sedap ni ye.. resepi ni paling kerap kami buat sebagai menu kami masa berbuka puasa.. tak sabar nak menanti bulan Ramadhan.. Marhaban ya Ramadhan .. Resepi Sup Mudah takde rahsia sebenarnya, ianya cuma sup biasa yang sangat mudah nak dibuat.. bahan-bahannya pun sangat senang nak dapat.. aku percaya semua bahannya ada je kat rumah korang.. dan masakan mudah macam ni biasanya terhasil dari kaedah campak-campak apa saja yang ada dan agak-agak.. sebenarnya aku rasa korang pun selalu jugak buat masakan dengan cara campak-campak ni kan.. jadi meh kita tengok apa je bahan dalam resepi sup mudah aku ni.. jom! Resepi Sup Mudah Ceritaita Bahan: 2 Bawang Besar 4 ulas Bawang Putih seinci Halia  (3 bahan asas untuk ...

Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos!

Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos! assalamualaikum semua, dah berazam sejak awal berblog dulu nak ceritakan kisah anak-anak.. nak coretkan jugak sesuatu supaya bila mereka besar nanti ada sesuatu untuk dikenangkan.. manalah la tau jika apa yang berlaku, harap ada sesuatu untuk kenangan anak-anak.. jugak nak perbaiki cara mendidik anak-anak dengan komen dan perkongsian rakan-rakan yang sudi berkunjung dan membaca.. berselera kakak makan pizza dan kali ni aku nak kongsikan kisah aktiviti kakak husna untuk tahun ni di Tabika Perpaduan.. alhamdulillah banyak aktiviti yang kakak dapat ikuti sejak berpindah di sekolah baru ni.. banyak hikmahnya rupanya kisah terpaksa berpindah sekolah dulu.. sejak awal tahun dan 2 kali ada rawatan pergigian di sekolah kakak.. dan bermacam aktiviti yang melibatkan ibubapa jugak.. ada sekali hari tu ada gotong royong tapi kami tak dapat nak hadiri.. dan kemudiannya ada sambutan hari guru dan harijadi anak-anak.. dan sehar...

Sambutan Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, semalam secara rasminya kami meraikan hari lahir abg ngah macam yang aku dah janjikan dalam entri sebelum ni .. disebabkan semalam baru ada kesempatan nak belikan kek dan raikan sambutan hari lahir abg ngah.. semua ceria tunggu kek dipotong suka tengok muka dia ceria pun aku dah seronok sangat.. balik sekolah dah terlonjak-lonjak sukanya dia bila nampak aku keluarkan kotak kek.. siap jerit-jerit cakap, "Ini kek saya kan?".. tentunya dengan muka yang sangat ceria.. tak dapat nak gambarkan gembiranya abg ngah waktu tu..  nampak tak siapa yang pegang pisau kek? senang sangat sebenarnya nak bagi anak-anak rasa gembira macam ni.. kalau anak-anak kami ni la.. luangkan masa untuk memasak makanan kegemaran diorang pun diorang dah rasa sangat gembira.. lagilah kalau raikan diorang dalam majlis yang jarang sangat kami buat macam ni.. seronok muka masing-masing.. walau yang diraikan tu abg ngah tapi yang lain pun ikut gembira sangat.. ...

Iktibar Kisah 4 biji Kurma

assalamualaikum semua, pagi Jumaat lepas ada program ceramah bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.. ini antara program yang dijalankan oleh Jabatan Veterinar Negeri Pahang yang dipanggil Program Pemantapan Kerohanian.. dan tetamu yang dijemput kali ini ialah Ustaz Hj. Ishak bin Hj. Osman.. alhamdulillah banyak sangat pengisian yang ustaz dah sampaikan pada kami.. antaranya ialah kisah 4 biji kurma yang dikongsikan ustaz, terima kasih ye ustaz..  Gambar hiasan - Kurma meh kita ceritakan semula iktibar Kisah 4 Biji Kurma seperti yang diceritakan oleh Ustaz Hj Ishak..  Kisah ni berlaku di dalam bulan Ramadhan yang mulia, kisah dimana seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang juga merupakan anak saudara Baginda iaitu Saidina Ali R.A. sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama ahli keluarganya iaitu Fatimah (isterinya dan juga anak Rasulullah) serta anak mereka iaitu Hasan dan Husin.. ketika itu hanya ada 4 biji Kurma yang terhidang seb...

Luka Abg Long Hari Pertama dan Kedua

assalamualaikum semua, hari ni aku nak update pasal luka abg long lepas kemalangan hari Jumaat aritu.. bermula kelmarin dan semalam.. amaran.. kalau rasa ngeri tak payah la korang teruskan baca ye.. Luka Abg Long Hari Pertama dan Kedua Acriflavine ~ Ubat Luka setakat ni abg long ok, tak menangis atau mengadu sakit yang teruk-teruk.. cuma terbunyi ah.. ah.. je bila kami cuci luka tu.. aku cuma bersihkan guna cecair normal saline je yang memang ada kat rumah ni masa nak guna buat cuci luka shah lepas pembedahan dulu.. masih ada banyak bakinya.. "Dressing set" untuk cuci luka pun masih ada.. jadi tak perlu beli jugak.. cuma kami dibekalkan dengan ubat luka untuk sapu pada luka abg long macam gambar kat atas ni.. Ubat cuci luka ubat luka yang kami guna ni ialah Acriflavine, mudah meresap dan cepat keringkan luka.. biasanya orang guna jugak ubat luka ni untuk keringkan luka jahitan lepas bersalin.. dan alhamdulillah nampaknya lepas penggunaan 2 hingga 3 kali sehari...

Selamat Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, dah malam baru ada kelapangan nak menulis.. pulak tu baru teringat hari lahir abg ngah rupanya hari ni.. Allah.. maafkan ummi ye nak.. lupa-lupa betul.. ni pun budaknya dah tidur pun.. tadi sebelum tidur sempat la cakap selamat hari lahir abg ngah kat dia..  selamat hari lahir abg ngah... tapi mukanya macam tak puas hati pulak bila takde kek.. alahai nak.. ummi ingat pun dah pukul 9 malam.. mana la nak cari kek lagi waktu tu.. tapi pujuk jugak dia tadi cakap esok la ummi belikan kek.. dan laju-laju jugak aku mesej ke kawan setaman yang buat kek masa hari lahir abg long aritu.. tempah terus sebiji kek untuk ambik petang esok.. dan tetiba pulak abg ngah cakap tadi boleh tak nak bawak kek ke Pasti? (maksud dia tu ke transit dia la tu).. aku cakap insyaAllah nanti ummi cuba tanya orang yang buat kek tu.. kalau tak boleh, tak boleh nak buat apa la.. dan elok je aku tanya tadi akak tu sanggup.. alhamdulillah dipermudahkan urusan lagi sekali.. jadin...

Tongkat untuk abg long

assalamualaikum semua, lepas tragedi abg long semalam tu kami buat keputusan nak belikan dia tongkat untuk berjalan.. itu pun lepas tengok dia agak susah nak berdiri dan berjalan ke sana sini waktu dalam rumah.. lebih susah bila nak ke bilik air.. kami tak sempat pulak nak survey banyak tempat nak beli dengan harga tongkat yang berbaloi..  tongkat untuk abg long memula aku dah bagi abg long cuba tongkat yang shah guna masa kaki dia cedera kena parang dulu.. tapi bila dah abis adjust pun tongkat dewasa tu agak tak sesuai untuk ketinggian abg long.. jadi dia guna sekejap je la tadi masa kat rumah.. dan kami buat keputusan nak beli yang lain untuk abg long..  kebetulan pulak tadi lepas bayar bil elektrik kat kiosk TNB tadi terus kami pusing ke farmasi yang terdekat area tu.. kami ke Farmasi Lims'.. tanya ada tak jual tongkat untuk budak.. kalau dalam bahasa inggerisnya kids crutch.. dan bila tanya harga.. harganya dalam RM61 sepasang.. kami pun sebab nak cepat d...